oleh: sesepuh (TKO)
Untuk keyakinan kita akan Wujud Zat Allah yang disembah. Aku percaya dan i'tiqad yang tidak berubah sama sekali bahawa Allah Taala itu Zat yang Wajibalwujud bersifat dengan segala sifat yang sempurna.
Wajibalwujud ini kerana ada 5 sifat 'salbiah', iaitu:
1- Qidam - Sedia
2- Baqa'- Kekal
3- Mukhalafatuhu Taala Lilhawadits- Bersalahan bagi segala mumkin
4- Qiammuhu Binafsih- Berdiri dengan sendiri
5- Wahdaniah - Esa
Dan yang 'sempurna' itu kerana ada 7 sifat ma'ani;
1- Hayat
2 - Ilmu
3 - Iradah
4 - Qudrat
5 - Sama'
6 - Basar
7 - Qalam
Sesungguhnya sifat Allah itu tidak terhingga banyaknya, hanya Allah jua yang tahu dan tidak berbilang-bilang.
Sifat 'nafsiah' telah dihuraikan sebelum ini iaitu 'Wujud'. InsyaAllah ada kelapangan akan hamba faqir yang hina ini akan cuba dihuraikan dengan ilmu yang tidak seberapa ini untuk menyatakan keyakinan kita akan Allah.
Allah itu nama tuhan dan tuhan itu nama bagi Zat yang bersifat dengan segala sifat 'uluhiyah' (ketuhanan) yang 13 sifat dan yang tinggal lagi.

Bermula dibilang orang Awaluddin Makrifatullah,
Awal2 agama (Islam) itu mengenal akan Allah,
Takluk mengenal Allah bermula mengenal Diri,
Maka sebab itu kita disuruh dulu pergi mengaji...
Mahu kenal Diri ngaji Ilmu Sifat 20 mulanya payah,
Ada Sifat Napsiah Salabiah Maani dan Maknuyah,
Sudah faham maknanya kaitannya ngak lagi susah,
Coma utk "Hidup"kan fahamnya itu tersangat payah...
Tidak dinafikan Ilmu Sifat 20 pengenalan awalan,
Walau sudah khatam namanya maseh ilmu akal2an,
Sehingga Kunci Hidup Pusaka Nabi digenggaman,
Bermulalah Si-Salik itu bebas berjalan bersendirian...
Allahu'alam....
Bermula orang berjalan2 sambil berjalan kerjanya hari2an jalan2 cari makan.
Sudah puas cari makan mengapa maseh tidak cukup2 rezeki Allah kurniakan.
Hingga lalai lupa kita hidup utk makan atau makan utk hidup mana satu tujuan.
Tatakala diAlam Ghaib dikandongan rahim bondanya Bayi Maani seiring sejalan.
Setelah zahir sumpah ikrar janji setia Salam Zaman telah diabaikan dilupakan.
Carilah semula sebenar2nya itu jalan Hidup jalannya berisi hingga memancarkan....