9
HARI yang ditunggu-tunggu pun tiba. Inilah hari perkahwinan yang istimewa buat dirinya. Semua saudara-mara yang tinggal di Bandar dekat pekan Banting sudah datang sejak dua tiga hari lalu kerana membuat persiapan. Ada yang berulang-alik kerana rumah tidak boleh ditinggalkan lama walaupun letaknya berhampiran dengan Mesjid Sultan Alae'iddin Syah. Mereka dengan kepakaran masing-masing menghias rumah dan bilik pengantin juga. Sementara Maheran terus menemani Nur Anita dan menjadi penasihat juga.
Di hadapan, di kiri, kanan dan belakang telah terdiri khemah yang disewa. Ramai orang kenamaan yang telah dijemput oleh ayah. Jadi, Nur Anita nampak bagaimana persiapan begitu beria-ia dibuat. Abang-abang, ayah saudara, ibu saudara, kawan-kawan pun sibuk dengan urusan dan persiapan yang sepatutnya. Di bahagian dalam rumah, tentulah pelamin yang lebih diutamakan. Maklumlah raja sehari akan bertakhta di sana.
Malam sebelumnya, Nur Anita telah menjalani upacara berinai. Rosmaniza, Nurul Asyira dan Sharmaine tidak ketinggalan menemaninya di sepanjang upacara tersebut. Malah mereka pun tidur bersama Nur Anita dalam bilik pengantin yang lengkap dengan segala peralatan dan perhiasannya itu.
Paginya dengan berpakaian yang indah Nur Anita menjalani upacara khatam al-Quran. Sebenarnya, dia pun masih belum tamat mengaji, tetapi disebabkan ia sudah menjadi adat maka Nur Anita hanya menurut sahaja. Manakan bisa dia tamat membaca dan mengaji al-Quran kerana sejak kecil Nur Anita hanya bersekolah di sebuah sekolah mubaligh Kristian di Ipoh. Keluarganya serta ibu saudara tempat Nur Anita menumpang pun pada masa itu tidaklah seperti orang lain. Mereka pun sama seperti kebanyakan orang - yang tidak begitu mengambil berat tentang soal-soal tersebut.
Selepas tamat khatam al-Quran, kumpulan nasyid terus dengan lagu-lagu padang pasir dan marhaban sementara menanti kedatangan para tetamu. Sambil itu Nur Anita bersiap sedia dalam bilik diandam oleh seorang wanita yang telah lama menjadi kenalan keluarga. Malah ramai saudara-mara dan kakaknya yang berkahwin pun diandam olehnya juga.
Nur Anita berasa lucu juga apabila menjalani upacara ‘melihat dara’, suatu upacara yang telah sekian lama ditinggalkan. Bukan apa, ramai di antara bakal pengantin, terutama yang perempuannya enggan menjalani proses berkenaan. Ia mungkin dapat dimaklumi apabila ramai pasangan sekarang yang telah dan rela mencuba-cuba sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga. Malah ada rmai yang melalui tempoh percubaan sebagai suami-isteri dengan tinggal bersama - bersekedudukan.
"Kau tak takut ke dengan upacara tu, Nita?" Sharmaine nampak cemas. "Dibuatnya kau fail, amacam?"
"Kenapa pula? Apa yang nak ditakutkan?" sahut Nur Anita sambil memerhatikan gelagat mak andam yang nampak bersahaja membuat persiapan.
Ada sintuk juga yang direndamkan ke dalam mangkuk putih itu bersama limau purut yang telah dibelah. Sementara itu disediakan sepiak sirih untuk dikunyah oleh Nur Anita. Ada jampinya pada sirih berkenaan sebelum dipinta bakal pengantin itu mengunyahnya.
"Untuk penaik seri pun ya juga," jelas mak andam dengan muka yang manis.
Kemudian dia mengambil sintuk yang sedang direndam itu sambil disapukan ke keliling muka Nur Anita, mengenai anak-anak rambut yang lebat dan halus itu.
"Err... kau yakin sangat ke, Nita?" Rosmaniza pula mencelah.
Nur Asyira hanya mengikuti perbualan mereka tanpa mengerti. Dia tidak pasti akan pokok bualan mereka. Begitulah gelagat mereka sambil Maheran memerhatikan ibu saudaranya itu dari meja solek. Ia adalah satu upacara asing buat orang-orang zaman sekarang. Dipotongnya limau nipis ke dalam mangkuk itu kemudian bulu anak rambutnya dicukur perlahan dan kemudian dilurutkan jatuh ke air dalam mangkuk putih itu. Anak-anak rambut itu kekal berkumpul sesama sendiri, setompok di atas air itu. Mak Andam tersenyum apabila mendapati yang itu adalah tanda bahawa bakal pengantin itu masih dara lagi.
"Kalau yang takde daranya pula macam mana, mak andam?" Rosmaniza bertanya semacam orang bingung apabila melihat tompokan rambut di atas permukaan air itu.
Mak andam tersengih. "Rambut tu akan berselerak... dan ada yang tenggelam."
"Ooo... kalau gitu bila I kahwin nanti nak buat juga la upacara tengok dara," Sharmaine beria-ia, kemudian dia termenung. "Orang kata dara dah abis jika kuat bersukan."
"Yeah... mungkin, tapi kalau kerana bersukan kadang-kadang ia masih boleh menampakkan tanda masih dara," jelas mak andam perlahan. "Ia berkait dengan perubahan hormon apabila seseorang itu merasai nikmat persetubuhan."
"Kalau tak pernah, takde masalah ya!" Nur Asyira mencelah.
"Mudah-mudahan, gitu la," sahut mak andam sambil tersengih.
Namun Nur Anita masih hairan bagaimana dengan upacara itu mak andam boleh tahu akan sesuatu yang menjadi rahsia gadis sepertinya. Alangkah malu kalau sekiranya didapati seseorang gadis itu telah kehilangan sesuatu yang amat berharga hasil daripada pergaulan bebas seperti zaman sekarang. Atau seperti gadis-gadis lain yang mungkin telah ditebuk oleh sekian 'ramai' tupai yang nakal-nakal.
Jadi dia terlalu amat bersyukur kerana telah berjaya menahan godaan nafsu walaupun telah beberapa kali Kamarul Izzat merengek dan mendesak untuk menikmatinya secara salah. Dia takut sebenarnya akan ancaman Allah swt jika berzina. Dia takutkan nilai hukuman 100 kali dera tanpa belas kasihan itu. Mungkin di atas dunia ini dia dapat mengelak dari dikenakan hukuman berkenaan, tetapi bagaimana setelah dia mati nanti? Sedangkan hukuman di akhirat jauh lebih berat lagi... beribu-ribu kali ganda.
Sejak pagi hingga ke tengah hari hatinya asyik berdebar-debar. Samalah keadaannya ketika bertunang dahulu. Kadang-kadang Nur Anita berasa cemas, tetapi dia tidak tahu apa yang nak dicemaskan? Nur Anita sentiasa resah berada dalam bilik dan badannya asyik sahaja berpeluh. Sepatutnya dia gembira, tetapi entah kenapa ia berlaku sebaliknya?
Walaupun sejak bertunang hampir setiap hari Kamarul Izzat menelefon atau datang menjemputnya di pejabat, namun perasaannya terhadap lelaki itu masih jauh terasing. Hati dan perasaannya masih belum pasti. Kasih dan sayang seperti tidak dapat ditumpahkan sepenuhnya. Hatinya di dalam masih berkata-kata seperti orang yang harap-harap, percayanya tidak!
Dan dalam saat yang mencemaskan itu Nur Anita asyik teringatkan Roy dan Jeff. Dalam keadaan berkejar-kejar itu, rupa-rupanya saat Nur Anita disatukan dengan lelaki bukan idamannya itu telah pun menjelang tiba. Nur Anita akan menjadi milik orang lain. Itulah hari yang bakal menentukan segala-galanya. Mahu atau tidak dia pasti tidak akan dapat mengelak lagi. Jadi Nur Anita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk menaruh sepenuh kepercayaan dan kasih sayang terhadap Kamarul Izzat sebagai pengikat segala-galanya dan menjadi pelindungnya buat hari muka.

Persiapan untuk raja sehari

saya tertarik dengan upacara 'melihat dara'.zaman sekarang ne, takde dah upacara gitu..
Klu nak wat apa salahnya, tapi hahaha... ada ke daranya lg?
malunye saya...kalau dh bersuami tentulah jd mak dara..hihihihi..
Ada nak tambah... upacara tengok dara.
puitisnye bahasa..acara tengok dara..bahasa orang lama penuh makna.. ;)
Ia di antara upacara yg cukup menarik jika dapat dikekalkan; apa kata org2 muda ari ni?
bagi saya xde masalah jika dikekalkan untuk kebaikan kedua2 belah pihak..
Elok juga jika masyarakat mahu ia dikekalkan. Sekurang2nya bakal pengantin tak berani nak main 'test-test' sebelum diijab kabul.
Zina dapat dihindarkan, keturunan dapat dipelihara.
Ada ramai pasangan sekarang yg nikah setelah perut berisi. Kesannya mereka akan terus dlm keadaan zina spj hayat jika tidak diakad semula selepas melahirkan.
'Ada ramai pasangan sekarang yg nikah setelah perut berisi. Kesannya mereka akan terus dlm keadaan zina spj hayat jika tidak diakad semula selepas melahirkan.'
saya tertarik dengan kata2 Tn Hj..zaman sekarang kebanyakannya begini..
Nak jadi apa tu? Klu dapat 10 anak, sume anak tidak sah - zina lg.
Anak kpd anak itu nanti kan ada yg ikut jejak - lahir lagi anak zina.
Waliya'uzubillah.
bukankah mazhab maliki je yang tidak membenarkan perempuan mengandung untuk menikah sehingga selesai melahirkan anak, maaf kalau saya silap..
Ikut hukum mmg haram nikah bagi perempuan mengandung. Islam M'sian style yg serba boleh - matlamat menghalalkan cara. Akhirnya cara itu yg menghancurkan matlamat.
Di sini nikah tu dibenarkan sbb nk tutup malu pd masyarakat, tapi tidak malu pada Tuhan.