(Malaysia Gazette) – Tindakan Lim Guan Eng yang mendakwa diri dan DAP sebagai parti pejuang Cina akan menguatkan lagi persepsi bahawa belia dan partinya adalah pejuang cauvinis Cina yang anti-perpaduan.
Malah, kenyataan Setiausaha Agung DAP itu juga turut mengukuhkan lagi persepsi bahawa Kerajaan Pakatan Harapan telah didominasi oleh parti tersebut, kata pemerhati politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Beliau mengulas dua kenyataan Guan Eng yang disiarkan oleh akhbar Cina, Oriental Daily, semalam.
Dalam kenyataan itu, Guan Eng disebut berkata: “Kalau bukan kerana DAP, mana mungkin tulisan jawi yang wajib di sekolah-sekolah Cina boleh jadi pilihan, mana mungkin tulisan Jawi yang 6 muka surat di sekolah-sekolah Cina boleh jadi 3 muka surat dan mana mungkin PIBG di sekolah-sekolah Cina boleh tentukan sama ada pelajar perlu belajar tulisan Jawi atau tidak?”
Guan Eng juga dipetik sebagai berkata: “Kalau bukan kerana DAP, mana mungkin dana kerajaan untuk sekolah-sekolah Cina ditambah, mana mungkin sekolah-sekolah persendirian Cina boleh dapat dana kerajaan, dan mana mungkin dana kerajaan ini boleh diagih sama tahun dengan tahun ia diluluskan?
** Manusia jenis ini TIDAK layak sama sekali wujud dalam negara tercinta ini! - pengarang