Abah Idris bersama Pak Idris, tuk guru Al-Quran yang banyak berjasa
Abah... yang telah pergi buat selama2nya pada 9 Ogos, 2016
- damai kau di sana, abah -
Namun begitu dalam setandan kelapa tidak semuanya elok dan berguna; pasti ada yang 'makan bulan' dan yang mumbang. Demikian juga dalam keluarga yang abah tinggalkan ini. Dek kerana fitnah dan banyak mulut (boleh mereka percaya sungguh-sungguh pula tu...) begini kesudahannya. Pun begitu, tulisan tersebut bukan datang daripada anak abah itu - tulisan orang lain yang berhati busuk kohong dan dari jenis tinggal lama dalam hutan! Ntah2kan babi hutan; ya... badan pun bulat cam babi kasi!
Apa nak buat, nasi telah menjadi bubur, kesan singkat fikiran, yang jauh daripada sinar cahaya keimanan - dah tak pernah sembahyang! Biarlah mereka jadi si Luncai yang bakal terjun dengan labu-labunya. Biarkan.
Anak-anak yang lain pun lebih kurang sama saja; banyak yang jadi seperti umang-umang bangkai; kulit cengkerang dibuat cam hak sendiri. Hak Allah swt dirasakan milik mutlak mereka selama-lamanya. Rumah tinggalan abah itu pun sudah jadi terlalu asing buat mereka.
Semua dah pun bercucu - takkan tatau nak fikir mana intan dan mana pula yang kaca?
... ermm tiada kan maaf buat korang!