Elias Hj Idris
Cara membuat
baja organik cecair sebagai baja buah. Kita boleh gunakan
bahan dari dapur sebagai bahan utama
baja cecair. Ikuti cara satu persatu dengan mudah saya kongsikan di Kebun Bandar.
Kelebihan baja buah ini:
- Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan
- Kulit udang membekalkan unsur surih (trace element) sesuai untuk tumbesaran
- Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok
Resipi Baja Organik Buah
Bahan A:
- Gula merah – 1 kg (dicairkan dengan 200 mL air)
Bahan B (Kisar):
- Kulit pisang – 700 g
- Kulit telur – 100g
- Kulit udang (belum dimasak) – 200g
- Alternatif: Belacan – 100g (jika tiada kulit udang)
Alat:
- Baldi 5L
- Botol plastik 1.5 L
Cara buat:
- Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata
- Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L
- Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Kita guna kain kasar agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja.
- Peram selama 20 hari
- Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.
Penggunaan:
- Campurkan baja buah ini bersama air dengan nisbah 1:100 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL cecair baja dengan 1000 mL air.
- Sembur pada daun, batang dan pangkal pokok untuk mendapat kesan maksimum.
- Paling bagus sembur di awal pagi atau lewat petang.
- Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali agar kesan sentiasa ada