Elias Hj Idris
Baca ni baik-baik wahai pentaksub Wahhabi


Menurut suatu artikel yang ditulis oleh Peter Goodgame, iaitu The Globalist and the Islamist, pihak Freemason (Yahudi) mempunyai peranan tersendiri dalam membentuk dan menaja semua organisasi pengganas pada era abad ke-20. Namun sejarah sebenarnya bermula pada abad ke-18 di mana British Freemason mencipta ideologi Wahabi yang menjadi pegangan Arab Saudi sebagai satu cara merealisasikan objektif mereka.

Seorang perisik British, bernama Hempher, yang juga ahli Freemason bertanggungjawab ke atas pembentukan fahaman Wahabi. Maklumat ini didedahkan oleh seorang penyelidik dari Turki, iaitu Ayyub Sabri Pasha pada 1933 dalam laporannya yang bertajuk Mir’at al-Haramain.

Menurutnya polisi British Freemason dalam menyerang sesebuah negara ialah dengan cara 'Pecah dan Perintah' (Divide and Conquer). Ini termasuklah seperti kes fahaman Ahmadiyya di India pada abad ke-18.

[URL=http://imageshack.us/photo/my-images/836/hamfar.jpg/][img]http://img836.imageshack.us/img836/6526/hamfar.jpg[/img][/URL]

Buku The Memoirs of Mr. Hempher (edisi Arab)

Maklumat terperinci konspirasi ini boleh didapati daripada sebuah dokumen yang bernama “The Memoirs of Mr. Hempher”, yang diterbitkan dalam beberapa siri oleh akhbar Jerman yang berjudul 'Spiegel'. Akhbar ini kemudiannya berpindah ke Perancis. Seorang doktor berketurunan Lubnan telah menterjemahkan dokumen tersebut ke dalam bahasa Arab dari bahasa Jerman, yang kemudiannya barulah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain.

Dokumen tersebut adalah tulisan tangan pertama Hempher (perisik British) dalam melaksanakan misi untuk kerajaannya. Dokumen itu jugalah yang menceritakan bagaimana dia boleh sampai ke Timur Tengah untuk ‘mencari jalan’ buat menjatuhkan Empayar Islam Uthmaniyah. Dengan ‘jalan baru’ yang dibina Hempher itulah kerajaan British menggunakannya untuk menyuntik fahaman perkauman, kebangsaan, ketagihan arak, perjudian, perzinaan dan pembukaan aurat di kalangan wanita Islam.

Namun strategi terpenting sekali yang direncanakan ialah dengan menerapkan nilai-nilai bida’ah dalam jiwa setiap muslim. Selepas penerapan itu berjaya, maka mata masyarakat dunia akan cuba dialihkan kepada Islam dan dalam masa yang sama konsep “Islam adalah agama pengganas” perlu disuntik sedikit demi sedikit.

Untuk menyemai sifat 'fanatik' dan fahaman Wahabi dalam masyarakat Islam, perlu bagi pihak British Freemason memahami dahulu apa yang didakwahkan oleh agama Islam. Hasil daripada kajian mereka tentang Islam, didapati agama Islam menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran, persamaan hak antara semua kaum dan bangsa sambil menyeru kepada persaudaraan sesama Islam.

Membunuh sesama Muslim adalah dilarang sama sekali.

[URL=http://imageshack.us/photo/my-images/850/sultann.jpg/][img]http://img850.imageshack.us/img850/6296/sultann.jpg[/img][/URL]

Kerajaan Uthmaniyah: Sultan Abd Hamed II, Sultan Abd Hamed memberitahu pegawai-pegawainya tentang perletakan takhta kerajaannya

Bagaimanapun, sebagai sebahagian dari strategi 'Pecah dan Perintah' mereka, British amat berharap agar masyarakat Arab Islam menentang sendiri saudara-saudara Turki mereka yang memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. Jalan terbaik untuk mencapai matlamat ini, mereka mendapati ialah dengan mencari ruang dalam undang-undang Islam bagi membolehkan masyarakat Arab lain mengisytiharkan Kerajaan Turki sebagai MURTAD.

Hasil kajian dan mesyuarat pihak British Freemason, mereka dapati Syeikh Muhammad Abdul Wahab adalah instrumen yang paling sesuai untuk digunakan mereka membawa ‘idea’ ini ke dalam masyarakat Islam di Semenanjung Arab. Ini kerana, adalah tidak logik bagi pihak British melalui residen-residennya untuk bercakap tentang soal undang-undang Islam di tengah masyarakat Islam.

[URL=http://imageshack.us/photo/my-images/62/baqibw.gif/][img]http://img62.imageshack.us/img62/3963/baqibw.gif[/img][/URL]

Perkuburan Baqi yang dimusnahkan Ibnu Saud pada 1925.

Syeikh Ibn Wahab berjaya dipilih sebagai jurucakap dan juru pelaksana idea British Freemason tanpa beliau sendiri sedari. Kita boleh simpulkan Syeikh Ibn Wahab adalah kambing hitam. Arab yang ditangkap British; kemudian ditutup matanya lalu diletakkan bom jangka di badannya dan kemudian dilemparkan ke tengah-tengah masyarakat Islam Arab Saudi.

Menariknya, gerakan Wahabi itu menyusup terlalu cepat seolah-olah diarah oleh suatu kuasa dari belakang. Syeikh Ibn Wahab berjaya menguasai keseluruhan pemikiran masyarakat Arab Saudi tentang bahaya 'bida'ah'. Bagaimana British Freemason membantu fahaman Wahabi ini berkembang cukup menghairankan. Namun matlamatnya semakin jelas sebaik tiba era keruntuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniyah.
Khalifah Uthmaniyah sampai ke penghujung apabila tercetusnya pemberontakan pertama golongan Wahabi pada tahun 1818. Penentangan itu didalangi oleh Saud al-Faisal I. Gerakan penentangan yang didominasi oleh pengikut Wahabi sekali lagi berlaku pemberontakan pada akhir kurun ke-19.

Selepas Perang Dunia 1, negara-negara di bawah kekuasaan Empayar Uthmaniyah telah dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian. Manakala setiap bahagian pecahan itu diletakkan regim-regim Arab boneka untuk mentadbir negara baru mereka. Sebagai pengganti kepada kejatuhan kekuasaan Uthmaniyah ke atas Arab Saudi, British Freemason telah menganugerahkan kekuasaan pentadbiran Arab Saudi kepada Ibnu Saud pada tahun 1932.

Satu tahun kemudian, dalam tahun 1933, Saudi memberi konsesi minyak kepada California Arabian Standard Oil Company (Casoc) yang bergabung dengan Standard Oil of California (SOCAL) dan kini dikenali sebagai CHEVRON yang diketuai oleh agen-agen Rothschild dan Rockefeller.

Sejak masa itu, Arab Saudi menjadi salah satu rakan dagangan terpenting pihak Barat di kawasan Timur Tengah. Arab Saudi bukan sahaja rakan minyak terpenting tetapi juga dijadikan 'anjing salakan' yang berlakon menentang Israel di pentas antarabangsa. Sedangkan bunyi salakan itu adalah bunyi yang dirakamkan sendiri oleh Israel.

Perancangan berbelas-belas tahun ini semakin berjaya apabila British Freemason berhasil melahirkan pemikir-pemikir Islam boneka yang cuba mempromosikan fahaman Wahabi. Dalam perancangan mewujudkan masyarakat Islam yang tidak mengamalkan sunnah, kini strategi itu sedikit demi sedikit diubah ke arah mewujudkan masyarakat Islam yang berstatuskan pengganas. Kekuatan strategi British Freemason amat bergantung kepada kemantapan fahaman Wahabi di kalangan masyarakat Arab Saudi dan ulama-ulama boneka Wahabi.
Kontraktor-kontraktor boneka mula diperanakkan seperti Laden (bapa Osama) yang mendapat kontrak sepenuhnya dalam pembinaan Mesjidil Haram dan sebarang pengubahsuaian berkaitan. Kekayaan Laden ini dijadikan modal awal yang akan membiayai sesuatu projek mempromosikan aktiviti[b] “Bunuh Diri Untuk Agama”[/b] di tengah-tengah masyarakat Islam. Matlamat utama ialah dengan menjadikan orang Islam membunuh orang Islam lain tanpa pengaruh yang datang dari luar. Orang yang diarahkan dan dijadikan kambing hitam itu adalah Osama anak kepada Laden.
[URL=http://imageshack.us/photo/my-images/853/osamao.jpg/][img]http://img853.imageshack.us/img853/2603/osamao.jpg[/img][/URL]

Osama yang berfahaman Wahabi tahukan strategi ini dan sudah pun sedia mendapat skrip lakonannya. Maka tidak hairanlah Osama dengan mudah diterima oleh madrasah di Afghanistan tempat dia mula-mula belajar berjihad sebelum tahun 2000.

Kenapa kumpulan mujahidin di Afghanistan senang sekali menerimanya? Mudah saja, Osama mempunyai wang yang banyak. Mujahidin pula memerlukan wang untuk melawan Russia waktu itu. Cuma apa yang menyedihkan ialah pasukan mujahidin yang berhati mulia di sana itu tidak tahu bahawa Osama adalah pelakon handalan keluaran Freemason, iaitu Rothschild.

Kuasa kewangan Rothschild semenjak perlantikan Ibn Saud sebagai pemerintah Arab Saudi berjaya menyelinap masuk ke dalam kantung ekonomi keluarga Saud. Keadaan ini mewujudkan suatu situasi kebergantungan keluarga Saud terhadap aliran wang masuk dari Rothschild. Dalam erti kata lain, Rothschild berjaya memastikan ekonomi keluarga Saud bergantung sepenuhnya kepada projek-projek syarikat minyak Rothschild.

Matlamat tercapai; untuk menguasai sesebuah negara dari seluruh aspek adalah penting menjaga poket keluarga pemerintah terlebih dahulu.

Situasi kebergantungan ini membuka ruang penuh untuk British Freemason menguasai pentadbiran dan dasar luar Arab Saudi. Bagi memastikan keluarga Saud tunduk patuh, Rothschild memberi sumbangan beratus-ratus juta tanpa henti untuk semua kos pembinaan mesjid di seluruh Arab Saudi.

Dalam tahun 1999, King Fahd telah menghadiri mesyuarat Bilderberg, disyaki oleh kebanyakan pemerhati politik sebagai perbincangan tentang peranan beliau dalam agenda [i]One World Government[/i] sama seperti peranan yang dimainkan oleh Arafat dan Pope. Buktinya, keluarga Saud sekarang ini adalah sebahagian daripada boneka dalam rangkaian Illuminati.

Diterjemah dan diubahsuai dari artikel [b]David Livingstone[/b], penulis buku The [b]Dying God: The Hidden History of Western Civilization[/b]

[url]http://aku-macjay.blogspot.com/2010/11/wahabi-tali-barut-british-freemason.html[/url]

[url]http://aku-macjay.blogspot.com/2010/11/wahabi-tali-barut-british-freemason_27.html[/url][/quote]
0 Responses