Kuburan... di mana kita bakal disemadikan - tinggal sendirian!
“Ya. Azab kubur itu memang benar.”
Berkata A’isyah r.a;
“Tiadalah selepas itu aku lihat Rasulullah saw selepas menunaikan solat melainkan minta berlindung daripada azab kubur.” - hadith sahih riwayat Imam Bukhari
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Nabi saw bersabda tentang mayat kafir dan munafiq di dalam kubur mereka:
“Dan dipukul akan mayat itu dengan pemukul daripada besi dengan satu pukulan. Maka bertempik mayat itu dengan satu tempikan yang mendengar akan dia oleh sekelian yang di sisinya melainkan jin dan manusia.” - hadith sahih riwayat Imam Bukhari
Daripada Abi Ayyub r.a. bahawa suatu hari Nabi saw terdengar satu suara lalu baginda bersabda;
“Mayat Yahudi yang sedang diazab di dalam kuburnya.” - hadith sahih riwayat Imam Bukhari
Daripada anak perempuan bagi Khalid bin Said bahawa dia telah mendengar
“Nabi saw berdoa memohon perlindungan daripada azab kubur.” - hadith sahih Riwayat Imam Bukhari
Daripada Abi Hurairah r.a. beliau berkata;
“Adalah Rasulullah saw berdoa: Ya Allah! Sungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau daripada azab kubur dan azab neraka..” - hadith sahih riwayat Imam Bukhari
Dari Ibn Umar r.a. adalah Rasulullah saw bersabda;
“Sesungguhnya Allah swt tidak mengazab akan mayat dengan sebab mengalir air mata atau dengan sebab bersedih hati tetapi mengazab Ia akan mayat dengan sebab lidah ataupun mengasihani.” - hadith sahih riwayat Imam Muslim
Dari Syu’bah r.a. beliau berkata;
“Telah turun ayat 45 Surah Ghafir berkenaan azab kubur.” - hadith sahih riwayat Imam Muslim
Daripada A’isyah r.a. bahawa Nabi saw bersabda;
“Bahawasanya azab kubur itu sesungguhnya memang benar.” - hadith sahih riwayat Imam Muslim
Daripada Anas r.a. adalah suatu hari Nabi saw lalu pada kampung Bani Najjar maka tedengar ia akan satu suara dari satu kubur maka baginda pun bersabda;
"Bilakah ditanam akan tuan punya kubur ini”
Jawab para sahabat;
“Pada zaman jahiliyyah”
Maka Nabi saw bersabda;
“Jikalaulah tidak kerana ia ditanam nescaya telah aku minta supaya Allah perdengarkan kamu sekelian akan azab kubur.” - hadith sahih riwayat Imam Muslim
Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Nabi saw bersabda;
\
“Sesungguhnya mayat itu diazab di dalam kuburnya.” - hadith sahih riwayat Imam Muslim
Daripada A’isyah r.a. berkata kepada Nabi saw bahawa dua orang tua Yahudi berkata adalah ahli kubur itu diazab di dalam kubur mereka itu. Maka Nabi saw pun bersabda;
“Benarlah kata mereka berdua. Sungguhnya mayat-mayat itu diazab di dalam kubur mereka sehingga mendengar akan dia oleh sekelian binatang.” - hadith sahih riwayat Imam Muslim
Daripada Abi Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw bersabda;
“Apabila selesai kamu daripada membaca tasyahhud akhir maka hendaklah kamu minta berlindung dengan Allah swt dari empat perkara iaitu dari azab neraka Jahannam dan dari azab kubur dan dari fitnah hidup dan fitnah mati dan dari fitnah Dajjal.” - hadith sahih riwayat Imam Muslim
Daripada Ibn Abbas r.a. berkata;
“Bahawasanya Nabi saw mengajar akan mereka itu akan doa ini seperti mana baginda mengajar mereka itu akan Surah dari Al-Quran iaitu “Wahai Allah! Sungguhnya aku memohon berlindung denganMu daripada azab Jahannam dan daripada azab kubur dan daripada fitnah hidup dan mati dan daripada fitnah Al-Masih Dajjal.” - hadith sahih riwayat Imam Muslim
Daripada Anas Bin Malik r.a. bahawasanya Nabi saw bercerita tentang mayat kafir didalam kubur;
“Kemudian dipukul akan mayat tersebut dengan satu pemukul daripada besi pada antara dua telinganya.” - hadith sahih riwayat Imam Muslim
Maka jelas daripada segala hadith-hadith yang sahih ini bahawa azab kubur memangnya benar dan sekelian orang Islam wajib mempercayainya dan orang yang mengingkarinya adalah sesat dan terkeluar dari agama Islam.
Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali Ibn Abi Al’Izz Ad-Dimasyqa pada Kitab Syarah Thahawiyah juz 2 m.s. 578;
“Dan telah mutawatirlah segala hadith dari Rasulullah saw pada sabitnya azab kubur dan nikmatnya dan soal dua malaikat. Maka wajib beri’tiqad akan sabitnya yang demikian itu.”
Allah Taala menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa Dia berkuasa menghidupkan segala yang telah mati sama ada elok jasadnya atau sudah hancur.
Pada ayat 259 Surah Al-Baqarah Allah berfirman;
“Dan lihatlah kepada tulang-tulang keldai itu bagaimana Kami menyusunnya semula kemudian Kami balut akan dia dengan daging.”
Yakni Allah swt hidupkan semula keldai yang telah mati yang berselerak tulang-tulangnya. Ini sebagai bukti yang jelas Allah berkuasa menghidupkan kembali segala yang telah mati walaupun dalam keadaan hancur.
Dan pada ayat 260 Surah Al-Baqarah Allah swt memperlihatkan kepada Nabi Ibrahim a.s. bagaimana Dia berkuasa menghidupkan burung-burung yang telah mati dicincang hingga lumat, iaitu firmanNya;
“Wahai Ibrahim! Ambillah empat ekor burung dan engkau cincang burung-burung itu hingga lumat dan engkau hantarkan tiap-tiap juzuknya yang hancur itu di atas puncak bukit. Kemudian burung-burung itu Aku hidupkan dan datang kesemuanya berterbangan kepadamu dengan segera. Ketahuilah bahawasanya Allah swt Maha kuasa dan Maha bijaksana.”
Dan banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang menceritakan bagaimana Allah menghidupkan mayat-mayat yang telah hancur dengan kekuasaanNya.
Dan pada m.s. 579 Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali Ibn Abi Al’Izz Ad-Dimasyqa pada Kitab Syarah Thahawiyah berkata;
“Dan ketahui olehmu bahawa azab kubur itu adalah azab barzakh. Maka barang siapa yang telah mati maka mustahaklah bagi azab yang tertentu baginya sama ada dikuburkan atau tidak dikuburkan yang memakan akan dia oleh binatang buas atau hangus terbakar sampai menjadi abu atau diterbangkan pada udara atau disalib atau tenggelam dilaut nescaya sampailah kepada ruh dan jasadnya daripada azab sebagaimana yang sampai kepada mayat yang dikuburkan.”
Sekelian ulama Ahlu Sunnah wal Jamaah telah sepakat bahawa barang siapa yang tidak percaya Allah Taala berkuasa menghidupkan semula orang-orang yang telah mati maka adalah ia sesat dan kafir.
Assalamualaikum Pakcik Elias, pahabaq...sy nk btanye ape maksud, 1. Hadis : “Sesungguhnya Allah swt tidak mengazab akan mayat dengan sebab mengalir air mata atau dengan sebab bersedih hati tetapi mengazab Ia akan mayat dengan sebab lidah ataupun mengasihani.” & 2. Kata2 Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali Ibn Abi Al’Izz Ad-Dimasyqa dkt 2nd last para tu. Kalau blh diterangkan?
Wlkm-slm.
Mengalir air mata tu sbb sentiasa insaf n taubat. Lidah tu sbb mengumpat.
Terima kasih, dah faham :-)
..NASEB SI-BADAN TATAKALA DIALAM KUBUR..
Apakah naseb si-badan setelah berada diAlam Kubur?
Kebanyakan mayat membusuk mereput diTanah Kubur.
Allah berkuasa menghidupkan walo pun jasad hancur.
Difahamkan ada bahagian badan yg ngak akan hancur.
Ada kedengaran ditemui mayat ngak rosak ngak hancur.
Pelik heran orangnya maseh hidup tapi sudah ada kubur.
Jarang dikhabarkan jika ada mayat hilang ghaib melebur....
...Wallahu'alam Bissawabbb...
HIDUP SESUDAH MATI - ALAM KUBUR
KATA SYAH WALIYULLAH : Ketahuilah bahawa ruh manusia itu dijadikan utk melatih badannya, samada dlm peringkat permulaan atau dlm peringkat hidup akan datang. Oleh itu pasti ruh itu akan berhubung dgn Nasmahnya apabila ruh meninggalkan badan. Tugasnya memelihara Hayula ruh itu utk memenuhi kehendak semula jadinya, utk mendapatkan semula khayalan yg berhubung dgnnya...
RUH BERSATU DGN GULUNGAN TERTENTU... Manusia selepas mati itu terbahagi kepada beberapa gulungan menurut kesatuan tertentu yg berhubung dgnnya semasa didunia. Samada ruh mereka bersatu dgn Malaikat Alam Tinggi yg membawa tugas2 semesta. Atau ruh mereka bersatu dgn Malaikat Alam Rendah yg membawa kebaikan. Ada ruh mereka bersatu dgn Jin kerana fana' tenggelam dlm kejahatan yg merosakkan. Atau ruh mereka fana' dlm sesuatu kebaikan atau kejahatan, dsbnya...
Firman Allah : "Tetapi ia cenderung kepada dunia." (AlA'raf : 176). Mereka yg bersifat demikian sukar membebaskan dirinya dari penguasaan dunia. Mereka yg fana' karam dlm kejahatan termasuk dlm gulungan Jin yg durhaka. Kedua2 mereka memiliki objek yg sama utk dituruti. Ilmu Kesufian amat menakjubkan, telah buktikan mereka yg bersifat demikian bisa fana' kedalam daya2 yg baik, kerana urusan pancaindera dlm hal2 duniawi tidak lagi jadi penghalang...
Dlm Hadis ada menjelaskan tentang ruh2 yg menduduki tempat2 tertentu, ada yg berterbangan bersama Malaikat. Maka Hadis ini bisa menyokong iaitu ruh2 itu ada tempat2 tertentu samada bebas dilangit, diangkasa, atau terjebak dlm kubur. Sebabnya kerana ruh2 itu bersatu dgn gulungan2 tertentu, ruh2 itu tetap disitu bersama2 dgn gulungan2nya...
ALAM KUBUR / AZAB KUBUR.... Ketahuilah bahawa orang2 dlm Alam Kubur itu akan ditanya tentang amal perbuatannya, tetapi dlm peringkat Hisab mereka akan ditanya tentang tindakan dan kepercayaan mereka. Dlm kubur Manusia menanggung berbagai2 azab kubur, samada azab akal, azab pandangan dan azab badan. Sebabnya kerana daya2 Malakut yg mewatakkan mereka disebabkan keupayaan badan mereka. Begitulah juga dgn pelbagai jenis ganjaran amal baik...
Adakalanya badan Manusia itu selamat dan tidak rosak dlm kubur, disebabkan kuasa yg kuat ruh itu dan ingatannya yg terus menerus utk kembali keAlam Kubur. Ramai Para Syuhada dan Hafiz AlQuran termasuk dlm gulungan ini. Badan mereka tidak hancur dlm kubur. Begitulah juga berkaitan dgn sebab2 azab pandangan....
(Kitab AlKhairul Kathir - Diterjemah oleh pokcik Majid Katib)
Wallahu'alam.....
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.