Elias Hj Idris

1. Sejak Mahathir menjadi PM 1982-2004 (22 tahun) ekuiti bumiputera hanya meningkat 4% kepada 19.5% tahun 2004. 4 % sahaja sejak 22 tahun jadi pemimpin drakonian. Syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST, TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds dijadikan milik kroni Mahathir, Tun Daim dan Anwar Ibrahim. Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat Hicom, Perwaja, Proton, Dayabumi, KLCC dan Putrajaya yang hanya menguntungkan bukan Melayu dan ahli keluarga mereka.

2. Sesiapa yang melawan akan dihumban ke dalam ke dalam lubang penjara Mahathir. Masa depan mereka gelap. ISA digunakan untuk menutup mulut kawan dan lawan. Itulah Mahathir. Siapa tidak kenal. Maha Firaun!

3. Ada satu persamaan yang kita dapat kesan dari semua skandal Mahathir ketika dia berkuasa sebagai PM. Beliau menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan diri. Paling penting ialah "mengkambing-hitamkan" sesiapa sahaja dia mahu daripada kawan, orang politik dan pegawai kerajaan /GLC yang pernah bekerja dengannya. Yang penting dia selamat. Ada banyak isu namun kita pilih beberapa sebagai membuka mata rakyat yang berkata sucinya Mahathir sehingga dianggap Tuhan Baru mereka kini.

Skandal BMF: Ahli Lembaga Pengarah Didakwa; Jalil Ibrahim Dibunuh

Abang ipar Mahathir Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1962-1980) sebagai Gabenor Bank Negara ketika Mahathir sebagai TPM dan Menteri MITI. Tun Ismail Haji Mohamed Ali juga adalah Pengerusi PNB (1978 - 1996). Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah Pemegang saham terbesar BBMB / BMFL. Apakah Mahathir juga mahu menutup penglibatan Tun Ismail selaku Gabenor atau Pengerusi PNB?

4. Carrian Holding diberi pinjaman seawal 1979. Sebelum Julai 1981 Mahathir Mohamad merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri MITI. Gabenor Bank Negara Malaysia sehingga tahun 1980 adalah abang ipar Mahathir iaitu Tun Ismail Haji Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980). BMFL adalah anak syarikat BBMB, Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah Pemegang saham terbesar BBMB. Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1978 - 1996) adalah Pengerusi PNB malah sehingga Mahathir menjadi PM selepas tahun 1981 abang iparnya tetap berkuasa terhadap PNB dan BBMB.

5. Jadi tidaklah menghairankan sehingga 1982, BBMB dan BMF di Hong Kong di bawah kuasa penuh Mahathir selaku Perdana Menteri terus melakukan transaksi pinjaman yang melangkaui had yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia. BMFL seolah-olah bergantung kepada Carrian Holdings dan membuat pinjaman dengan pelbagai nama serta syarikat. Tengku Razaleigh Hamzah adalah Menteri Kewangan yang menjadi kambing hitam!

6. Lakonan Mahathir ialah pada 16 November 1982 hanya berpura-pura mendengar taklimat dari Bank Negara sedangkan beliau telah mengarahkan sepasukan pemeriksa ke Hong Kong pada 12 Julai 1982. 12 November 1982 BBMB menghantar pasukan juru audit untuk membuat penyiasatan. Hanya 22 November 1982 Allahyarham Jalil Ibrahim Pegawai Jabatan Audit Dalaman sebagai Penolong Pengurus Besar BMFL dihantar di Hongkong. Apa tindakan Tun Ismail selalu Pengerusi PNB yang juga pemegang terbesar saham BBMB bekas Gabenor Bank Negara yang tentu terlibat dengan pinjaman Carrian Holdings itu? Misteri!. Akhirnya Jalil Ibrahim dibunuh dan kematian misterinya tidak berjawapan sehingga ke hari ini!. Alfatihah buat Jalil.

6. Tun Daim sebagai Menteri Kewangan, diarah Mahathir mengistiharkan kes BMF rugi sebanyak RM 2.0 billion ditutup. Pada 17 September 1984, pinjaman bermasalah BMF ditanggung oleh BBMB sejak 31 Disember 1983 telah di 'bailed out' oleh Petronas. Hebat tak Mahathir tutup semua skandalnya? Tidak hairanlah ia tidak berakhir dengan BBMB tetapi terus melingkupkan Perwaja Steel selepas itu.

7. Melengkapkan lakonan Mahathir, maka dalam Laporan Kertas Putih Laporan Akhir Jawatankuasa Penyiasat Bumiputra Malaysia Finance Limited (Hong Kong) pada tahun 1986, Mahathir membuat surat perakuan kononnya beliau tidak terlibat. Itulah cara Mahathir mencuci tangannya!

SKANDAL PERWAJA STEEL- ERIC CHIA MENYELEWENG
Lihat sekali lagi Bank Bumiputra dipergunakan oleh Mahathir. Yang kaya merompak ialah Eric Chia.

Kenyang Proksi Mahathir Menipu

8. Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd (PERWAJA) atau Perwaja Trengganu Sdn Bhd ditubuhkan pada 1982 untuk merintis ‘Projek Besi Keluli Kebangsaan’. Syarikat ini menanggung beban hutang berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta dalam liabiliti semasa, RM6 bilion dalam liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul sebanyak hampir RM3 bilion. Pada tahun 1989 Mahathir melantik Eric Chia rakan baiknya sebagai Pengarah Urusan Perwaja kononnya untuk memulihkan Perwaja tetapi hakikatnya Eric merompak lebih banyak wang dari Perwaja.

9. Perwaja melingkup, Eric Chia meletak jawatan pada tahun 1995. Pada tahun 1998 Mahathir berkata akan mendakwa Eric Chia jika bukti mencukupi tetapi dia tidak berbuat demikan sehingga habis pemerintahannya. Tan Sri Eric Chia Eng Hock ditahan berhubung kes penyelewengan dalam Perwaja melibatkan kerugian RM2.9 bilion pun hanya pada tahun 2004 (tuduhan pecah amanah RM76.4juta!) ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah menjadi Perdana Menteri. Namun dibebaskan pada tahun 2007 selepas pendakwa didapati gagal membuktikan kes terhadapnya.

10. Mahathir si pemberi wang kerajaan selamat, Eric Chia dibicarakan dan dibebaskan sehinggalah kesnya ditutup selepas kematiannya tahun 2008. Itulah Mahathir dia tak mungkin bersalah. Sekalipun alasan dan surat-surat Mahathir digunakan untuk menyelamatkan Eric Chia.

Skandal PKFZ: Liong Sik yang Kena!

11. Kes yang tidak kurang menariknya ialah kes Skandal Port Klang Trade Zone (PKFZ). Pendakwaan kes ini dibuat tahun 2011 melibatkan begitu ramai individu termasuk tokoh-tokoh politik kerana peningkatan kos PKFZ sehingga 4 kali ganda, daripada RM1.1 bilion hingga RM4.6 bilion. Ramai yang terlibat terdiri dari pegawai dan tokoh pemimpin dipanggil termasuk Tun Mahathir.

12. Apakah pertuduhannya? Untuk menyelamatkan sesiapa yang terlibat ialah Dr Ling Liong Sik selaku bekas Menteri Pengangkutan dituduh dimahkamah menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp (sekaki persegi) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah. Termasuk dua pertuduhan pilihan lain.

13. Sekali lagi tugas Mahathir di mahkamah hanya berkata, "Saya minta maaf. Saya berkata jujur. Saya hanya kata saya mungkin menggunakan istilah itu secara tidak tepat sebab saya tak biasa. Budak sekolah memang faham perkataan tunai tetapi dia tak faham apa itu harga tunai, harga kontrak, harga pembelian atau harga istimewa. Saya seperti budak sekolah pada ketika itu."

14. Apa jadi pada skandal ini? Ling Liong Sik dibebaskan daripada tuduhan pada tahun 2013. Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang pula bebas dari pertuduhan pecah amanah melibatkan RM254.85 PKFZ selepas tujuh tahun bicara. Mahathir dan Ling Liong Sik senyum.

15. Pada Ogos 2016, seorang lagi "kambing hitam" Dr Mahathir iaitu Datuk Ismail Zakaria bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Bank didapati bersalah atas empat pertuduhan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 dan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM600,000.

16. Pada 12 September 2011, Ismail dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada empat pertuduhan bertindak di luar bidang kuasanya meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta kepada syarikat Everise Capital Sdn Bhd anak syarikat Repco Capital milik proksi Mahathir, Low Thiam Hock antara 20 September 1997, dan 21 Oktober 1997. ( Pinjaman berperingkat RM59 juta, RM50 juta, RM40 juta dan RM26 juta).

17. Ismail Zakaria meletakkan jawatannya selepas Sime Bank yang merupakan antara empat bank terkemuka negara pada ketika itu mencatatkan kerugian RM1.81 bilion sebelum cukai bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 1997. Kerugian itu disebabkan pemberian beberapa pinjaman saham bernilai ratusan juta ringgit dan ekoran itu memerlukan suntikan modal lebih RM1.2 bilion untuk membolehkannya terus beroperasi. Kerugian bank tersebut dilaporkan selepas satu tahun diambil-alih oleh Sime Darby Bhd. Bank berkenaan sebelum ini dikenali sebagai United Malayan Banking Corporation (UMBC).

18. Itulah kuasa magik Mahathir. Wahyu Mahathir yang berkuasa ketika itu. Siapa berani tidak meluluskan arahan Mahathir untuk memberi pinjaman kepada syarikat taikun atau proksi Mahathir? Beranikah Datuk Ismail Zakaria tidak meluluskan pinjaman kepada Pengerusi Eksekutif Repco Holdings Bhd. (Repco), Low Thiam Hock.

19. Repco Low juga didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada Januari 2016 atas pertuduhan mewujudkan kekeliruan terhadap harga saham syarikat itu di Bursa Malaysia tahun 1997. Repco Low didakwa atas pertuduhan mengarahkan seorang wakil Sime Securities Sdn. Bhd. membeli saham Repco Holdings dengan menyerap apa-apa harga tawaran saham itu yang ditawarkan oleh penjual saham di Bursa Saham Kuala Lumpur. Perbuatan itu dikira boleh menimbulkan kekeliruan berhubung harga saham Repco di pasaran.

20. Bayangkan ini – Bayangkan saham Repco diniagakan pada harga RM5 sesaham pada tahun 1996, kemudiannya dimanipulasi sehingga mencecah RM140 sesaham setahun kemudian dan pada tahun 1998, ia menjunam kepada RM2.98 sesaham. Kaunternya kemudian digantung pada tahun 2000 dan dinyahsenarai 3 tahun kemudian – yang menyebabkan beribu orang kehilangan wang mereka.

Sekali lagi Surat Mahathir: PM tidak tahu membeli
saham sendiri (Insider trading) adalah satu kesalahan?

21. Apakah cara Mahathir melepaskan diri?
Sekali lagi Mahathir membuat surat perakuan ketika menjadi PM dengan membuat surat bertarikh 18 Oktober 2000 kepada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti berhubung penglibatannya dengan Repco Low berhubung memanipulasi pasaran saham. Ia subahat yang licik. Akhirnya Repco Low juga ke dalam.

22. Bagaimana dengan Mahathir? Dia masih menikmati saat indah melihat anaknya, Mokhzani tersenarai sebagai orang ke-28 terkaya di Malaysia. Mukhriz Mahathir pemilik Opcom Holding Berhad yang dapat projek kabel fiber optik zaman Mahathir menerima projek Rundingan Terus Bernilai RM214.2 juta sejak tahun 2003. Malah pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan aset di bawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato' Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%. Mahathir dan anak-anak jugalah yang kaya.

23. Apapun Mahathir belum senang duduk kerana kes Forex Bank Negara rugi AS10 bilion bakal dihadapinya. Sama-sama menantikan dramanya selepas CIA mendedahkan penglibatan Mahathir dalam Skandal BMFL.

Setakat ini sebagai PM kali ke-2 semakin kuat kokoknya.
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    Salam Pokcik Alias...

    Gud.. Salinan depan IC lama Mahathir dah ada - No.2232519.
    Tolong pamerkan salinan belakang IC lama Mahathir tuh pula.
    Bukan apa saja cek nak tanya, baru boleh benaq nama dia..??
    Kehkehkeh... "MAHATHIR ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY "...


  2. Anonymous Says:

    @@@...
    Dari Blog AKTIVIS JR


    .............. Ini adalah gambar IC lama tersebut dari jarak dekat:
    Kahkahkah...

    XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
    XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


    Gambar di bawah pula adalah gambar belakang IC lama milik Tun Dr. Mahathir:
    Kehkehkeh.... Ini baru sah & sahih "MAHATHIR ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTI"

    XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
    XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


  3. Anonymous Says:

    AKHIRNYA KETURUNAN MAMAK TOMGKANG PENDATANG..
    BERJAYA KEH3 KARAMKAN TONGKANG2 LANUN BUGIS...