Elias Hj Idris


Court of Appeal declares there are many similarities between his book and the movie, 'Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam', in terms of plot, characters and message.
freemalaysiatoday.com

Tarikh 21 Mac, 2017 cukup bermakna dalam dunia penerbitan dan pencipta karya apabila Mahkamah Rayuan dengan keputusan sebulat suara (3-0) telah membenarkan tuntutan teman terhadap 3 penama (Syamsul Yusof, Yusof Haslam dan Skop Productions Sdn Bhd) yang didapati telah mencuri hasil karya "AKU BOHSIA" (terbitan Mac, 1995) melalui filem di bawah tajuk "BOHSIA: Jangan Pilih Jalan Hitam (ditayangkan kepada ramai 2009).

Sebelum itu, Januari, 2016 di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Pesuruhjaya Kehakiman telah memutuskan teman bersalah memfitnah ketiga-tiga penama tersebut melalui artikel dalam blog ini - http://ikanlepu.blogspot.my/2014/11/aku-bohsia-sebuah-karya-sastera-novel.html dan satu artikel lagi http://ikanlepu.blogspot.my/2014/11/pengarah-muda-filem-bakal-disaman.html dan dihukum denda RM100,000 beserta kos mahkamah RM40,000.

Keputusan hakim itu dibuat atas dasar bahawa hal bohsia dan mat rempit itu berkait dengan social problem, iaitu berkait dengan hal masyarakat, jadi ia tidak terikat dengan mana-mana akta hak cipta - bermakna teman TIDAK boleh menuntut hak ke atas hal masyarakat tersebut. Keputusan hakim itu benar.

Soalnya, dalam fail tuntutan kedua-dua isu tersebut tidak relevan dan tidak dikaitkan sama sekali. Apa yang kita maksudkan ialah persamaan-persamaan yang terdapat dalam filem dengan apa yang tersurat dalam novel berkenaan. Ada lebih 25 persamaan yang dikemukakan kepada mahkamah; i.e nama watak utama dalam filem ialah Tasya, sedangkan dalam novel "AKU BOHSIA", watak utamanya ialah Anne Natasha Nita. Malah ketika watak utama mat rempit filem, Mus memperkenalkan teman bohsianya, "Ni Tasya daripada Bangsar", sementara dalam novel Burt memperkenalkan Anne Natashanya itu dari "Jalan Bangsar". Ia hanya kebetulan, menurut kata big boss Skop Productions.

Jadi kes ini pun dibawa ke Mahkamah Rayuan untuk mendapat keadilan yang lebih telus dan diadili oleh tiga orang hakim agar hak dan keadilan itu dapat dicapai secara saksama. Alhamdulillah, kes ini telah menjadi sejarah dalam tuntutan hak cipta karya di negara ini apabila mahkamah membenarkan rayuan tersebut. Persamaan-persamaan itu telah dilihat, diteliti dan diadili dengan cermat oleh hakim-hakim berkenaan. Itulah dakwaan kita yang telah ditertawakan oleh banyak pihak sebelumnya, terutama peminat-peminat filem berkenaan; "Pakcik tu baru bangun daripada tidur ke?" kata mereka. Ada yang kata teman baru keluar dari gua dan paling sadis ada yang menuduh teman sebagai terlalu sengkek hingga sanggup mencipta isu untuk mencari duit!

0 Responses