Elias Hj Idris
Elias Hj Idris

















CARA MENANAM PISANG BERANGAN
.
Maklumat ini diperolehi daripada pengurus ladang pisang yang menjaga ladang pisang seluas 65 ekar di Johor.
.
1. Setiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.
.
2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah ynag besar dan berat ynag maksimum.
.
3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutp rapat sehingga hujung pisang.
.
4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.
.
5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.
.
6. Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.
.
7. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang yang mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh.
.
8. Pembajaan:
a). Mula menanam - letakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam
b). Setelah umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15
c). Telaha umur 6-7 bulan tabur baja buah 12:12:17:2
d). Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok
.
9. Merumput: Gunakan baja sentuh ICI atau BASTA. JANGAN gunakan racun serap. Pokok tidak perlu ditajak utk merumput memadai hanya meracun sahaja. Tanah juga tidak perlu digemburkan di keliling pokok utk elakkan pokok tumbang. Untuk meracun bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air. Pasikan bancuhan dikacau hingga sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan ynag maksimum.
.
10. Penyakit: Jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir akibat serangan kulat sembur dengan bancuhan kapur seluruh pokok hingga pokok menjadi putih.
.
11. Memetik buah: Buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu atau kering.
Elias Hj Idris

Oleh: Dr Khalif Muammar

Teguran Ikhlas Untuk Dr Fathul Bari

Telah beredar di media sosial rakaman video saudara yang mengatakan bahawa Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah terutama sekali asha'irah yang menegaskan bahawa Allah wujud tidak bertempat adalah berasal daripada ajaran Syi'ah dan tidak ada sandarannya di dalam Islam.

Pertama sekali tindakan mempersoalkan perkara yang menjadi sebahagian aqidah umat Islam di alam Melayu, dan telah pun selesai perbincangan mengenainya adalah tindakan yang tidak akan menatijahkan kebaikan, justeru ia akan semakin memperparahkan perpecahan umat Islam yang telah pun berpecah-belah kerana perbezaan aliran pemikiran, politik, mazhab dan pendekatan.

Daripada mempersoalkan perkara seperti ini lebih baik saudara dan kawan-kawan sealiran memberi tumpuan kepada masalah yang lebih besar dan mustahak ditangani seperti gejala kecelaruan pemikiran dan identiti, hilang keyakinan pada agama, dan keruntuhan moral di kalangan anak muda.


Perlu saudara ketahui bahawa perkara ini adalah perkara yang telah diijma'kan oleh ulama'-ulama' Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah sebagai mana terakam di dalam kitab al-Farq Bayn al-Firaq oleh Imam 'Abd al-Qahir al-Baghdadi (429H) sebagaimana yang dilampirkan. Beliau berani mengatakan seperti ini kerana inilah pandangan yang dinyatakan oleh sahabat besar Sayyidina Ali radiyallahu anhu dan dipegang oleh para ulama' ASWJ sesudahnya berdasarkan dalil-dalil ayat al-Qur'an dan Hadis yang mengisyaratkan hal ini.

Jika saudara tidak mendapatkan dalil yang spesifik, yang secara harfiah mengatakan Allah tidak bertempat itu kerana cara berfikir saudara berlainan dengan cara dan kaedah yang diguna pakai oleh ulama' dalam ilmu Kalam. Sebagai orang yang berkecimpung dalam ilmu hadis saudara perlu meraikan kaedah yang diguna pakai dalam ilmu-ilmu lain khasnya ilmu Kalam kerana ilmu Kalam adalah ilmu kulli membahas persoalan usul sedangkan ilmu hadis adalah ilmu juz'i yang hanya membahas perkara yang cabang.

Kami faham golongan salafiyyah berpendapat bahawa Allah berada di langit sesuai dengan hadis jariah dan mereka memahaminya secara literal perkataan Allah Fi al-Sama' (Allah itu  di langit).

Walhal para ulama' telah membahaskan perkara ini dengan panjang lebar mengenai kata-kata tersebut dan menyesuaikannya dengan dalil-dalil yang lain seperti ayat al-Qur'an yang mengatakan "ke mana sahaja kamu menghadap maka di situlah Allah ada" (2:115), dan "Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada" (57:4), dan "...apabila hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka sesungguhnya Aku dekat" yang menunjukkan bahawa Allah SWT tidak memerlukan tempat.

Kami tidak menyesatkan orang yang mengatakan bahawa Allah berada di langit, kerana mereka melihat kepada zahir nas, tetapi kami juga berharap agar golongan salafiyyah menghormati pandangan jumhur ulama' Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan tidak menyesatkan mereka semata-mata kerana mereka mempunyai pandangan yang berbeza dengan golongan salafiyyah.

Saya juga menyeru kepada semua yang menganggap dirinya salafi, sesuai dengan yang dianjurkan oleh Islam, agar kita berlapang dada sesama saudara seaqidah. Ini bermakna kita tidak boleh memaksa semua orang untuk menerima aliran kita sahaja dan mengatakan semua aliran yang lain adalah sesat.

Tidak berlapang dada namanya apabila seseorang itu hanya mengambil satu pandangan dan menolak pandangan ulama' lain yang dengan alasan dan hujah yang kuat membolehkan tahlil, zikir berjamaah, bertawassul, melafazkan niat, mengamalkan tasawwuf, menta'wilkan ayat-ayat sifat, mempelajari ilmu Kalam, perkara-perkara yang oleh golongan Wahhabi dianggap bid'ah dolalah. Selama hal ini mempunyai asasnya yang kuat, dalam perkara furu', ijtihadiyyah, dan masing-masing ada dalil dan hujah maka ia patut kita raikan, kita perlu bersangka baik terhadap ulama' ASWJ dan mereka tidak boleh disamakan dengan Syi'ah, dan jangan sesekali menuduh mereka sesat. Ini kerana ia akan lebih memperparahkan perpecahan dan permusuhan yang telah pun melemahkan umat Islam.
Elias Hj Idris
Mohd Hanif with An Nur Hafieza and 11 others. Jadual Kehidupan Harian
1. bangun malam ( sekitar jam 3 pg)-mandi dan ambil wuduk
2. solat sunat wuduk.
3. solat sunat taubat.
4. solat sunat tahajjud (8 rakaat).
5. solat sunat hajat ( minta Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta).
6. solat sunat witir 3 rakaat.
7. istighfr 100x
8. tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. kali 40
10. tasbih 40x
11. solat sunat fajar.
12. solat subuh.
13. baca yaassin lepas subuh.
14. solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
16.Solat Asar-solat sunat sebelum
17. Solat maghrib-solat sunat selepas
18. Solat Isya'-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :- al-quran- surah Al-mulk- surah sajjadah- surah al-waqiah
20.setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.


“Di dunia bukan tempat untuk berihat, tetapi tempat untuk beribadat."

-  Ustaz Ismail Kamus.