Elias Hj Idris
                                             Peri jahatnya Wahhabi

Berikut adalah beberapa kumpulan fatwa, pandangan atau pendirian ulama-ulama yang punya autoriti di Malaysia secara tersurat dan tersirat berkenaan kesesatan fahaman Wahhabi yang sedang menggelisahkan rakyat Malaysia dewasa ini.

Antaranya adalah pandangan Mufti Kedah, Mufti Pahang, Mufti Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Perak, Mufti Wilayah Persekutuan, Warta Kerajaan Negeri Johor, Majlis Fatwa Kebangsaan, pandangan JAKIM, Mufti Brunei
serta pandangan ahli akademik.

Adalah menjadi tanggungjawab bagi sesiapa pun untuk menyampaikan maklumat/fatwa ini kepada teman² ahlus-sunah agar lebih berhati² terhadap fahaman "WAHABI-SALAFI" ini dengan harapan supaya kita semua terselamat daripada fitnah akhir zaman.

Mufti Kedah;
Mufti Kedah turut menyatakan bahaya faham Wahhabi dan menolaknya kerana banyak khilaf dari sudut aqidah fiqh.

Mufti Pahang;
Mufti mengatakan fahaman selain asyairah boleh diambil tindakan kerana menyesatkan, juga baru-baru ini khutbah negeri Pahang telah menekankan peri masalah fahaman Wahhabi.

Mufti Negeri Sembilan;
Mufti negeri Sembilan juga turut menolak dan menyatakan peri menyimpangnya fahaman Wahhabi.

Mufti Perak;
Jabatan Mufti Perak telah mengeluarkan arahan berupa larangan bagi penyebaran fahaman Wahhabi kerana ia menyimpang dan menyesatkan.
Baca di sini ═>http://mufti.perak.gov.my/…/372-fatwa-penegahan-menyebarkan…

Mufti Wilayah Persekutuan;
Mufti Wilayah Persekutuan telah menulis buku, yang di dalamnya jelas mengkritik aliran Wahhabi-salafi kerana sikap mereka yang ghuluw.

Kerajaan Negeri Johor;
Kerajaan Negeri Johor jelas memfatwakankan bahawa manhaj akidah yang mesti diikuti adalah asyairah dan maturidiah serta 4 mazhab fiqh muktabar sementara yang lain selain daripada itu adalah sesat dan menyesatkan.

Majlis Fatwa Kebangsaan;
Berikut ini sedikit petikan daripada fatwa tersebut:
Banyak ulama yang telah mengkritik dan menghujah bahawa aliran Wahhabi itu sesat termasuklah saudara kandung Muhammad Abdul Wahhab sendiri, iaitu Sheikh Sulayman Abd Wahhab dalam kitabnya bertajuk al-Sawa’iq al-Ilahiyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah. Di antara ulama-ulama lain ialah Sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan (m.1886), Mufti Mekkah dan Shaykh al-Islam dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah dan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam karyanya al-Salafiyyatun Marhalatun Zamaniyyatun Mubarakatun la Mazhabun Islamiyyun.

Seterusnya silakan baca di sini:
http://www.e-fatwa.gov.my/…/pandangan-mengenai-golongan-wah…

Pandangan JAKIM;
Pandangan JAKIM dalam hal ini adalah jelas iaitu: "Wahhabi-salafi tetap sesat dan menyesatkan

Mufti Brunei;
Mufti Brunei ada menulis buku yang di dalamnya jelas mengkritik akan penyimpangan fahaman Wahhabi.

Pandangan Giptis;
Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuan Sunni turut menolak fahaman Wahhabi.

Prof Syed Naquib Al-Attas;
Prof Syed Naquib telah menolak fahaman Wahhabi dan menjelaskan tentang keburukannya dalam karyanya.
Seterusnya silakan baca di sini berkait dengan pernyataan murid beliau:
http://www.rausyanfikir.com/…/keseluruhan-penjelasan-ini-di…

Lain- Lain;
Terlalu banyak untuk dihuraikan kesemuanya, tetapi jelas dalam setiap seminar yang dianjurkan oleh muafakat alim ulama Malaysia dan para ahli akdemik seperti Dr. Uthman Muhammady, Dr. Asmadi dan Dr. Fakhruddin Mukti dan banyak lagi ahli akademik lain telah berkumpul dan menolak fahaman Wahhabi.
http://muafakatmalaysia.com/…/wacana-pemikiran-dan-pembina…/

Akhir kata kepada masyarakat awam suka diingatkan supaya berpegang teguh dengan jumhur ulama dan jangan sesekali terlibat dengan pemikiran yang ganjil seperti fahaman Wahhabi-salafi yang bisa merosakkan akidah dan persatuan ummat.


Sumber : aswj-rg
0 Responses