Elias Hj Idris

Oleh: Dr Khalif Muammar

Teguran Ikhlas Untuk Dr Fathul Bari

Telah beredar di media sosial rakaman video saudara yang mengatakan bahawa Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah terutama sekali asha'irah yang menegaskan bahawa Allah wujud tidak bertempat adalah berasal daripada ajaran Syi'ah dan tidak ada sandarannya di dalam Islam.

Pertama sekali tindakan mempersoalkan perkara yang menjadi sebahagian aqidah umat Islam di alam Melayu, dan telah pun selesai perbincangan mengenainya adalah tindakan yang tidak akan menatijahkan kebaikan, justeru ia akan semakin memperparahkan perpecahan umat Islam yang telah pun berpecah-belah kerana perbezaan aliran pemikiran, politik, mazhab dan pendekatan.

Daripada mempersoalkan perkara seperti ini lebih baik saudara dan kawan-kawan sealiran memberi tumpuan kepada masalah yang lebih besar dan mustahak ditangani seperti gejala kecelaruan pemikiran dan identiti, hilang keyakinan pada agama, dan keruntuhan moral di kalangan anak muda.


Perlu saudara ketahui bahawa perkara ini adalah perkara yang telah diijma'kan oleh ulama'-ulama' Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah sebagai mana terakam di dalam kitab al-Farq Bayn al-Firaq oleh Imam 'Abd al-Qahir al-Baghdadi (429H) sebagaimana yang dilampirkan. Beliau berani mengatakan seperti ini kerana inilah pandangan yang dinyatakan oleh sahabat besar Sayyidina Ali radiyallahu anhu dan dipegang oleh para ulama' ASWJ sesudahnya berdasarkan dalil-dalil ayat al-Qur'an dan Hadis yang mengisyaratkan hal ini.

Jika saudara tidak mendapatkan dalil yang spesifik, yang secara harfiah mengatakan Allah tidak bertempat itu kerana cara berfikir saudara berlainan dengan cara dan kaedah yang diguna pakai oleh ulama' dalam ilmu Kalam. Sebagai orang yang berkecimpung dalam ilmu hadis saudara perlu meraikan kaedah yang diguna pakai dalam ilmu-ilmu lain khasnya ilmu Kalam kerana ilmu Kalam adalah ilmu kulli membahas persoalan usul sedangkan ilmu hadis adalah ilmu juz'i yang hanya membahas perkara yang cabang.

Kami faham golongan salafiyyah berpendapat bahawa Allah berada di langit sesuai dengan hadis jariah dan mereka memahaminya secara literal perkataan Allah Fi al-Sama' (Allah itu  di langit).

Walhal para ulama' telah membahaskan perkara ini dengan panjang lebar mengenai kata-kata tersebut dan menyesuaikannya dengan dalil-dalil yang lain seperti ayat al-Qur'an yang mengatakan "ke mana sahaja kamu menghadap maka di situlah Allah ada" (2:115), dan "Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada" (57:4), dan "...apabila hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka sesungguhnya Aku dekat" yang menunjukkan bahawa Allah SWT tidak memerlukan tempat.

Kami tidak menyesatkan orang yang mengatakan bahawa Allah berada di langit, kerana mereka melihat kepada zahir nas, tetapi kami juga berharap agar golongan salafiyyah menghormati pandangan jumhur ulama' Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan tidak menyesatkan mereka semata-mata kerana mereka mempunyai pandangan yang berbeza dengan golongan salafiyyah.

Saya juga menyeru kepada semua yang menganggap dirinya salafi, sesuai dengan yang dianjurkan oleh Islam, agar kita berlapang dada sesama saudara seaqidah. Ini bermakna kita tidak boleh memaksa semua orang untuk menerima aliran kita sahaja dan mengatakan semua aliran yang lain adalah sesat.

Tidak berlapang dada namanya apabila seseorang itu hanya mengambil satu pandangan dan menolak pandangan ulama' lain yang dengan alasan dan hujah yang kuat membolehkan tahlil, zikir berjamaah, bertawassul, melafazkan niat, mengamalkan tasawwuf, menta'wilkan ayat-ayat sifat, mempelajari ilmu Kalam, perkara-perkara yang oleh golongan Wahhabi dianggap bid'ah dolalah. Selama hal ini mempunyai asasnya yang kuat, dalam perkara furu', ijtihadiyyah, dan masing-masing ada dalil dan hujah maka ia patut kita raikan, kita perlu bersangka baik terhadap ulama' ASWJ dan mereka tidak boleh disamakan dengan Syi'ah, dan jangan sesekali menuduh mereka sesat. Ini kerana ia akan lebih memperparahkan perpecahan dan permusuhan yang telah pun melemahkan umat Islam.
4 Responses
  1. Anonymous Says:

    Assalamualaikum,umat Islam diganyang di segenap penjuru dunia & kita masih bercakaran ten tang hal yg telah lama selesai


  2. Anonymous Says:

    YANG MENGGANYANG UMMAT ISLAM DISEGENAP PENJURU DUNIA ADALAH REGIM WAHABBI YAHUDI.
    YANG MENAJA PUAK IS ISIS DAESH PEMBUNUH UMMAT ISLAM BUKAN LAEN TAPI WAHABBI YAHUDI.
    YANG MASUK CAMPURKAN HOLY WATER DLM TELAGA ZAM-ZAM ITULAH KERJA WAHABBI YAHUDI.
    DUNIA ISLAM SENTIASA KUFUR SESAT SELAGI BUMI ARAB JAZERA DITAWAN OLEH WAHABBI YAHUDI
    REGIM WAHABBI YAHUDI DAJJAL PASTI KOJOL MATI SETELAH MEKAH DITAWAN OLEH IMAM ALMAHDI.


  3. Anonymous Says:

    Syiah dan wahabi adalah hasil kerja si yahudi. Mengadu-domba, memporak-peranda memang kepakaran yahudi. Yang telah tersyiah dan terwahabi, kembalilah ke pangkal jalan bersatu di bawah Alquran dan Hadith. Tiada Islam yang lain lagi... hanya satu.. kita telah diperkudakan oleh yahudi yang telah jauh termasuk ke dalam lubuk syaitan..


  4. Jabatan agama, Jakim dsb diresapi Wahhabi. Cth ketara Perlis sampai muftinya pun tidak segan silu mempromosi Wahhabi.
    Di kalangan pensyarah universiti pula, syiah yang menguasasi. Ada universiti yg dikenali dgn nama Universiti Teheran Malaysia - punya tegar syiahnya.

    Peliknya, k'jaan jadi serupa itu TUNGGUL!