Elias Hj Idris
Japanese Red Army
Wira yang tidak didendang. Kisah wira Melayu dan pengganas Red bean army, eh silap...Japanese red army yg tahan 53 tebusan di KL. Siapa heronya? Haruslah Melayu. Bangsa paling byk nyawa terkorban dlm mempertahankan kedaulatan tanah air.

Abdul Muati Ahmad's photo. 









Oleh:  Abdul Muati Ahmad added 3 new photos.

TERORIS MENYERANG MALAYSIA
(Coretan pagi Rabu 1.6.16)


Malaysia kita ini pernah kena serang oleh teroris. Bukan IS, ISIS, Al-Qaeda, ETA, Tupac Amaru, Boka Haram atau Tamil Eelam tapi JRA. JRA atau Japanese Red Army. Tentera Merah Jepun yang berfahaman komunis.

Peristiwa berlaku pada 5 Ogos 1975. Saya masih dlm tingkatan 1 di Sek Men Darulaman pada waktu itu. 5 orang teroris ini telah menahan 53 orang petugas di AIA building Jalan Ampang KL. Turut ditahan ialah konsul kedutaan Amerika dan Sweden yang berpejabat di bangunan tersebut.

Mereka menuntut supaya 5 rakan teroris mereka yang dipenjarakan di Jepun dibebaskan dan dihantar ke KL untuk menyertai mereka mencari perlindungan di negara ketiga. Jika tidak mereka akan bunuh kesemua 53 tahanan.

Kelam-kabut kerajaan kita berunding dengan puak teroris ini, terutama Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri pada masa itu. Akhirnya kerajaan Jepun setuju dan 5 teroris dibebaskan daripada penjara Jepun dan dihantar ke KL.

TS Ghazali berunding dengan kerajaan Libya apabila semua negara tidak mahu terima 10 teroris tersebut. Akhirnya Muammar Ghaddafi setuju menerima teroris berkenaan. Ssebagai ganti 53 orang tebusan itu ditukarkan dengan Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato' Ramli Omar dan secretary-general KDN Tan Sri Osman Samsuddin Cassim.

Inilah dua orang hero kita yang sanggup pertaruhkan nyawa mereka. Mereka kena travel dengan teroris tersebut ke Libya.

Pesawat JAL DC-8 tidak boleh terbang terus ke Tripoli. Ia mesti singgah mengisi minyak, tetapi semua negara tidak beri keizinan singgah. Akhirnya TS Ghazali berbincang dengan Puan Bandaranaike, Perdana Menteri Sri Lanka dan beliau setuju beri kapal terbang itu izin singgah mengisi minyak di Colombo.

Pilot Jepun yang mengemudi kapal terbang itu pula tidak mahu bawa pesawat DC-8 itu takut ditembak dalam perjalanan. Akhirnya sorang pilot muda Melayu bersetuju membawa pesawat itu dari KL ke Tripoli.


Lihatlah keperwiraan Melayu di saat negara diancam teroris. Orang lain memang tidak boleh diharap...


Catatan Peribadi:
Dato Ramli Omar tu adalah ayah angkat teman. Jadi selalu saja teman ke rumah beliau di Lorong Gurney, di Jalan Semarak (sekarang). Timbalan Menteri Perumahan ini seorang yang baik hati dan sanggup berkorban demi negaranya. Hanya dia, daripada kalangan anggota kabinet yang berani mempertaruhkan nyawanya demi negara.

Malah dia beritau, jika Tentera Merah itu mahu membunuh tebusan pun, dia rela dirinya dibunuh terlebih dahulu sebagai ganti.
 

Masa dalam perjalanan, katanya mereka tidak dibenarkan bercakap. Apabila anggota Tentera Merah berkenaan bertanya (hendak makan atau ke bilik air semasa dalam penerbangan) mereka hanya boleh menggeleng atau angguk saja. Senyum tak boleh. Pandang keliling pun tidak boleh... cuma duduk tegak pandang ke depan saja sepanjang 15 jam penerbangan KL ke Tripoli, Libya.
 

Apa yang dia dapat dengan pengorbanan itu? Takde apa pun kecuali anugerah bintang kebesaran KMN. Dan... dia dapat cuti seminggu sebaik pulang dari Libya.

Dato Ramli Omar, seorang yang baik hati. Tidak pernah rasuah sepanjang dia menganggotai kabinet sebagai Setiausaha Parlimen atau Timbalan Menteri. Ada tidak pun semasa jadi Timbalan Menteri Perumahan, setelah puas dipujuk oleh syarikat pemaju perumahan, dia membeli sebuah rumah dengan harga istimewa (potongan 20%) di Cheras. Itupun puas dipujuk.
 

Teman pernah kata kepadanya, "Paklong kena buat duit juga... bukan untuk diri paklong, tapi untuk perbelanjaan orang-orang kampung yang berkunjung ke rumah."
 

Ya la... setiap kali cuti sekolah ada lima atau tujuh buah bas rombongan dari kawasan parlimennya Gunung Semanggol datang berkunjung ke rumahnya; makan dan menginap - 3 ke 5 hari pun ada. Jadi, maklong la yang bersusah-payah memasak makan untuk mereka dengan bantuan satu orang gaji (yang lurus bendul!).

"Cukup la gaji yang kerajaan dah bayar tu," jawabnya lembut. "Elauns pun depa dok bayar... elauns sebagai ahli parlimen, elauns timbalan menteri... elauns rumah. Drebar pun kerajaan dah bayar. Kereta memang saya punya, tapi kerajaan tanggung juga."
 

Paklong ni memang baik orangnya. Bila tidur malam, dia suluhkan nyamuk dengan lampu picit kot ada nyamuk masuk dalam kelambu. Kalau kita terjaga, dia akan sapa, "Err... hang tak tidur lagi ka?" sedangkan jam sudah 3.00 dinihari.

Al-Fatehah buat beliau dan maklong.


** Ingat lagi kereta Alfa Romeo Alfetta 2.0 Coupe (WE 2992) yang Dr Mahathir simpan di rumahnya. Dr Mahathir tamau simpan di Seri Perdana takut orang yang datang kata dia bermewah-mewah dan rasuah. Walaupun kereta itu hadiah daripada seseorang.


0 Responses