Elias Hj Idris
Manivanan Gowin
12 hrs ·
Kenyataan Akhbar 31 Mac 2016

Isu Penangkapan Pertama Berkaitan 1MDB

Isu 1MDB telah membuka lembaran baru di muka dunia apabila bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Al Husseiny telah ditahan oleh pihak berkuasa di Abu Dhabi, dan permohonan ekstradisi sedang di proseskan atas permintaan Amerika Syarikat. Penangkapan ini berkaitan dan berhubung rapat dengan isu 1MDB.

Ekstradisi adalah proses rasmi di mana satu negara memindahkan jenayah yang disyaki atau disabitkan ke negara lain. Antara negara-negara, ekstradisi biasanya dikawal oleh perjanjian melalui treaty.

Al Husseiny merupakan seorang yang memainkan peranan yang penting dalam penyelewengan 1MDB. Al Husseiny merupakan CEO Aabar sehingga Julai 2015. Aabar merupakan syarikat subsidiary kepada IPIC - International Petroluem Investment Company. IPIC terlibat secara langsung dengan 1MDB. Al Husseiny terlibat dalam bail – out hutang 1MDB pada Jun 2015 yang dilakukan atas kapasitinya sebagai CEO Aabar.

Ini merupakan penangkapan yang pertama secara rasmi yang berkait rapat dengan isu 1MDB. Ironiknya, walaupun penangkapan patut dilakukan di Malaysia, tetapi ianya berlaku di luar negara atas permintaan Amerika Syarikat.

Penangkapan Al Husseiny hanyalah permulaan terhadap kes 1MDB. Yang pastinya, ianya juga bukan penangkapan terakhir.

Ini menunjukkan siasatan secara menyeluruh telah dilakukan di Amerika Syarikat. Amat menyedihkan apabila kita mendapati bahawa negara lain yang mendahului siasatan mengenai isu 1MDB walaupun isu ini melibatkan imej dan integriti negara kita.

Walaubagaimanapun, saya berharap dengan penangkapan ini, pelbagai jawapan kepada soalan – soalan dan spekulasi mengelilingi 1MDB mungkin terjawab.
Salam Reformasi.

YB Manivanan Gowin
Ahli Parlimen Kapar
0 Responses