Elias Hj Idris
Ojay Khoo Friday, 19 February 2016 22:25
'APANDI DUG THE GRAVE FOR NAJIB': WHY DID SRC TRANSFER MILLIONS INTO NAJIB'S ACCOUNTS

Why did SRC International, a Finance Ministry-owned subsidiary, transfer millions of ringgit into the personal accounts of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who is also the finance minister?

Did SRC International commit any criminal offence by transferring the funds into Najib’s accounts?
Attorney-General Tan Sri Mohamed Apandi Ali said last month Najib did not commit any criminal offence because he was unaware from where the money came.

But while the A-G has ordered the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to close investigations, several questions remain unanswered.


What is SRC International?


SRC International was incorporated on January 7, 2011, and principally involved in projects associated with conventional and renewable energy resources, natural resources and minerals.
It is also involved in “any partnership, joint ventures or any arrangements for sharing profit, union of interest or cooperation and property holding”, according to its financial statement for the financial year-ending March 2012.

At the date of its incorporation, the board of directors comprised Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, Datuk Suboh Md Yassin, Datuk Paduka Ismee Ismail, Nik Faisal Ariff Kamil, Vincent Beng Huat Koh and Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

The identity of the current top management team is unknown, as Faisal and Suboh, both of whom served as the company directors, disappeared last year amid MACC’s investigations into the firm.
1MDB link

SRC International was formerly a subsidiary of 1Malaysia Development Bhd, but ties were severed in February 2012 in order to qualify for a RM4 billion loan from the Retirement Fund Incorporated (KWAP).

The loan, which was disbursed in two tranches in August 2011 and March 2012, was spent on investments in Indonesia, Mongolia and “some other countries”, the ministry said last year.
Despite the controversy surrounding SRC International, the company appears to keep a low profile.
Its website, src.com.my, contains only the company logo, name and the message: “Thank you for your visit. Please note that our site is currently under construction”.

Even more mysterious, src.com.my only turns up as the 31st search result during a search for “SRC International Sdn Bhd” on Google.

Unlike its former parent company, SRC International has had little engagement with the press and the public.

It has issued only two press statements to date: on October 21 and November 5, 2015. Both were bare denials that its RM4 billion loan from KWAP was misappropriated.


Transfer of RM42 million to Najib

The public first heard about SRC International when The Wall Street Journal reported last year that money flowed from the company into Najib’s accounts.

Between December 2014 and February 2015, SRC International transferred RM50 million to its subsidiary, Gandingan Mentari, which transferred the RM50 million to Ihsan Perdana, WSJ reported.
Ihsan Perdana was a private company set up to undertake corporate social responsibility (CSR) programmes for 1MDB.

From Ihsan Perdana, RM42 million was transferred into Najib’s accounts at AmBank in three deposits of RM27 million, RM5 million and RM10 million, said WSJ.


Transfer of RM27 million to AmBank accounts

But according to several documents the A-G showed in a press conference last month, SRC International transferred another RM35 million to Putra Perdana Construction.

That firm, in turn, transferred RM34.99 million to Permai Binaraya, which transferred RM27 million to a private bank account ending in “880”.

Funds transferred to the “880” account were used to pay for Najib’s Visa and MasterCard bills amounting to a total of RM3.2 million, according to Apandi’s charts.
SRC International also transferred RM105 million and RM30 million on July 14, 2014 and August 8 the same year to Putra Perdana Construction.


Main players keeping mum

Apandi did not explain why SRC International, a company dealing in energy, was transferring money to a construction outfit.

Nor did he explain why some of the money ended up in an account which settled Najib’s credit cards.
The Malaysian Insider emailed SRC International for an explanation on the money transfer, and the nature of its business with Putra Perdana Construction, but has yet to receive a response.

Police have also yet to respond to The Malaysian Insider’s questions on whether or not they were investigating a possible case of criminal breach of trust by SRC International.

MACC is unable to reveal any details of its probe into SRC International to the public as it is bound by the MACC Act 2009.

Its Operations Review Panel and the Special Panel were to meet with Apandi yesterday to obtain a clarification on his order to close investigations into SRC International.
But the meeting was cancelled at the eleventh hour, without any explanation.

Barisan Nasional strategic communications chief Datuk Abdul Rahman Dahlan and Umno information chief Tan Sri Annuar Musa also did not respond to The Malaysian Insider’s requests for comments.

But one lawmaker told The Malaysian Insider he had submitted to Parliament a question on why SRC International had transferred the funds to Putra Perdana Construction.

He previously told a press conference that given the number of transactions involved, and the instant utilisation of the funds upon receipt, it was “incredible” for the A-G to accept at face value Najib’s claim he did not know the money originated from SRC International.

“In fact, Apandi dug the grave for the prime minister by claiming that the latter thought the funds were from the mysterious Arab donor, who gifted him with US$681 million.
“However, Najib would have contradicted himself because the unutilised Arab donation was purportedly returned to the donor in August 2013, long before the SRC International transfers took place.
“Based on this evidence alone, there is now a prima facie case to charge the prime minister with corruption or criminal breach of trust, and it is for Najib to prove his innocence in the court of law,” the lawmaker said.

He said Apandi would be abusing his discretionary powers accepting Najib’s unconvincing and contradictory excuses by not allowing the court to determine the truth. – TMI

Why did SRC International, a Finance…
malaysia-chronicle.com|By .



Misteri Pemindahan Jutaan Ringgit daripada SRC International ke dalam akaun peribadi Najib




Kaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pemindahan wang dari SRC International terus mengundang persoalan. – Gambar StraitsTimes


Oleh: Anisah Shukry

Mengapa SRC International, anak syarikat milik Kementerian Kewangan memindahkan jutaan ringgit ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan?

Adakah SRC International melakukan apa-apa kesalahan jenayah dengan memindahkan dana ke dalam akaun peribadi Najib?
 
 
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bulan lepas berkata, Najib tidak melakukan apa-apakesalahan jenayah kerana beliau tidak mengetahui dari mana wang itu datang.

Tetapi ketika peguam negara mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kertas siasatan, beberapa persoalan masih belum terjawab.

Apakah itu SRC International?
SRC International ditubuhkan pada 7 Januari 2011 dan pada dasarnya terlibat dalam projek berkaitan dengan sumber tenaga konvensional dan boleh diperbaharui, sumber asli dan mineral.
Ia juga terlibat dalam “mana-mana perkongsian, usaha sama atau sebarang perjanjian perkongsian keuntungan, gabungan kepentingan atau kerjasama dan pegangan hartanah”, menurut penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir pada Mac 2012.

Ketika diperbadankan, lembaga pengarahnya terdiri daripada Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, Datuk Suboh Md Yassin, Datuk Paduka Ismee Ismail, Nik Faisal Ariff Kamil, Vincent Beng Huat Koh dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
 
Identiti pasukan pengurusan atasan semasa tidak diketahui, kerana Faisal dan Suboh, kedua-duanya yang berkhidmat sebagai pengarah syarikat, menghilangkan diri tahun lepas di tengah-tengah siasatan SPRM ke atas syarikat itu.

Kaitan dengan 1MDB

SRC International merupakan bekas anak syarikat 1MDB tetapi berpecah daripada syarikat pelaburan strategik itu pada Februari 2012 untuk melayakkannya membuat pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Pinjaman yang disalurkan dalam 2 bahagian pada Ogos 2011 dan Mac 2012, dibelanjakan untuk pelaburan di Indonesia, Mongolia dan “beberapa negara lain”, kata Kementerian Kewangan tahun lepas.

Walaupun kontroversi melanda SRC International, syarikat itu dilihat tidak menonjolkan diri.
Laman sesawangnya “src.com.my” kosong, selain gambar logo syarikat, nama dan mesej: “Thank you for your visit. Please note that our site is currently under construction” (Terima kasih kerana melayari laman sesawang kami. Sila ambil perhatian laman sesawang kami sedang dalam pembinaan).

Tiada maklumat lanjut mengenai syarikat itu yang boleh diperoleh daripada laman sesawang ini.
Lebih misteri lagi, src.com.my merupakan hasil carian ke-31 ketika satu carian dijalankan ke atas “SRC International Sdn Bhd” di Google.

Tidak seperti syarikat induknya, SRC International kurang mendedahkan identiti syarikat kepada media dan orang ramai.

Ia hanya mengeluarkan 2 kenyataan akhbar setakat ini: pada 21 Oktober dan 5 November tahun lepas. Kedua-duanya mengenai penafian mereka berhubung pendedahan pinjaman RM4 bilion daripada KWAP yang disalahgunakan.

Pemindahan RM42 juta kepada Najib
Orang ramai hanya mula memberi perhatian kepada SRC International apabila The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan pada tahun lepas terdapat wang disalurkan daripada syarikat itu ke akaun peribadi Najib.

Antara Disember 2014 dan Februari 2015, SRC International memindahkan RM50 juta kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari yang kemudiannya memindahkan RM50 juta kepada Ihsan Perdana, lapor WSJ.

Ihsan Perdana merupakan sebuah syarikat swasta yang ditubuhkan bagi menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk 1MDB.

Daripada Ihsan Perdana, RM42 juta pula dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank dalam 3 transaksi sebanyak RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta, kata WSJ.

Pemindahan RM27 juta ke dalam akaun AmBank
Bagaimanapun, menurut beberapa dokumen yang didedahkan peguam negara pada sidang media bulan lalu, SRC International memindahkan baki RM35 juta kepada Putra Perdana Construction.
Putra Perdana Construction seterusnya memindahkan RM34.99 juta kepada Permai Binaraya yang kemudiannya memindahkan RM27 juta ke dalam akaun bank persendirian berakhir dengan digit “880”.

Dana yang dipindahkan ke dalam akaun “880” digunakan untuk membayar kad kredit Visa dan Mastercard Najib berjumlah RM3.2 juta, menurut carta didedahkan Apandi.

SRC International juga memindahkan RM105 juta dan RM30 juta pada 14 Julai 2014 dan 8 Ogos tahun sama, masing-masing ke Putra Perdana Construction.

Individu utama berdiam diri
Apandi tidak menjelaskan mengapa SRC International, sebuah syarikat yang terlibat dalam tenaga, memindahkan wang kepada syarikat pembinaan.

Beliau juga tidak menjelaskan mengapa sebahagian daripada wang itu akhirnya digunakan untuk membayar kad kredit Najib.

The Malaysian Insider sudah menghantar emel kepada SRC International untuk mendapatkan keterangan mengenai pemindahan wang, dan jenis perniagaannya dengan Putra Perdana Construction, tetapi buat masa ini masih belum menerima sebarang jawapan.

Polis juga belum menjawab persoalan The Malaysian Insider mengenai sama ada atau tidak ada kemungkinan kes pecah amanah SRC International.

SPRM tidak dapat mendedahkan sebarang butiran siasatan terhadap SRC International kepada umum kerana terikat dengan Akta SPRM 2009.

Panel Penilaian Operasi dan Panel Khas SPRM sepatutnya bertemu dengan Apandi semalam untuk mendapatkan penjelasan mengenai arahan menutup kertas siasatan SRC International.

Tetapi mesyuarat itu dibatalkan pada saat akhir, tanpa sebarang penjelasan diberikan.
Sementara itu, Ketua Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan, dan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa enggan mengulas pertanyaan yang diajukan The Malaysian Insider.

Tetapi Setiausaha Publisiti DAP memberitahu The Malaysian Insider beliau sudah mengemukakan satu soalan kepada Parlimen mengenai mengapa SRC International memindahkan dana ke Putra Perdana Construction.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu sebelum ini pada sidang medianya mendedahkan jumlah urus niaga yang terlibat, dan penggunaan segera dana selepas menerimanya, dan “luar biasa” bagi peguam negara menerima dakwaan Najib beliau tidak mengetahui wang itu berasal daripada SRC International .

“Malah, Apandi menimbulkan banyak persoalan terhadap perdana menteri dengan mendakwa dana itu daripada penderma misteri dari Arab, yang menyumbangkan AS$681 juta.
“Bagaimanapun, kenyataan Najib bercanggah kerana derma Arab yang tidak digunakan kononnya dikembalikan kepada penderma pada Ogos 2013, lama sebelum transaksi pemindahan wang SRC International dibuat.

“Berdasarkan bukti ini sahaja, kini terdapat satu kes prima facie yang jelas untuk mendakwa perdana menteri kerana terlibat dengan aktiviti rasuah atau pecah amanah, dan ia adalah penting untuk Najib membuktikan yang beliau tidak bersalah di mahkamah,” kata MP itu.

Dia berkata Apandi akan menyalahgunakan kuasa budi bicaranya untuk menerima alasan yang tidak meyakinkan dan bercanggah Najib dengan tidak membenarkan mahkamah membuktikan kebenaran. – The Malaysian Insider

0 Responses