Elias Hj Idris
By: Sarawak Report

Kevin Morais telah diculik dan seterusnya dibunuh dengan kejam

Dalam kenyataan bersumpahnya, saudara kepada Kevin Morais yang sudah mati dibunuh telah mengesahkan semalam bahawa mendiang Kevin adalah pendakwaraya yang telah ditugaskan untuk menyiasat Perdana Menteri, Najib Razak berhubung salah urus kewangan daripada 1MDB yang ada kaitan dengan syarikat SRC International.

Charles Morais memberitahu para wartawan bahawa dia tidak percaya bahawa motif penculikan dan seterusnya pembunuhan sauadarnya itu ada hubungan dengan tugasnya mendakwa sebuah kes rasuah yang lain, di mana beberapa orang lelaki menghadapi pendakwaan.

Pada pandangannya, ia kerana Kevin adalah bertanggungjawab mendrafkan kertas-kertas pertuduhan untuk menentang Najib Razak dan bahawa dia juga telah menghantarkan sesalinan kepada Sarawak Report, selepas Perdana Menteri mendahului dengan penangkapan ke atas dirinya sambil melucutkan jawatan Peguam Negara dan beberapa orang ahli dalam kabnet kerajaannya.

Yang lebih buruk lagi, Kevin (jika benar) telah memberikan maklumat kepada Sarawak Report bahawa dia mempunyai lebih banyak bahan bukti dan bersedia untuk mendedahkannya. Inilah sebabnya Charles Morais telah menuntut supaya bedah siasat kali kedua dijalankan ke atas mayat saudaranya itu, untuk mendapatkan lebih banyak maklumat yang berkisar pada kematian tersebut.

Umum tahu bahawa pada 28hb Julai, Najib Razak telah mengambil tindakan bersepadu bagi menentang apa yang dikatakannya sebagai ‘konspirasi’ menentangnya. Sarawak Report telah mendapat maklumat dari banyak sumber bahawa pada pagi itulah pertuduhan-pertuduhan yang seharusnya dihadapkan kepadanya berhubung dengan wang yang dikeluarkan daripada syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan 1MDB.

Dilucutkan secara tidak sah – bekas bos Kevin Morais, Peguam Negara Abdul Gani Patail

Secara khusus, para personel daripada Cawangan Khas telah lama menunggu Peguam Negara di pejabatnya pada pagi itu. Mereka telah menghalang pegawai perundangan tertinggi di Malaysia itu daripada memasuki pejabatnya dan membersihkan meja, sebelum mereka memaksanya untuk pulang ke rumah dengan iringan mereka.

Kemudian Perdana Menteri itu mengumumkan bahawa Abdul Gani Patail telah bersara ‘kerana masalah kesihatan’ – suatu tindakan yang menyalahi perlembagaan.

Pada tindakan yang sama pada 28hb Julai itu Najib telah melucutkan jawatan beberapa orang ahli politik terkanan, pegawai undang-undang dan para penjawat awam yang telah berbuat bising pada kehilangan wang dari 1MDB dan juga dari tabung pesara, KWAP.

Penggeledahan juga dilakukan untuk menghapuskan segala kertas dan dokumen dari pejabat Peguam Negara itu, di samping menangkap dan memecat kakitangan yang berkaitan. Semua dokumen cuba dihapuskan – termasuk kejadian kebakaran pada unit jenayah kolar putih di Ibupejabat Polis Bukit Aman pada hari berikutnya, yang dijangkakan pernah menyedari kehilangan beberapa bahan yang berkaitan dengan siasatan ke atas 1MDB.

Namun usaha-usaha untuk melenyapkan semua bahan bukti itu tetap gagal. Pada hari berikutnya Sarawak Report telah menerima sebuah emel yang menyebut “Inilah alasan kenapa Gani Patail dipecat sebagai Peguam Negara”. Dilampirkan dalam emel itu juga merupakan sesalinan kertas pertuduhan.

Berikutan siasatan-siasatan untuk menentukan ketulenan dokumen-dokumen tersebut, Sarawak Report menerbitkannya di laman blog ini.

Sarawak Report telah menetapkan bahawa deraf-deraf itu adalah tulen

Bukti penerimaan draf kertas-kertas pertuduhan itu telah dimusnahkan dalam suatu usaha untuk menutup keseluruhan episod dan lebih banyak bahan bukti mungkin akan timbul nanti.

Respons marah dan menentang Sarawak Report, termasuk mengharamkan laman web ini, mengeluarkan waran penangkapan ke atas Editornya (tetap belum berjaya) dengan memohon daripada Interpol untuk menyenaraikan nama editornya dalam Notis Merah, untuk menunjukkan betapa sensitifnya perkara ini.

Pada mulanya, orang-orang Perdana Menteri itu mendakwa bahawa kertas-kertas pertuduhan yang diterbitkan itu adalah palsu. Namun selang beberapa ketika, para menteri mendakwa bahawa Perdana Menteri telah mengambil langkah ketara untuk menyingkirkan sekumpulan orang yang terbabit dengan rancangan untuk menumbangkannya dengan mendakwa bahawa kertas pertuduhan ‘palsu’ itu adalah sebahagian daripadanya.

Jika kertas pertuduhan itu palsu, maka apakah “motif rancangannya”?

Charles Morais kini telah mendedahkan bahawa dia percaya bahawa orang yang bertindak balas dalam pemecatan bosnya dan penutupan siasatan terhadap pemindahan wang daripada syarikat SRC International dengan membocorkan kertas-kertas pertuduhan itu adalah saudaranya sendiri.

Dia telah menyenaraikan beberapa alasan untuk menyokong pandangannya, namun apa yang dapat disahkan bahawa Kevin Morais merupakan seorang ahli yang paling layak di kalangan sekumpulan kecil kakitangan yang menjalankan siasatan ke atas 1MDB di pejabat Peguam Negara. Beberapa minggu sebelum itu dia telah ditugaskan balik ke dalam pejabat Peguam Negara dari pejabat SPRM untuk mengendalikan sebuah kes yang amat sensitif.

Sarawak Report telah memberikan maklum balasnya secara menyeluruh berhubung sumber bahan-bahan bukti, yang menjelaskan dengan pendedahan kertas-kertas pertuduhan itu.

Peguam Negara yang baru pilihan Najib – namun kenapa pula Apandi melobi dan menggesa agar memusnahkan mayat Kevin mendahului bedah siasat yang bebas dan berkecuali?


Persoalan yang kuat timbul adalah kenapa Charles Morais, yang bertanggungjawab secara rasmi ke atas persoalan saudaranya, telah ditekan dalam mengendalikan pembakaran mayat saudaranya apabila dia meminta untuk menjalan bedah siasat kali kedua?

Charles Morais yang kini telah meninggalkan Malaysia untuk ke Amerika Syarikat, telah memberitahu Sarawak Report bahawa dia telah dipaksa oleh bekas majikan Kevin di pejabat Peguam Negara untuk melupuskan mayat Kevin, apabila perkara itu bukannya kepentingan biasa mereka.

Menurutnya, pada bulan lepas dia telah dihubungi oleh pejabat Peguam Negara sekurang-kurangnya sepuluh kali menyuruhnya keluarkan mayat Kevin dari rumah mayat untuk dibakar. Ini dilakukan walaupun laporan bedah siasat belum dikeluarkan untuk menjelaskan sebab-sebab kematian Kevin.

Charles juga mendakwa bahawa Peguam Negara yang baru telah mengunjungi saudara-saudaranya sambil menawarkan wang sumbangan sebanyak RM580,000 atas kematian Kevin sebagai balasan bagi mereka bersetuju untuk menutup dokumen itu.

Richard Morais telah mengeluarkan mayat saudaranya dari rumah mayat hospital secara tidak sah setelah dikatakan mendapat sokongan dari pihak-pihak berkuasa tertentu.


Charles berkata dia tetap enggan menerima wang yang dianggapnya sebagai wang darah, namun saudaranya yang  seorang lagi telah mengeluarkan mayat Kevin dan membakarnya tanpa pengetahuan ahli keluarganya yang lain, dan telah besetuju dengan syarat-syarat pihak yang berkepentingan.

Pihak pejabat Peguam Negara kini harus menjelaskan mengapakah keluarga bekas pegawai mereka telah ditekan sedemikian rupa oleh seorang ketua yang baru?

Mengapa harus jabatan kerajaan ini masuk campur dan menentang bedah siasat kali kedua dan kenapa para pegawai mereka telah mempengaruhi, menurut kenyataan bersumpah Charles, seorang lagi saudaranya yang tiada hak untuk mengeluarkan mayat saudara mereka secara rahsia dan terus membakar mayat Kevin?

Sekali lagi, kes pembunuhan kejam berlaku dalam kalangan koridor kekuasaan di Malaysia.

Dalam kenyataan bersumpahnya saudara kepada Kevin Morais yang telah mati dibunuh telah mengesahkan semalam bahawa mendiang Kevin adalah pendakwaraya yang telah ditugaskan untuk menyiasat Perdana Menteri Najib Razak berhubung salah urus kewangan dari 1MDB yang ada kaitan dengan syarikat SRC Internati…
sarawakreport.org|
0 Responses