Elias Hj Idris

Khasiat Dan Fadhilat Surah Yasin 7 Mubin

1). Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2). Menundukkan sihir dan santau.
3). Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
4). Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
5). Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).


Kaedahnya adalah anda perlu melakukan:

1). Bangun pada waktu tengah malam (3 pagi), sucikan diri dan berwuduk.
2). Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
3). Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.
4). Setelah selesai, baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta Dikeluarkan sihir/santau.
5). Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ (مبين) kedua, berdoa macam tadi.
6). Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dikeluarkan sihir/santau
7). Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.
8). Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.

Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata-mata.

Selamat mencuba… Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua. Insya-Allah.
0 Responses