Elias Hj Idris
Oleh: Fahmii Lpi Banten


1. Pandangan Ahlussunnah Wal Jama'ah terhadap syiah

Perlu diketahui, syiah terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu
a)  Syiah Ghulat, iaitu syiah yang menuhankan Ali ibn Abi Thalib atau meyakini bahawa al-Qur’an sudah ditahrif (diubah/ditambah/dikurangi) dan sebagainya dari berbagai-bagai keyakinan yang sudah menyimpang dari usuluddin yang disepakati semua mazhab dalam Islam. Syiah daripada golongan ini adalah kafir dan wajib diperangi.

b)  Syiah Rafidhah, iaitu syiah yang tidak berkeyakinan seperti Ghulat, tapi melakukan penghinaan/penistaan/pelecehan secara terbuka, baik lisan ataupun tulisan terhadap para sahabat Nabi saw seperti Abu Bakar dan Umar atau terhadap para isteri Nabi seperti ‘Aisyah dan Hafshah.

Syiah daripada golongan ini para ulama bersepakat bahawa mereka adalah ahlul bida’ wal ahwa (ahli bid’ah). Mereka sesat lagi menyesatkan dan tetap harus dilawan dan diperangi.

c)  Syiah Mu’tazilah, iaitu syiah yang tidak menuhankan Ali r.a dan tidak menghalalkan mencaci maki sahabat seperti yang dilakukan oleh syiah Zaidiyah. Mereka ini diperangi pemikirannya melalui dialog.

Pembahagian ini diperlukan agar ia jelas kepada kaum muslimin tentang bagaimana seharusnya kita mengambil sikap terhadap aliran sesat syiah. Pembagian syiah ini bukan sekadar untuk dibenarkan, tetapi ia mempertegaskan bahawa semua syiah adalah sesat meskipun syiah Mu’tazilah sekalipun.

Ia juga disepakati bahawa penyebaran aliran sesat syiah di mana-mana wajib dihalangi kerana umat Islam di Malaysia ataupun di Indonesia adalah negara dengan penduduk muslimnya terdiri daripada  Ahlus Sunnah wal Jamaah.


2. Pandangan Ahlussunnah Wal Jama'ah terhadap Wahhabi

Golongan Wahhabi juga dapat dibahagiakan kepada 3 golongan juga, iaitu;

a)  Wahhabi Takfiri, iaitu jenis Wahhabi yang mengkafirkan semua kaum muslimin yang tidak sefaham/sealiran dengan mereka. Lebih jahat lagi mereka ini menghalalkan darah sesama muslim, lalu bersikap mujassim, iaitu dalam mensifati Allah swt dengan sifat-sifat yang ada pada makhluk. Mereka punya banyak keyakinan yang sudah menyimpang daripada usuludin yang disepakati semua mazhab dalam Islam. Wahhabi jenis ini adalah kafir dan wajib diperangi.

b)  Wahhabi Khawarij, iaitu jenis yang tidak berkeyakinan seperti Takfiri, tapi mereka melakukan penghinaan/penistaan/pelecehan secara terbuka baik lisan mahupun tulisan terhadap para ahlul bait Nabi saw seperti Ali r.a, Fathimah r.a, Al-Hasan r.a dan Al-Husein r.a  mahupun 'itrah/zuriyahnya.

Wahhabi daripada golongan ini sesat sehingga mereka mesti dilawan dan diluruskan keyakinannya.

c)  Wahhabi Mu'tadil, iaitu mereka yang tidak berkeyakinan seperti golongan takfiri dan tidak bersikap seperti Khawarij. Mereka ini termasuk dalam kelompok mazhab Islam yang wajib dihormati dan dihargai serta dihadapi dengan cara dakwah dan dialog dalam suasana persaudaraan Islam.

Dalam beragama kita meraikan perbezaan pandangan, tetapi tetap menentang setiap penyimpangan. Jadi, kepada setiap umat Islam wajib menentang setiap kesesatan yang menoda kesucian agama dari kalangan mereka yang memperleceh/menghina/menistakan ahlul bait dan sahabat Nabi saw sambil menyebarluaskan pelbagai kesesatan dan melakukan penodaan terhadap agama.

Artikel lengkap Habib Rizieq Shihab: Syi'ah vs Wahhabi:
https://m.facebook.com/1547884878761095/photos/a.1548057512077165.1073741827.1547884878761095/1663330270549888/?type=3&source=56
Berikut video tentang sikap Habib Rizieq terhadap syiah dan Wahhabi: Perangi Syiah dan Wahhabi Yang Sesat:
Www.youtube.com/watch?v=RIAkTyPKBgg www.youtube.com/watch?v=AZ5NfhBQpVI
1 Response
  1. Anonymous Says:

    salam,
    betul ke nabi saw yg beri nama syiah, pada syiah?
    http://shiapilgrim.blogspot.my/2015/08/who-named-shias-shia.html