Elias Hj Idris






 Injil berusia 1,500 tahun ini mengesahkan bukan Nabi Isa a.s yang disalib 

Perdebatan panjang mengenai nasib Nabi Isa a.s atau Isa Sang Juru Selamat dalam pandangan agama Kristian, tidak pernah lekang ditelan zaman. Perdebatan itu bahkan kembali rancak seiring tuntutan apabila ditemukannya kitab Injil yang berusia lebih daripada 1,500 tahun.

Menurut laman higherperspective.com, dalam kitab Injil versi Barnabas yang dijumpai itu terdapat kenyataan bahawa Nabi Isa a.s  atau Jesus tidak pernah disalib. Orang yang disalib adalah sahabatnya, iaitu Yudas Iskariot atau dalam ajaran Islam disebut sebagai "orang yang diserupakan dengan Nabi Isa a.s" sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran surah An-Nisa ayat 157. Injil Barnabas dikenali sebagai Injil di luar sekelian injil kanun yang direstui dan dirasmikan Vatican, yakni injil-injil seperti Matius, Markus, Lukas dan Yohanes.

Selaras dengan sejarah yang dicatat Islam, injil tua itu menyatakan bahawa Isa a.s langsung diangkat ke syurga, sementara Yudas dengan iradah Allah disamarkan sehingga menyerupai Isa a.s dan disalibkan dalam perarakan sebagaimana yang diyakini selama ini.

Jika ditelusuri pada laman barnabas.net, di BAB 112 pada Injil Barnabas menyebutkan bahawa Nabi Isa (Jesus) bercerita kepada Barnabas bahawa dirinya akan dibunuh. Namun, kata Nabi Isa a.s, Allah swt akan membawanya naik dari bumi. Sedangkan orang yang dibunuh sebenarnya adalah seorang pengkhianat yang wajahnya diubah jadi seperti Nabi Isa a.s. Kesannya, orang ramai percaya bahawa yang disalib itu adalah Nabi Isa a.s. "Tetapi Muhammad akan datang ... Rasul Allah yang suci," kata Nabi Isa a.s. Nama Nabi Muhammad saw juga disebut pada Bab 136, 163, dan 220.

Pada 28 Februari 2012 diberitakan bahawa telah ditemui di Turki sebuah Injil berusia 1,500 tahun yang menceritakan tentang kedatangan Nabi Muhammad saw. Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki pada saat itu, Ertugul Gunay berkata selaras dengan keyakinan Islam injil ini memperakukan Jesus sebagai manusia bukan Tuhan. Fakta ini, sekali gus menolak idea konsep tritunggal dan penyaliban Isa. (rz)
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    Kedudukan Gospel Barnabas(Artikel ini di ambil daripada Gnosticman.org)



    Ianya bukanlah Kitab agama kristian kerana itulah ia telah diperintahkan untuk dibakar oleh pihak Gereja di Rome.

    Ianya adalah Kitab agama Hanif (Tuhan yang satu) yang diajar oleh Nabi Isa (as).

    Ianya ditulis oleh Barnabas seorang sahabat Nabi Isa as. Perhubungan Barnabas dengan Nabi Isa (as) adalah seperti perhubungan sahabat di antara Abu Hurairah (ra) dengan Rasulullah (saw).

    Kitab (injil) yang digunakan oleh agama kristian hari ini adalah dituliskan oleh mereka yang datang sesudah lama Nabi Isa (as) diangkat ke langit. Penulis-penulis itu adalah seperti para pengikut tabiun zaman Islam.

    Gospel Barnabas ini juga mencerita banyak keistimewaan Rasulullah (saw) sehingga Nabi Isa (as) berkata bahawa sekiranya ia dapat mengikat tali sepatu Rasulullah (saw), dia akan menjadi Nabi yang lebih berwibawa. Anihnya praktis mengikat tali sepatu sambil mencium kaki kanak-kanak (yang memakai sepatu itu) dijalankan oleh pihak Gereja di Rome setiap tahun tanpa menyedari hakikat kenyataan Nabi Isa (as).

    Ia juga menceritakan penderitaan Nabi Isa (as) apabila dipanggil “anak Tuhan” dan bagaimana setiapkali terdengar panggilan ini beliau mengeletar tidak terhingga lalu pengsan. Beliau ada berkata bahawa setiap kali beliau terdengar panggilan ini beliau terasa seperti masuk sepuluh neraka.

    Ia juga menceritakan bagaimana Nabi Isa (as) berdoa supaya Rasulullah (saw) datang secepat mungkin kerana Rasulullah (saw) serta umat baginda-lah yang dapat membersihkan nama beliau iaitu beliau hanya seorang Nabi dan Rasul sebelum Rasulullah (saw) dan bukanlah “anak Tuhan”.

    Senaskah Gospel Barnabas ini dijumpai bersama mayat Barnabas. Naskah yang asli itu ada di Musium di Amerika Syarikat. Semasa pencetakkan pertama (berasaskan Gospel yang asli itu) sebanyak 10 ribu naskah, ianya habis dijual dengan cepatnya.

    Saya selalu menitiskan air mata apabila membaca berkenaan penderitaan Nabi Isa (as) kerana dipanggil “anak Tuhan”. Namun begitu apabila membaca tentang keistimewan Nabi Muhammad (saw) seperti yang diceritakan oleh Nabi Isa (as) saya amat kagum dengan kemuliaan yang dianugerah oleh Allah swt kepada baginda. Cerita berkenaan kemuliaan Rasulullah (saw) seperti yang diceritakan oleh Nabi Isa (as) dalam Gospel ini adalah 10 kali lebih hebat dibandingkan dengan yang diceritakan dalam kitab Dibai’ atau Berzanzi (yang tuliskan oleh ulama Syi’ah) yang dibaca semasa Maulid.


  2. Anonymous Says:

    (Sambungan)


    Cerita berkenaan Kebesaran Allah swt dalam Gospel ini mirip seperti Ilmu Tasawuf dalam Islam. Kerana itu, pengkritik kristian mentohmah Gospel ini ditulis oleh ahli sufi Islam.
    Pada satu ketika, Paderi Benjamin Keldani telah dihantar ke Perpustakaan Gereja di Rome untuk membuat penyelidikkan tentang sesuatu perkara apabila ia terjumpa dengan senaskah Gospel ini terperuk dan tersembunyi di dalam Perpustakaan itu. Setelah mentelaah dan mengkaji Gospel ini sedarlah beliau bahawa Kitab Injil yang digunakan oleh agama Kristian sekarang ini mengandungi banyak penyelewangan. Dengan kesedaran ini, beliau memeluk agama Islam dan mengambil nama “Abu Ahad Dawood.” Sesudah itu, beliau menulis buku berjudul “Muhammad in the Bible” menyentuh kesemua penyelewangan yang terdapat pada kitab-kitab Injil yang digunakan oleh pihak Kristian hari ini. Tulisan beliau ini pula digunakan sebagai asas oleh Almarhum Ahmad Dedat semasa beliau baru-baru berdakwah untuk menyedarkan pihak kristian tentang penyelewangan yang terdapat dalam kitab Injil mereka. Sesudah berapa lama berjuang, beliau sudah dapat mengkukuhkan kedudukan beliau sebagai pendakwah yang disegani oleh pihak kristian. Kerana kewibaan beliau ini banyak negeri tidak dapat menerima beliau serta beliau digelar “The Unpolished Diamond”. Semoga Allah swt mencucuri rahmat kepada roh beliau dan juga roh Abu Ahad Dawood dan meletakkan mereka di Jannah kelak, amin!


    Berkenaan Gospel of Barnabas, mengikut Prof. Anwar Musaddad, Rektor IAIN “Sunan Gunung Jati” merangkap Dean Fakultas Usuluddin serta Dozen Mata Kuliah Ilmu Perbandingan Agama:
    “Injil Barnabas sejajar dengan hadith dhaif tetapi isinya dikuatkan oleh Al Quran, iaitu dalam soalan-soalan ketauhidan dan memelihara kesegaraman agama dan kepercayaan terhadap Nabi Muhamad (saw) maka ia dapat diterima oleh kaum muslimin sebagai berita-berita israiliyat yakni berita-berita disekitar Bani Israil (Yahudi) yang terdapat daam kitab-kitab mereka.”

    Prof. KH Anwar Musaddad, Kedudukan Injil Barnabas Menurut Pandangan Islam, 30 (1981)


  3. Terima kasih tuan anonymous di atas pencerahan tersebut.