Elias Hj Idris
Alam tasauf merupakan satu alam yang penuh perhatian.


Bagi orang yang belum pernah memasuki atau belum mengenalinya akan mengira bahawa alam ini penuh dengan mistik, penuh dengan kesulitan dan keusahan hidup. Sama halnya dengan mereka pencinta nafsu dan syahwat yang selalu berkumpul di tempat awam atau di kedai-kedai makan, kelab dan disko berasakan para pemikir dan penulis yang tekun dalam bilik kerjanya sebagai orang yang bodoh dan menyusahkan diri sendiri. Orang yang tidak tahu menikmati keseronokan dunia!

Sedangkan sebaliknya bagi pemikir dan penulis yang sedang tekun itu berasakan kerjanya yang berjam-jam itu dilalui dengan penuh nikmat. Ia waktu yang amat bahagia. Demikian bagi ahli ibadat yang tekun menghadapi kiblatnya dengan sentiasa memuji dan membesarkan Allah swt seorang diri tanpa diketahui orang lain - siang dan malam  berasakan itulah umurnya yang sebenar dimunafaatkan. Itulah pekerjaan yang sebaik-baiknya sebab dia telah memulangkan dirinya kepada Khaliq dan tidak untuk lain walaupun bagi kepentingan dirinya.

Demikian alam tasauf.
0 Responses