Elias Hj Idris
Neil Armslayer with Yakuza Ogawa
BAGAIMANA TERTUBUHNYA NEGARA ARAB SAUDI?

Sebelum tahun 1902, kawasan negara Arab Saudi digelar sebagai Semenanjung Arab. Kawasan ini meliputi sehingga ke sempadan Jordan, Iraq, Qatar, Bahrain, Yaman dan Kuwait.

Ketika itu pentadbiran Semenanjung Arab keseluruhannya berada di bawah kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyah yang berpengkalan di Instanbul, Turki dan pusat pentadbiran lain ialah di Kaherah dan Baghdad.

Berbalik kepada tahun 1740-an bagi melihat dengan jelas bagaimana negara Arab Saudi boleh muncul?

Pada waktu itu, pemerintahan Turki Uthmaniyah sangat luas sehingga meliputi keseluruhan Laut Merah. Namun ada sesetengah kawasan jajahan telah memberontak untuk keluar daripada pengaruh penjajahan Uthmaniyah. Salah satu kawasan yang memberontak dan akhirnya memerintah seluruh Semenanjung Arab ialah daerah Ad-Diriyah yang terletak berhampiran Royadh.

Ad-Diriyah ketika itu diperintah oleh seorang gabenor daripada suku Yahudi bernama Muhammad bin Saud atau lebih dikenali sebagai Ibn Saud.(meninggal pada 1765). kawasannya tertakluk di bawah pemerintahan Khalifah Uthmaniyah daripada cawangan Kaherah, Mesir.

Pada tahun 1749, Ibn Saud telah dicadangkan oleh agen British untuk menjemput pengasas fahaman Wahhabi, iaitu Muhammad bin Abd Wahhab (Ibn Wahhab) untuk tinggal di Ad-Diriyah. Melalui pertemuan kedua orang tersebut, Rothschild mengatur strategi dan merancang pemberontakan bagi membebaskan Ad-Diriyah daripada cengkaman Uthmaniyah seawal tahun 1744 lagi.

Pemberontakan itu berjaya, Ad-Diriyah mnjadi negara pertama bagi pemerintahan Ibn Saud manakala Ibn Wahab diberi autoriti utntuk mengembangkan fahaman Wahhabinya dengan meluas.
Selain itu, Ibn Saud telah mengahwinkan anaknya, Abd Aziz dengan anak perempuan Ibn Wahhab.

Apabila Ibn Saud meninggal dunia pada tahun 1765, Abd Aziz mengambil-alih tampuk pemerintahan Ad-Diriyah sehingga 1803. Sepanjang pemerintahannya, beliau telah menjadikan fahaman Wahhabi sebagai sandaran utama pemerintahan dan memusnahkan makam Saidina Ali bin Abi Talib serta Saidina Hussain (anak Saidina Ali) atas alasan bida'ah.

Abd Aziz mangkat pada tahun 1803 dan kemangkatan beliau diganti oleh anaknya Saud bin Abd Aziz sehingga tahun 1814 dan kemudiannya diganti oleh anak Saud, iaitu Abdullah bin Saud.

Pada tahun 1818 tentera Khalifah Turki Uthmaniyah bersama pasukan tentera dari Mesir telah menyerang dan merampas Ad-Diriyah dari Abdullah. Beliau dan beberapa pemimpin Ad-Diriyah telah dipenjarakan di Turki dan sebahagiannya di Mesir.



Awal Penubuhan Negara Arab Saudi 

Selepas itu, keluarga Saud terus melancarkan peperangan menentang tentera Khalifah selama lebih 80 tahun. Kejayaan hanya dicapai pada tahun 1902. Ketika Ad-Diriyah diperintah oleh Abd Aziz beliau bukan saja berjaya merampas Ad-Diriyah tetapi turut berjaya menawan bandar Riyadh sekaligus..

Atas kejayaannya itu, beliau diberi gelaran oleh keluarganya sebagai Ibn Saud bersempena dengan nama pengasas keturunan Yahudi Saudi itu.

Bagi mengekalkan kawasan jajahanya agar tidak dirampas semula oleh tentera Khalifah Uthmaniyah, Ibn Saud (Abd Aziz) menjalinkan hubungan dengan kerajaan British malah beliau jadikan Semenanjung Arab sebagai negeri di bawah naungan kerajan British dari tahun 1915-1926.

Sebelum kematiannya pada tahun 1953, Ibn Saud telah jalinkan hubungan kerjasama dengan Amerika yang mana pada ketika itu telah pun sepenuhnya dikuasai oleh Rothschild.

Melalui hubungan tersebut.pelbagai perjanjian perdagangan dimeterai yang akhirnya memperlihatkan keluarga Saud menikmati timbunan kekayaan hasil daripada royalti minyak Amerika.

Selepas berlakunya kerjasama itu, Rothschild telah menubuhkan bank negara untuk Arab Saudi, iaitu Saudi Arabian Monetary Agency (SAMA). Malah syarikat-syarikat minyak Rothchild seperti BP dan Royal Duthc Shell adalah syarikat yang diberi hak untuk melombong minyak di serata negara Arab Saudi.

Ini membuktikan pemerintah Arab Saudi dikawal sepenuhnya oleh Rothschild dan dijadikan anak emas Yahudi Amerika.

Penguasaan Rothschild terhadap bank pusat Arab Saudi dan pasaran minyak menjadikan negara tersebut terikat sepenuhnya dari segi dasar politik dan ekonomi walau siapa pun yang memerintah..


Info lanjut :
https://www.facebook.com/neil.armslayer/posts/862358997146737?pnref=story
https://www.facebook.com/neil.armsla…/posts/758518487530789…
0 Responses