Elias Hj Idris

Pendengaran bagi kes ini telah berlangsung dari 19hb Oktober hingga ke 23hb di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Namun ia telah disingkatkan sehingga 20hb sahaja apabila peguam plaintif tidak melalut-lalut dalam soal-balasnya terhadap defendan. Pada 18hb November, submission akan dilakukan (oleh pihak peguam kedua-dua belah pihak).

Penghujahan mereka (di depan hakim - dalam kamar) pada 3hb Disember. Sebaik selesai, hakim akan memberitahu tarikh keputusan yang akan dibuat - dijangka sebulan kemudian. Apa pun kita berdoa kepada Allah swt agar kebenaran diserlahkan. Kebatilan pasti terkubur jua, akhirnya.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN , MALAYSIA
GUAMAN NO: 22IP-67-11/2014
___________________________________________________________________


ANTARA
ELIAS BIN IDRIS
(No. K/P: 520703-08-5901)                                                               PLAINTIF


                                                DAN



1.      MOHD SYAMSUL BIN MOHD YUSOF
        (No. K/P: 840521-01-5427)
2.      MOHS YUSOF BIN MD ASLAM
        (No. K/P: 540424-10-5023)
3.      SKOP PRODUCTION SDN. BHD
        (NO. SYARIKAT: 136716-W)                                                   DEFENDAN




Dalam soal-balas terhadap plaintif, peguam defendan telah 'overhaul' seluruh novel untuk menunjukkan ketidak-samaannya dengan filem. Panjang novel itu lebih 180 muka surat berbanding tayangan sebuah filem cuma 1 jam 23 minit. Dapatkah dimuatkan kesemuanya sekali - segala isi cerita (plot) di dalamnya ke layar perak?

Agak kelakar bila peguam plaintif menghujah bahawa lumba haram dalam filem berlaku di Jalan Mahameru itu berakhir di Dataran Merdeka - dengan keadaan motosikal 'wheelie' dari kedua-dua arah! Sedangkan mengikut cerita novel, Anne Natasha Nita dan kawan-kawannya melepak di Dataran Merdeka selepas menonton lumba haram di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Di manakah destinasi akhir lumba haram di Jalan Tuanku Abdul Rahman... jika sempadan bagi jalan tersebut adalah meluncur hingga ke Dataran Merdeka?

Isunya, persamaan yang dimaksudkan adalah 'melepak' di Dataran Merdeka BUKAN kisah lumba haram!

Defendan turut memberitahu bahawa dia telah cukup arif tentang gejala bohsia seawal dia di tingkatan tiga sekolah menengah lagi (sehingga membolehkan dia mencipta sebuah skrip yang cukup hebat untuk sebuah filem 'boxoffice'!). Agak malang, apabila ditanyakan tahun berapa waktu dia di tingkatan tiga itu... hingga ke akhir dia tidak dapat menjawabnya. Peguam plaintif pula yang tolong jawabkan, iaitu tahun 2000, memandangkan dia lahir 1984.


Lebih kelakar lagi, maksud 'sama' dan 'persamaan' pun defendan tidak tahu bezakan.

Sebelum bersurai, defendan kedua dengan nada keras meminta wartawan yang hadir agar mengeluarkan berita yang memihak kepada mereka. "Saya mau pastikan kamu keluarkan berita tersebut... saya nak tengok!" Dan itulah beritanya seperti yang tersiar di Harian Metro (m.s. 44) dan Utusan Malaysia (m.s. 12) semalam, 21hb Oktober, 2015 dengan susunan ayat dan isi yang hampir sama - menggambarkan bahawa plaintif la yang jahat!

'Hasbunallahu wani'mal wakiil'.
0 Responses