Elias Hj Idris
























WANG RM2.6BILLION ADALAH SUMBANGAN PENDERMA KATA SPRM!

Untuk pemahaman rakyat Malaysia agar tidak menjadi lurus bendul, Kenyataan Media Rasmi SPRM yang menyatakan "Wang RM2.67billion yang dimasukkan ke akaun peribadi DS Najib adalah sumbangan Penderma" secara langsung dan jelas mengesahkan:

1. Wang sebanyak RM2.67billion memang benar telah dimasukkan ke akaun peribadi DS Najib.
2. Segala penafian bahawa cerita wang RM2.6billion dimasukkan ke akaun peribadi DS Najib itu yang disifatkan sebagai rekaan dan fitnah ternyata bohong kerana disahkan betul oleh tindakan siasatan SPRM.
3. TS Muhyiddin Yassin punya sebab yang lebih dari munasabah untuk meminta penjelasan urusan pergerakan wang ke akaun peribadi ini yang terlalu besar jumlahnya.
4. Jika benar ini adalah kerana ada pihak yang luar biasa pemurahnya memberi derma RM2.67billion kepada DS Najib maka atas tujuan apa?

Bukankah sudah ada peraturan di Bank Negara yang mewajibkan maklumat diberi untuk tujuan apa kemasukan ke akaun peribadi bagi jumlah melebihi nilai tertentu?

Jika maklumat telah diberi ketika itu, apa maklumatnya? Jika tidak diberi, siapa yang beri kebenaran masuk wang dengan tidak ikut peraturan itu?

Adakah salahguna kuasa sebagai Menteri Kewangan telah berlaku? DS Najib juga adalah Menteri Kewangan dan urusan wang itu bersifat akaun peribadi.

5. Mengapa begitu lama masa yang diambil untuk beri jawapan wang RM2.67billion adalah hasil sumbangan?
6. Adakah berlaku elemen rasuah dari sumbangan sebesar itu boleh melibatkan balasan yang membabitkan mana mana kepentingan, aset atau kedaulatan negara?
7. Hakikat bahawa TS Muhyiddin Yassin sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri pun tidak tahu menahu berhubung urusan 'akaun peribadi' DS Najib ini menjadikan kemungkinan besar kabinet juga tidak pernah dimaklumkan, malah pemimpin-pemimpin paling kanan dalam UMNO pun tidak dimaklumkan.
8. Sebarang percubaan mengaitkan wang berkenaan untuk dana Pilihanraya Umum ke-13 yang berlangsung pada tahun 2013 lalu memungkinkan kemenangan BN dalam PRU 13 lalu dicemari salah laku melibatkan penggunaan dana Pilihanraya yang menyalahi peraturan dan undang undang.

Ini adalah beberapa persoalan mudah yang perlukan penjelasan lanjut daripada DS Najib.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan PAS
Kuala Terengganu
(AJK Penerangan PAS Pusat)
 

3hb Ogos 2015

Nota: Parti Konservatif Britain yang hebat itupun cuma menerima RM92juta wang sumbangan untuk pilihanraya mereka dalam suku pertama tahun 2015. Berbanding dengan jumlah RM2.67bilion yang diterima Najib untuk pru13 bererti hubungan beliau yang cukup hebat dengan penderma Arab berkenaan.
Soalnya, kenapa pula sebaik pengasas Ambank, Hussain Najadi laporkan kepada Bank Negara Malaysia tentang kemasukan wang berkenaan, ia segera dipindahkan ke luar negara. Akaun ditutup dan wang itu lesap entah ke mana?
- ikanlepu.
0 Responses