Zina akan berterusan walaupun sesudah dijab-kabulkan. Sesungguhnya, permasalahan ini berat dan cukup banyak berlaku dalam masyarakat Melayu.
Perkahwinan seumpama ini sekarang memang tersangat biasa kerana pihak keluarga biasanya akan memilih jalan ini bagi menutup malu keluarga. Apabila mereka mendapat tahu anak 'pregnant' luar nikah, maka cepat-cepat anak mereka itu dinikahkan.
Pada hakikatnya, nikah itu jelas 'tidak sah', maka pasangan itu kelak akan hidup dalam keadaan zina sampai bila-bila. Persoalan ini telah diajukan kepada seorang imam, di mana banyak permasalahan lain yang timbul kesan daripada kebejatan tersebut.
Soalan 1: Apakah langkah yang wajar diambil sekiranya seorang gadis yang belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan: Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2: Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia untuk mengahwini gadis tersebut, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan: Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3: Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkahwin juga?
Jawapan: Tidak. Pernikahan itu tidak sah. Seseorang lelaki tidak boleh mengahwini seseorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4: Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan: Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Soalan 5: Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan: Maka mereka akan hidup di dalam keadaan zina kerana pernikahan itu tidak sah.
Soalan 6: Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan: Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu 'tiada hak' untuk menuntut apa-apa pun daripada ayahnya.
Soalan 7: Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan: Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8: Sekiranya seorang lelaki muslim dan seorang wanita muslim (atau bukan muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan: Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9: Sekiranya kita kenal/tahu seseorang itu di dalam keadaan ini, apakah kita perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri saja?
Jawapan: Kita wajib memberitahunya, kerana itu sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai saudara seagamanya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan, kalau tidak semua keturunan yang lahir daripada pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya:
Ibubapa, saudara-mara, orang-orang kampung, tuk-tuk imam, tuk-tuk kadi dan mana-mana saksi yang tahu akan keadaan tersebut, tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan siksaan sama ada di dunia atau pun di akhirat kelak.
Mafhumnya: 'Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam'.
Islam itu mudah bukan membebankan.
ReplyDeleteIslam itu penyelamat bukan mengaibkan..
Islam itu mudah atau diambil mudah!
ReplyDeleteIslam itu penyelamat atau sengaja nak cari jalan selamat (drp cercaan manusia).
Aib? Islam mengajar kita utk jalan keluarnya...
Gara2 SiGadis malu dihina oleh masyarakatnya karna mengandungkan anak luar nikah : Setelah diusir oleh keluarganya, ramei diantara mereka terpaksa bawa diri membawa jalan sendiri2. Ada yg terjebak jauh lagi, terpaksa jadi murtad karna pihak Gereja Kristian jua yg pembela dgn naseb mereka kononnya bersimpati. Maka SiIbu dgn anaknya setelah dilahirkan nanti pasti jadi anak Gereja akan dibaptist diKristiankan..
ReplyDeleteGara2 termakan pujuk rayu SiKumbang, SiBunga rebah terbolos terkulai layu. Setelah SiKumbang puas kenyang menghisap madu, entah kemana menghilang cabot pergi ngak bisa dikasi tahu. Perut semakin membesar berat membuyut sarat menunggu. Kapan melahirkan SiBunga meraong kesakitan rebah layu telah hilang pedoman - Ibu sudah ngak sanggup lagi menanggung malu - Menangis SiIbu mengenangkan naseb malangnya itu, SiAnak yg dilahirkannya itu bakal terbuang... "Apakah nasebmu wahai anakku..?? Selamat Tinggal wahai anakku"...
Akibatnya tidak heranlah mengapa kes2 buang bayi suci yg tidak berdosa, hingga ada yg terbunuh karna lama terbiar amat menyedehkan sekali. Akan berterusan berlaku hari2 bertaburan disana sini.. Betapa perit mata kita yg memandang.. berat lagi bahu2 mereka memikul yg terkena batang hidung sendiri.