Elias Hj Idris
        "Mule mule pegang anjing...sekarang dah ada yang makan katak. Selepas ni nanti ada pula yang makan babi kot!" Punye le tak cerodek bangse Melayu... patut le kena jajah beratuih tahun.

Melayu-melayu bodoh yang sertai kempen 'Peluk Anjing' tolonglah baca tulisan ini.

"I want to touch a dog" adalah sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu ‘uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul ‘uruf. Jahil ilmu fiqh aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, ialah akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja, dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan ‘uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah orang itu macam rumah sendiri! Walaupun tuan rumah itu hormati perilaku dan perbuatan kita namun tidak bermakna dia redha kita lakukan apa sahaja di dalam rumahnya.

Di sini ingin dijelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh tersebut telah melanggar dua point yang diberikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum menyentuh anjing

i)  Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkas, dalam mazhab Syafie ada menyatakan bahawa seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam Nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab Hanbali, Maliki, Hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:
“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” [Hadis Riwayat Muslim, AbuDaud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Apa yang pasti, haram jika dengan 'sengaja'  menyentuh sesuatu yang boleh menyebabkan perpindahan najis ke atas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembab/berair, maka haramlah menurut mazhab Syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab Syafie? Apa yang astinya anjing membersihkan dirinya dengan cara menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di sekitar tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa raga bahawa anjing-anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar bahawa anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tidak yakin, maka bodoh namanya. Jika ber pegang pada “alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)”. Sedangkan mengikut hukum fiqh, jika dengan sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

ii)  Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) di antara semua ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam membela anjing sebagai haiwan peliharaan, sebagaimana kita membela kucing - yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI jika membelanya atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta;
ii. untuk menjaga tanaman;
iii. untuk menjaga ternakan;
iv. sebagai anjing untuk memburu; dan
v. menjaga keselamatan keluarga.


Nabi SAW bersabda: "Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.” [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.” [Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: “Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak.” [riwayat Muslim no. 1571]

“Barang siapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari”
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “...anjing yang berada di rumahmu yang menghalangi aku, kerana Kami (malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
i) HARAM membela anjing di dalam rumah;
ii) WAJIB diberi makan minumnya;
iii) HARAM mendera atau mencederakannya;
iv) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

**Peserta-peserta program itu sudah memeluk, sentuh, belai anjing.
Adakah ia dibenarkan di sisi agama? Jawapannya, TIDAK sama sekali!

iii). Walau bagaimanapun, anjing tetap bukan haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenang-wenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang yang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis itu takde pun dikatakan bahawa si pemberi minum itu telah memeluk-cium dan membelai anjing tersebut. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita sudah mendapat pahalanya.

Rujukan: Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi) Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi) Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad ‘Ata)
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    HUKUM NAJIS ANJING... Muslim diNusantara yg bermazhab Syafie wajib patuhi hukum hakamnya. Dari air liur anjing hingga keseluruh tubuh anjing itu najis. Kesemua anjing kalo terpegang diwajibkan samak.. Melaenkan Mazhab2 Hambali, Hanafi, Maliki dgn pegangan hukum masing2. Kalo diAfghanistan dan negara2 kawasan Khurasan, sentuh pelok anjing itu perkara biasa. Selaen anjing utk jaga haiwan2 ternakan dsbnya, anjing juga telah dianiaya. Aktiviti berjudi melaga2 anjing berleluasa hingga ada anjing berdarah luka parah, mati....

    SYMBOL OF THE DOG... Namun anjing ada alamnya yg tersendiri yg mahu dihurmati. AlKisah : Ada satu diriwayatkan Sang Pelacur beri minum air pada saekor anjing, yg sangat2 kehausan hampir mati. Karna keikhlasan hati Sang Pelacur lantas Tohan masokkan dia dlm Syurga. Satu pendapat laen bilangkan mmm keduanya sama2 masuk Syurga.. Ada satu anjing yg diturunkan dari Syurga, kalo terpegang ato anjing itu yg menjilat tidak wajib samak, tetapi diwajibkan mandi.. The Dog is the 11th Sign of the Chinese 12 Animal Signs....


  2. Black Ops Says:

    PEMIMPIN / YG DIPIMPIN DSBNYA PENJILAT DUNIA IBARAT LIDAH ANJING....

    Firman Allah SWT : (175) "Bacakanlah kepada mereka perkhabaran orang yg telah Kami datangkan kepadanya Ayat2 Kami, lalu dibuangkannya hingga ia diikuti Syaitan, sebab itu ia termasuk orang2 yg sesat. (176) Jikalau Kami kehendaki, nescaya Kami tinggikan dia dgn Ayat2 Kami itu, tetapi ia hendak tetap dibumi dan mengikut hawa nafsunya. Maka umpamanya seperti anjing, jika engkau halau dijulurkannya lidahnya, atau engkau biarkan dijulurkannya juga lidahnya. Demikianlah umpamanya kaum yg mendustakan Ayat2 Kami. Sebab itu kisahkanlah kisah itu, mudah2an mereka memikirkannya." (Surah Al'Araaf - Ayat : 175-176).

    Koq ayat itu sedikit gambaran bagi sesiapa juga manusia yg cintakan dunia berlebeh2an tanpa batasan. Mereka dikiaskan sebagei Penjilat Dunia lantas diibaratkan Lidah Anjing. Namun perlu diingat anjing itu dgn sendirinya ia tetap suci dan baik. Anjing ada alamnya yg tersendiri. Malah ada saekor anjing paling ajaib dan setia namanya Qitmiri yg menjaga pintu Gua Ashabul Kahfi. Ia dibilangkan dianggap satu2nya anjing dlm dunia ini yg bisa dimasukkan kedlm Syurga. (Surah Kahfi - Ayat : 18-22).

    The Year Of The Dog is the 11th sign in the 12 Chinese Animal Signs.
    The Dog corresponds to the Western Astrology sign "Aquarius" - The Water Bearer.


  3. Anonymous Says:

    ANJING & BABI... Dlm Dunia Islam 2 hewan anjing dan babi dihukumkan najis paling berat. Usahkan utk dimakan, tersentuhnya sahaja, sudah diwajibkan disamak menurut kaedah hukum fekah. Antara anjing dgn babi, maka babi yg paling banyak dimakan oleh Non-Muslim. Non-Muslim yg makan anjing, jarang2. DiAkhir Zaman ini perangkap2 Dajjal Illuminati utk lumpuhkan Islam ada berbagei cara, salah satunya melalui makanan dan minuman telah pun tepat mengenai sasaran. Karna setiap manusia perlu makan dan minum utk survival harian..

    (PERTAMA) Tanpa disedari orang Muslim telah terperangkap telah ramei yg termakan babi. Walo pun bukan makan daging babi secara direct, tetapi bahan2 lemak babi banyak terdapat dlm makanan serta alat kegunaan harian. Salah satunya jadi ribot2an seperti yg dihebohkan dlm cokelat Cadbury. Orang Muslim tidak makan anjing..?? Memang bener selaen babi orang Muslim diharamkan makan anjing.

    (KEDUA) Tanpa disedari orang Muslim telah terperangkap sekali lagi. Orang Muslim telah berkali2 tetipah tertipu lagi, hahaha... orang Muslim telah kenyang hilang kehausan terminum "Darah Anjing Hitam". Allah telah beri amaran dlm AlQuran pada ayat Surah AtTaubah. Malangnya orang Muslim telah awal2 lagi dibutakan matahati mereka, setelah banyak termakan unsur2 babi....