Elias Hj Idris

Kaum yang di musnahkan oleh Allah kerana ISTIDRAJ.
Allah mengurniakan kekuatan, kekayaan dan kebijaksanaan kepada meraka lantas mereka berpaling daripada Allah dan para Rasul yang diutuskan kepada mereka.

Biografi

1) Kaum 'Ad

# hidup 4600 tahun sebelum masihi (6600 tahun lepas)
# nabi yang diutuskan Nabi Hud (Surah Hud 50)
# tempat tinggal, Al-Ahqaf atau bukit2 pasir yg berada diantara Ar-Raub' Al-Khali dan Hadramaut. Rujukan dari Firman Allah dalam Surah Al-Ahqaf ayat 21.
# sembahan: Berhala Shuda, Samud dan Hira'.
# Surah yg diceritakan tentang mereka: Al-A'raf 69.
# Lain-lain surah: Hud, Ibrahim, Al-Furqan, As-Syuarak, Al-Ankabut, Sad, Fussilat, Al-Ahqaf, Qaf, Az-Dzariyat, An-Najm, Al-Qamar, Al-Haqqaf, Al-Fajr.
# Azab yang dikirim: Angin kencang yang sejuk, jeritan, kebinasaan yang berat.

2) Kaum Tsamud

# hidup 4400 tahun sebelum masihi (6400 tahun lepas)
# nabi yang diutuskan Nabi Salih (Surah Hud 61)
# Tempat tinggal, diantara Madinah Al-Munawwarah, Tabuk, dan perbatasan sebelah utara Lembah Al-Qura (Al-Hijr) yang ketika ini dikenali sebagai Madain Salih.
# sembahan: Berhala
# Surah yg diceritakan tentang mereka: Al-A'raf 74
# Lain-lain surah: Hud, Ibrahim, Al-Furqan, As-Syuarak, An-Naml, Al-Ankabut, Sad, Az-Zariyat, AN-Najm, Al-Qamar, Al-Haqqah, Al-Buruj, Al-Fajr, Asy-Syams.
Azab yang dikirim: Gempa bumi, jeritan seksa yg begitu dasyat, kehancuran dan sambaran petir yg berterusan.

3) Kaum Madyan & Penduduk Aikah

# hidup 3600 sebelum masihi (5600 tahun lepas)
# nabi yang diutuskan Nabi Syuaib (Surah Hud 84)
# Tempat tinggal,Wilayah yang luas di Maghayir (rumah gua) Syuaib di Teluk Aqabah hingga ke Kota Tabuk di sebelah Utara Hijjaz.
# sembahan: Berhala dan Pokok Besar Aikah
# Surah yg diceritakan tentang mereka: Al-A'raf 85-86.
# Lain-lain surah: Al-A'raf, Hud, Al-Hijr, Al-Hajj, Asy-Syuara, Al-Ankabut, Sad, Qaf.
Azab yang dikirim: Gempa bumi, jeritan seksa yg begitu dasyat, gumpalan awan gelap.


Sumber: Atlas Rasulullah Saw :- Sami Abdullah Al-Maghluts
0 Responses