Elias Hj Idris

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT.


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, tiada zuriat lalu terdetik dalam hatinya ber nazar, "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah swt pun kurniakan isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Apabila sudah mendapat anak, lelaki itupun runsing. Dia sudah bernazar minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad saw. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tidak payah dibuat, tetapi kena denda (dam) atau sedekah. Pada zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar walaupun haram tetap kena laksanakan nazar i tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa a.s dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki itu tidak perlu minum air kencing anjing hitam, tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa a.s perintahkan lelaki tersebut  pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Jadi lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina daripada air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangannya lagi!

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang makan makanan yang dimasak. Takkan nak dibiarkan suami dan anak-anak gelap hati dek minum air tangan ibunya, orang tinggalkan solat.

Tapi lain pula halnya dengan kita pada hari ini. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tidak solat pun. Kita pun makan bekas air tangan mereka.

Gelaplah hati kita, sebab itu kita jadi liat nak membuat kerja-kerja yang baik. Jadi berhati-hatilah dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad saw melalui peristiwa Isra'-Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s saja.

Ketika saat Rasulullah saw sedang nazak, sempat Baginda saw berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
0 Responses