Elias Hj Idris
ISU
Tan Sri Khalid dikatkan  membelakangi majlis tertinggi PKR dalam menandatagani MOU bersama Syabas sehingga dihadiri oleh Dato Seri Najib dan Muhyiddin Yassin. Bukankah itu cukup untuk menyatakan betapa Tan Sri Khalid membelakangi parti dan perjuangan rakyat?

Jawapannya;
Pertama sekali kita kena faham akan latar belakang isu ini

1. Syabas adalah sebuah syarikat milik kerajaan negeri dan persekutuan. Persekutan memiliki 1 syer yang dinamakan GOLDEN SHARE. Pemegang saham Syabas ialah:
i) Puncak Niaga (PNHB) – 70%
ii) Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) – 15%
iii) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) – 15%
iv) Kerajaan Persekutuan 1 Golden Share.


Apakah implikasi Golden Share?
Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (Akta 655) memberikan kuasa majoriti kepada kerajaan persekutuan terhadap apa sahaja keputusan yang dibuat dalam Syabas. Malah pada 2013, sebanyak RM9.65 billion telah ditawarkan oleh KDEB untuk membeli kepentingan majoriti dalam Syabas, tetapi telah ditolak oleh kerajaan persekutuan pada Julai 2012.

2. Langat 2 diwujudkan pada tahun 2000 di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor yang pada masa itu di bawah Barisan Nasional dengan kos RM8.56 billion. Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu meneruskan projek itu. Sementara kerajaan negeri Selangor , pimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan memberi kelulusan.

3. Syabas mencatatkan bahawa pada tahun 2005, jumlah Non Revenue Water (NRW) ialah 42.78%. NRW adalah air yang hilang disebabkan dicuri, bocor dan sebagainya. Dengan kata lain, daripada  100% air yang dirawat pada 2005 hanya 57.22% dengan kapasiti penduduk sebanyak 7.8 juta orang dari Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Menurut Tan Sri Khalid, pada tahun 2013, NRW masih lagi mencapai 33%.

4. Syabas ialah syarikat yang bertanggungjawab mengedarkan air terawat di Selangor.

KONFLIK
· Sejak 2008 sehingga 2014, posisi majlis tertinggi PKR dan Pakatan Rakyat jelas – mereka tidak mahu berkompromi dengan pembinaan Langat 2.
· Semenjak 2008 sehingga 2014 – Syabas telah memainkan peranan sebagai pemegang “kepala paip” Selangor dan telah beberapa kali menyebabkan Selangor terpaksa mencatu air. Yang terbaru ialah pada April 2014. Alasan Syabas ialah bekalan air yang dibekalkan oleh Selangor tidak mencukupi. Sedangkan angkara yang paling utama ialah isu NRW yang gagal ditangani oleh Syabas secara berkesan.

MASALAH
· Syabas menyiksa rakyat Selangor dengan menyekat air dan bermain isu dengan NRW.
· Kerajaan Persekutuan tidak membenarkan pembelian Syabas oleh kerajaan Selangor.
· Untuk menyelesaikan masalah air, Kerajaan Negeri Selangor perlu mengambil-alih pemegang kepala paip itu, atau isu ini tidak akan selesai!
· Majlis Tertinggi PKR tidak bersetuju dengan Langat 2.

KESIMPULAN
STALEMATE – tidak boleh bergerak

PENYELESAIAN
Tawaran Persekutuan ialah kerajaan negeri Selangor mesti membenarkan pembinaan Langat 2, dan mereka akan tambah RM2 billion dan kerajaan persekutuan sedia membenarkan kerajaan negeri Selangor mengambil-alih syabas dengan kos RM7 billion (RM9 billion – RM 2 billion yang akan disuntik ke dalam projek ini).

Sebagai seorang decision maker dalam sebuah syariakt korporat, apakah keputusan anda jika berada di tempat Tan Sri Khalid?

1. Adakah anda akan terus membiarkan Syabas memainkan “kepala Paip” air dan menyiksa rakyat dengan isu air tidak cukup dan dicatu sambil menolak Langat 2?
2. Atau anda menerima cadangan Langat 2 – yang kosnya ditanggung oleh kerajaan persekutuan, mendapat RM2 bilion dalam bentuk suntikan dan membayar RM60 juta setahun kepada Pahang, tetapi termanya dan tempohnya boleh dibincang?

Apa kelebihan cadangan 2:
1. Rakyat Selangor akan dapat Syabas dan menguruskan air sendiri dan mengurangkan NRW yang tidak masuk akal dan sehingga mencecah lebih RM1 billion setahun!
2. Mendapat sumber air mentah tambahan dari Pahang. Penduduk Selangor dan industrinya semakin bertambah, dan diakui bahawa kita memerlukan pertambahan air mentah.
3. Kerajaan persekutuan bersetuju memasukkan RM2 billion dalam pelan ini lantas mengurangkan kos pembelian Puncak Niaga dari RM9 billion kepada RM7 bilion  sahaja.

Akhirnya, walaupun kita kalah dari segi tidak dapat mengurangkan kos Langat 2, tapi sekurang-kurangnya untuk jangka masa panjang kita dapat membuang “virus” yang diimplan oleh BN dalam urusan di Selangor. Ini adalah hakikat yang sebenar.
 
Benarkah Tan Sri Khalid membelakangi Majlis Tertinggi PKR dalam menandatangani MOU ini?

Jawapan;
Benar. TS Khalid sedar sekiranya beliau merujuk kepada Majlis Tertinggi PKR, cadangan tersebut pasti akan ditolak dan selaku CEO kepada pentadbiran kerajaan Selangor, beliau perlu membuat 'corporate decision' dengan kadar segera setelah menimbang dengan cukup masak.
0 Responses