Elias Hj Idris

29 Mac 2014.

Jangan biarkan kehilangan MH370 jadi tergantung-gantung tanpa penghujung seperti kes pembunuhan n peletupan jasad Altantuyaa. Adakah kehilangan pesawat penumpang yang serba canggih itu akan terus tergantung di Lautan Hindi; tiada bahan bukti, tiada sebab apa-apa dan ia akan tersimpan dalam catatan sejaran sebagai tragerdi misteri.

Dapatkah kejadian ini mampu menyedarkan sekelian rakyat Malaysia? Mampukah pesawat MH370 membawa perubahan senario politik tanah air?

Mampukah lanskap dan perpecahan politik dalam Malaysia berubah selepas pengajaran yang diterima daripada krisis dan tragedi MH370.

Adakah rakyat Malaysia masih mahu mencari kesalahan sesiapa secara politik selepas krisis MH370 seperti kebiasaannya? Allahu-a'laam.

Seorang penulis di laman web Al Jazeera berkata, pada masa ini ramai yang terlalu letih daripada segi emosi dengan apa yang berlaku; apabila tiba saat semua teka-teki terongkai dan kekeruhan jadi jernih, kehidupan pastinya sudah berjalan seperti biasa di Malaysia.

“Sebaik saja tragedi itu selesai, bolehkah pengajaran di sebaliknya menjadi pemangkin kepada perubahan politik, atau sesuatu yang dapat menyedarkan, yang amat Malaysia perlukan sekarang?

“Adakah rakyat Malaysia akan mendesak jawapan lebih baik daripada kerajaan bermula daripada sekarang – dan apa yang lebih penting bolehkah pemerintah yang elit sekarang berkhidmat dengan lebih baik?” kata penulis sambilan, Zarina Banu dalam Al Jazeera minggu ini.

Beliau berkata, komunikasi terus bercanggah dan tidak cekap mengenai pesawat MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika ia hilang dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac, masih belum ada bangkai atau serpihan dijumpai hingga sekarang.

Namun katanya, rakyat Malaysia berpecah mengenai cara kepimpinan mengendalikan kejadian malapetaka itu – rekahan yang mencerminkan secara maya politik terbahagi 50-50 di antara kerajaan dan pembangkang.

“Di kawasan luar bandar, populasi yang bergantung kepada kerajaan percaya bahawa kerajaan telah melakukan kerja yang terbaik. Demografi ini mendorong kepada Umno, parti Melayu yang memerintah dan ditunjukkan oleh betapa tenangnya pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein, yang tabah berdepan dengan media dunia.

“Hakikatnya, ramai rakyat Malaysia berpendapat bahawa media antarabangsa memberikan laporan yang tidak wajar. Malam demi malam, emosi ahli keluarga warga China disiarkan di media negara itu, sementara Amerika Syarikat (AS) menerusi parti Republican dan Democrat mendesak pembabitan yang lebih AS dalam mencari dan penyiasatan tragedi itu,” tulis Zarina.
Beliau berkata, rakyat Malaysia berpendapat syarikat penerbangan negara itu bersusah payah melayan keluarga 239 penumpang pesawat Boeing 777 itu dengan baik dan penuh sensitiviti.

Malaysia Airlines, yang hingga kini memegang reputasi sebagai antara syarikat penerbangan terbaik di Asia Tenggara adalah kebanggaan ramai rakyat Malaysia, katanya.

Pun begitu Zarina berkata, populasi Malaysia di kawasan bandar yang lebih bersikap analitikal adalah lebih sinikal.

“Apabila masuk hari ke-19 tragedi itu, mereka mahu tahu mengapa, di sebalik semua kelengkapan komunikasi paling hebat di abad ke-21, Malaysia dengan semua negara yang membantu, masih boleh “hilang” pesawat tersebut.

“Kegagalan Tentera Udara Diraja Malaysia memintas pesawat itu menyebabkan rakyat terbanyak berasa tidak selamat dan malu dengan kelemahan pasukan tentera mereka,” katanya.

Pakatan Rakyat menekan kerajaan di parlimen mengenai pasukan tentera, dan mereka dikatakan memainkan politik partisan ketika tragedi melanda, tulis Zarina.

“Pesongan mencari kesalahan dan kesombongan di kalangan kepimpinan Malaysia pada hari-hari awal kekecohan itu amat menyakitkan dan mengingatkan kepada sikap parti pemerintah, Umno dan gabungannya.

“Bangsa dan agama digunakan setiap hari untuk memecahkan hubungan antara tiga kumpulan etnik. Sedangkan hari ini, tidak seperti pada zaman 1970-an dan 1980-an, di mana amat sedikit pergaulan di antara etnik Melayu, India dan Cina.

“Negara itu kini mempunyai guru Melayu yang menyuruh generasi ketiga, keempat dan kelima kaum Cina dan India yang lahir di Malaysia untuk balik ke negara nenek moyang mereka,” tulisnya.

Beliau berkata, Malaysia menjadi rumah kepada populasi muda – iaitu daripada 29 juta orang, kira-kira 11.5 juta berumur antara 10 hingga 29 dan ramai yang menggunakan media sosial untuk “meluahkan kesedihan dan menekan kerajaan untuk berubah daripada pemikiran lama”.

“Tetapi tanpa fraktur institusi dan perubahan kerajaan, sejauh manakah kehilangan pesawat itu mencetuskan reformasi politik yang kukuh?

“Pembangkang akan terus mendesak jawapan mengenai bagaimana pesawat itu tidak mampu dikesan untuk satu tempoh yang lama, yang pada masa nan sama dapatkah kerajaan mampu memberikan maklum balas yang boleh dipercayai atau dipertikaikan?"

“Sebaik saja kehangatan tragedi ini berakhir dan media antarabangsa meninggalkan Kuala Lumpur untuk ke tempat lain, kerajaan tidak syak lagi akan kembali kepada cara dan cerita lamanya,” tulis Zarina.

“Adakah rakyat Malaysia akan mencari kesalahan politik selepas tragedi itu? Pada masa ini, ramai yang letih daripada segi emosi. Mereka tidak pernah mengalami trauma seperti ini yang mendapat perhatian dunia.

“Sama seperti keluarga mereka yang menjadi mangsa, rakyat Malaysia mengharapkan bukti kukuh pesawat itu dan apa yang membuatkannya terhempas akan dapat dijadikan kesimpulan dan penutup kepada tragedi itu.

“Hanya pada ketika itu mereka boleh mula melihat kepada kesannya. Tetapi, hingga tiba waktu itu, ia mungkin sudah terlalu lewat dan daripada malapetaka itu berperanan sebagai pemangkin perubahan, keadaan sudah menjadi seperti biasa,” katanya.

Kedahkini.
0 Responses