Elias Hj Idris
Siapa pemilik saham Putrajaya Holdings, soal Husam
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
1 Mei 2013
 Datuk Husam Musa
Datuk Husam Musa

PUTRAJAYA - Calon Pas kerusi Putrajaya, Datuk Husam Musa hari ni menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan berhubung milikan saham 20 peratus dalam Putrajaya Holdings.

"Siapakah pemegang saham Putrajaya Holdings?" soalnya ketika menyampaikan ucapan sempena program Perutusan Hari Pekerja di sini, hari ini.

Menurut Husam, pemegang saham yang pertama ialah Khazanah Nasional yang mempunyai pegangan 15 peratus.

Sementara pemegang saham kedua ialah KLCC Holdings yang mempunyai pegangan saham 65 peratus dalam Putrajaya Holdings.

"Tetapi yang lebih menarik ialah penama-penama yang memegang saham 20 peratus dikendalikan oleh CIMB Group Holdings Berhad.

"Saya mohon penjelasan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir, siapa pemilik saham 20 peratus Putrajaya Holdings itu?" soal Husam.

Menurut Husam, kerajaan telah memberi tanah kepada Putrajaya Holdings dan bon pinjaman kepada perbadanan itu yang dipertanggungjawabkan untuk membina bangunan-bangunan pejabat di Putrajaya.

"Kemudian Putrajaya Holdings memberikan sewa kepada kerajaan. Kerajaan menyewa semua pejabat kerajaan termasuk rumah perdana menteri di Putrajaya, kadar sewaannya ialah RM200 bagi tiap meter persegi.

"Menjadikan pada tahun 2011, kerajaan Malaysia membayar kepada Putrajaya Holdings sewa RM1.7 bilion setahun.

"Tempoh perbelanjaan sewaan 25 tahun. Baki yang kita kerajaan kena bayar RM27 bilion untuk 15 tahun akan datang," ujar Husam.

Sehubungan itu katanya, jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan, pihaknya akan memastikan semua ini akan diselesaikan.

"Minta maaf Datuk Seri saya mencadangkan atas kapasiti calon Putrajaya P125, 6 Mei kita mentadbir Insya-ALLAH kita mengkaji semula sewaan RM27 bilion itu," ujar Husam yang juga Naib Presiden Pas.

Nota: Dalam 10 tahun pertama pembinaan Kompleks Putrajaya Mahathir berkehendakkan Petronas membelanjakan RM5bilion setiap tahun. Maknanya, ia perlu dihabiskan RM416juta/bulan (RM13.8juta setiap hari). Apabila siap (selain ditelan secara rakus oleh kroni dalam pembahagian kontrak!), tetiba ia menjadi hak orang lain; Petronas sekadar nganga.
0 Responses