Elias Hj Idris
Umno/BN berpolitik adalah mengikut landasan politik Machiavelli yang prinsipnya adalah 'matlamat menghalalkan cara', sedangkan cara itulah yang menghancurkan matlamat.  Mereka mengenepikan politik Islam iaitu berpolitik-mengikut manhaj Al-Qur'an dan As-Sunnah; according to Machiavelli, lying is okay if it accomplishes a political end. 

Dengan sebab itu mereka tidak segan silu untuk berdusta dan menipu. Mereka dalam Umno yang beragama Islam, tetapi tidak mempedulikan maksud al-hadis ini:

Rasulullah s.a.w. bersabda:                     
“Ada tiga sifat, siapa yang memiliki maka dia adalah munafik  walaupun dia berpuasa, solat, naik haji, mengerjakan umrah dan  mengaku muslim.  Iaitu orang yang berdusta apabila berkata, mungkir  apabila berjanji dan mengkhianati apabila diberikan amanah”.  -  riwayat Abu Ya’la

Mereka juga tidak mempedulikan maksud al-hadis ini;

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Seberat-berat agama ialah memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga amanah, bahkan tidak  diterima solat dan zakatnya.”  - riwayat Al-Bazar  

Ramai ahli Umno yang tidak tahu apa dan siapakah Umno dari perspektif Islam.  Itulah sebabnya mereka sanggup berpolitik dengan berdusta dan menipu kerana mereka ghairah berpolitik, tetapi  tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an, lantas Allah swt telah berikan mereka syaitan sebagai teman yang tidak pernah renggang sedikit pun.

Allah swt berfirman:

(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦

"Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." - Surah Al-Zukhruf : 36 [tafsir 'Pimpinan Ar-Rahman' kepada pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].

Boleh menerima dan memberi rasuah adalah perkara biasa yang boleh mereka amalkan apabila ada peluang walaupun pengamal-rasuah (dilaknat-ditimpa-bala-sejak-di-dunia) dilaknat oleh Allah swt, namun mereka tidak peduli. 

Di satu pihak lain pula ada yang seakan-akan meredhai rasuah dan penipuan berkenaan dengan cara menerima segala yang telah ditetapkan berlaku tanpa perlu berusaha untuk menegah atau menghalangnya.

"Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada PAS negeri sama ada mahu menyertai atau tidak perhimpunan Blackout 505, ‘Suara Rakyat Suara Keramat’.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Dewan Ulama PAS yang tidak menyokong tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan himpunan di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU13."
 
 Calon PAS di DUN Pengklan Baru dalam Parlimen Beruas, Perak: 
      yang secara terang-terangan ditipu melalui sogokan wang.
 
Kisahnya sama seperti DUP yang memandu di belakang sebuah traktor 'back-hoe' di jalan lurus n lapang. Ia redha dengan ketentuan itu, tetapi lupa bahawa pahala yang banyak Allah swt beri ialah daripada 'ikhtiar' manusia untuk memotong traktor berkenaan.
  • Jika terus redha berada di belakangnya nampak seakan ada yg tidak kena dgn DUP.

    Sedangkan mereka sering membicarakan, "Nasib sesuatu kaum itu tidak mungkin berubah sekiranya kaum itu tidak berusaha untuk mengubahnya sendiri!"
0 Responses