Elias Hj Idris
KENYATAAN MEDIA
10 April 2013

PERDANA MENTERI SEMENTARA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK DAN PIMPINAN BARISAN NASIONAL MELANGGAR ETIKA PRINSIP PERANAN PENTADBIRAN KERAJAAN SEMENTARA

KEADILAN mendesak agar seluruh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak berhenti  dari melanggar etika Prinsip Peranan sebuah Kerajaan Sementara dimana segala jentera dan pengurusan kerajaan adalah dihadkan agar tidak disalah gunakan untuk tujuan berkempen selepas Parlimen dibubarkan.
Kegagalan membezakan diantara ‘Kempen’ dan ‘Pentadbiran’ atau Kerajaan Sementara dan Kerajaan yang dipilih hanya membuktikan Barisan Nasional tidak dapat menunaikan tanggung-jawab serta amanah secara jujur yang menjadi petanda bahawa Barisan Nasional tidak mampu membawa sebarang perubahan yang positif demi rakyat.
 
Sejak Parlimen dibubarkan, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk menghormati prinsip demokrasi dengan menyalahgunakan  kuasa kerajaan sementara yang membabitkan jentera dan kemudahan kerajaan untuk kepentingan UMNO/Barisan Nasional. Yang lebih meruncing, adalah kegagalan Datuk Seri Najib untuk memenuhi Akujanji Pilihanraya yang beliau tandatangani dengan badan Transparency International, yang menyebut, antara lain:
 
Calon PRU mestilah memastikan dana, sumber, serta harta awam tidak digunakan sewaktu kempen.

Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota kabinetnya telah mengumumkan beberapa perkara penting yang mencabul etika kerajaan sementara. Antaranya ialah:

1   Pada 5 April 2013, Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan 3 projek utama di Cyberjaya yang bernilai RM 8 bilion.

2    Pada 5 April 2013, Dato’ Raja Nong Chik telah mengadakan majlis perasmian jalan di Pantai Dalam dengan masih mengguna pangkat ‘Menteri’ dan menggunakan jentera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

3    Pada 8 April 2013, media arus perdana telah  melaporkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak  telah umumkan bahawa kad diskaun ataupun 1Malaysia Privilege Card yang dilancarkan pada Ogos 2012 akan diperluaskan kepada 725,000 pesara kerajaan.
 
4  Pada 8 April 2013, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin telah berkempen di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima, Klang dalam Majlis Perjumpaan Khas TPM bersama guru-guru sekolah Tamil.

5   Pada 9 April 2013, Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan pembinaan kompleks bernilai RM 400 juta yang membabitkan syarikat dari China iaitu CSR Zhu Zhou Electric Locomotive Company di Perak.

6    Akhir sekali, pada 9 April 2013, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa telah menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman mengenai Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang menyediakan  rumah mampu milik kepada penjawat awam.

Sewajarnya, sebagai sebuah kerajaan sementara, sebarang pengumuman  mengenai keputusan penting atau projek besar haruslah terhenti bagi menghormati pihak lawan dan prinsip demokrasi yang memastikan perlawanan di gelanggang politik yang sama rata.
KEADILAN bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain telah memulakan inisiatif menguatkuasakan arahan ketat pentadbiran kerajaan sementara seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan memulangkan kenderaan rasmi negeri dan tidak membuat sebarang keputusan penting membabitkan dasar utama.
 
Maka, saya mencabar Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghentikan sebarang penggunaan jentera dan kemudahan kerajaan bagi tujuan kempen UMNO/Barisan Nasional. Penyalahgunaan kuasa berterusan ini jelas membuktikan sebenarnya Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menjunjung prinsip demokrasi, dan sewajibnya membatalkan akujanji pilihanraya yang beliau tandatangani dengan Transparency International Malaysia yang sekadar digunapakai untuk menghiasi imej umumnya.
 
Saya turut mencabar semua menteri di dalam pentadbiran Datuk Seri Najib untuk memulangkan semula semua kenderaan-kenderaan rasmi dan tidak menggunakan sebarang jentera kerajaan termasuklah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi tujuan kempen.
 
KEADILAN akan terus memantau dan mendedahkan kepada rakyat setiap penyalahgunaan kuasa oleh pentadbiran kerajaan sementara Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama kami memantau tindak-tanduk kerajaan sementara sekarang supaya tidak menyalahgunakan kemudahan kerajaan bagi tujuan politik.

Sebarang aduan mengenai penyalahgunaan kuasa boleh dilaporkan kepada kami ataupun mana-mana pertubuhan bertanggungjawab seperti PEMANTAU.
 
NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden KEADILAN
KENYATAAN MEDIA
10 April 2013

Perdana Menteri kerajaan sementara, Datuk Seri Najib TUn Razak dan pimpinan Barisan nasional melanggar etika prinsip peranan pentadbiran kerajaan sementara

Ini pula adalah contoh jawapan untuk mewajarkan tindakan n salah guna mereka itu...
 
Jawapan balas kepada tuduhan Tun menggunakan aset kerajaan untuk berpolitik.

Setelah parlimen dibubarkan, Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan sementara yang mentadbir urusan negara. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang telah dibubarkan baru-baru ini, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan sementara bermaksud kerajaan sedia ada akan terus mentadbir negara dan semua menteri masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebelum ini.

Kerajaan sementara wujud bermula selepas Dewan Negeri setiap negeri dibubarkan sehingga persidangan pertama Ahli Dewan Negeri yang baru dilantik. Dengan pembubaran itu, kerajaan sementara perlulah mengelak daripada membuat polisi baharu, meminda polisi sedia ada atau mengadakan kontrak dan perjanjian baharu.

Tambah Datuk Wan Junaidi, amalan yang diterimapakai daripada sistem pentadbiran British itu telah diamalkan sejak merdeka lagi dan ia berjaya memberi kesan positif kepada negara. “Kerajaan sedia ada akan terus berkhidmat. Kabinet masih mentadbir negara, yang tidak akan menjejaskan pentadbiran negara, dari segi ekonomi dan politik. Semua menteri masih menjalankan tugas sebagai menteri”.

Mengenai penggunaan kenderaan rasmi, ahli-ahli kerajaan sementara boleh menggunakan apa-apa harta, peralatan atau jentera kerajaan dalam tugasan harian rasmi dan tujuan awam. Walau bagaimanapun, harta, peralatan atau jentera kerajaan tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan politik oleh pemimpin pemimpin kerajaan. Maka dapat dilihat, tindakan menyerahkan kenderaan kerajaan menjelangnya pilihanraya bolehlah dilihat sebagai suatu tindakan yang membuang masa.

Terbaru Lim Guan Eng bersama sama rakan Pakatan yang lainnya telah memulangkan kereta-kereta rasmi kerajaan negeri sebagai tanda betapa dedikasinya mereka pada ketelusan kenegaraan.Suatu tindakan yang tidak perlu secara praktikal tetapi ternyata bertujuan sekadar membangkitkan sangsi terhadap integriti pihak yang lainnya.

Baru-baru ini kita dipermainkan dengan satu isu demi menaikkan kebencian terhadap bekas bapa pembangunan Malaysia. Disebalik isu krisis air dan hudud yang seperti tidak berkesudahan, isu yang nampaknya lebih menarik minat pihak pembangkang ialah isu kenderaan rasmi yang digunapakai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed. Beliau yang telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bersifat sosial iaitu " Ceramah Perpaduan Ummah" telah dibawa ke lokasi ceramah menaiki helikopter kepunyaan kerajaan.

Persoalan yang cuba dibangkitkan pihak pembangkang ialah soal integriti dan 'compliance' pihak kerajaan dalam menepati garis panduan pilihanraya kali ini. Harus kita lihat permasalahan ini dari beberapa sudut.

Yang pertama, adakah Tun menggunakan helikopter berkenaan untuk kepentingan peribadi? Saya kira anda semua juga tahu bahawa tahu bahawa Tun tidak ke lokasi berkenaan untuk 'individual personal milleage'. Beliau tidak bertanding untuk mana-mana kawasan. Maka tidak sewajarnya Tun dikecam semata-mata kerana menerima pelawaan untuk memberikan ceramah berkaitan perpaduan ummah yang sememangnya pada perkiraan saya amat perlu disaat negara dilanda kebanjiran orang-orang kuning.

Sekalipun di dalam ceramah ini terkandung intipati bersifat politik selari dengan PRU13, Tun bukanlah seorang pegawai tinggi kerajaan yang berpolitik bagi kepentingannya. Sebaliknya Tun dijemput oleh penganjur majlis untuk ke majlis berkenaan dengan pengangkutan diuruskan oleh pihak penganjur majlis. Sebetulnya Tun tidak wajar dipersalahkan mana-mana pihak di atas kesanggupannya untuk menjayakan majlis terbabit.

Yang kedua, saya kira pembangkang melihat apa sahaja sebagai peluang di masa masa getir ini. Sehinggakan soal kenderaan bekas Perdana Menteri ini pun sanggup dibangkitkan tanpa melihat kepada jasa bakti beliau yang telah berpuluh tahun membawa negara kepada kejayaan yang dicapai hari ini. Apakah yang cuba disampaikan oleh pihak pembangkang dengan berlegarnya isu ini? Tidakkah ada rasa hormat pada seorang lelaki yang diibaratkan sebagai bapa kepada rakyat Malaysia? Apakah jasa dan pengorbannya dinilai semurah perjalanan pergi balik menaiki helikopter?

Yang ketiganya, perlu difahami, bahawa pembubaran parlimen tidak bermakna kerajaan perlu memberhentikan keseluruhan operasi modal insan dan sebagainya yang berkaitan. Kerajaan tidak boleh dilihat umpama kilang yang perlu menutup keseluruhan operasinya ekoran ketiadaan bekalan elektrik. Kerajaan sementara masih perlu meneruskan mandat walaupun parlimen telah dibubarkan. Maka tidak perlulah suatu majlis yang dipenuhi jurugambar dan wakil akhbar untuk merakamkan saat-saat penuh simbolik yang sekadar simbolik di mana jemaah menteri menyerahkan kunci kenderaan rasmi masing-masing kepada Perdana Menteri seperti yangterjadi di Pulau Pinang, kerana pada hakikatnya, kerajaan sementara ini masih perlu berfungsi seperti biasa kecuali apabila melibatkan polisi baharu, meminda polisi sedia ada atau mengadakan kontrak dan perjanjian baharu.
Hatta, sebarang kontrak yang dipersetujui beberapa hari sebelum parlimen dibubarkan tidak termasuk didalam konteks -melibatkan polisi baru, meminda polisi sedia ada, mengadakan kontrak mahupun perjanjian baharu, walaupun pemimpin yang terbabit memperlihatkan kelemahan ilmu hisabnya sehingga tersalah kira jumlah keseluruhan kontraknya.

( Patutlah harga apartment di negeri berkenaan mengalahkan banglo setingkat di Shah Alam )
-FM
Like · ·
Syeikh Huang-ti Artikel bengong. Mahathir pi Lumut berkempen politik bg pihak parti - Umno!
Najib lancarkan projek Cyberjaya tu jadah apa?
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Tiada 'individual personal milleage' la konon. Tapi kalau bn menang dia ada manfaat kan? Songsang sungguh fikiran kamu.

  2. Dlm tempoh slps bubar parlimen ni taraf Najib atau Faizal Tahir sama je... beza skit mengikut amalan Wesminster k'jaan yg ada ble teruskan peranan 'pentadbiran' n jaga hal keselamatan.
    Itu saja... takde projek itu-ini sbb dia cuma pentadbir takde tauliah.
    Pi lancar projek bilion-bilion di Cyberjaya tu beng
    ong orangnya!