Elias Hj Idris
musrights
Rekrut
Rekrut


Joined: Sep 12, 2008
Posts: 79
PostPosted: Sat Apr 27, 2013 12:10 am    Post subject: Reply with quote


Quote:
Kupasan dari maksud ayat:
" Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah, seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia Maha Melihat”


Pencerahan rangkap ketiga:
"Sesungguhnya ALLAH Maha Melihat"


Bermaksud.. Kamu golongan awam, walaupun kamu tidak tahu bagaimana caranya (melihat-Nya) itu.. yakinlah sesungguhnya ALLAH Maha Melihat..

Namun, kamu golongan awam.. jangan putus asa.. terus lah berusaha.. kata ALLAH; “Mintalah kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan.” (QS. Al-Mu'min: 60)

kata ALLAH lagi; “Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.. ” Al-Baqarah 45


Jika kamu bertanya; "apakah yg dimaksudkan dgn khusyuk & siapakah dia golongan yg khusyuk itu??"

Jawab ALLAH; "(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya." Al-Baqarah 46



Secara detailnya:
* pertama sekali ; mohon kepada ALLAH.. dengan sebenar2 memohon.
* kedua ; ambil Diri Sabar yg ALLAH titipkan dlm diri kamu
(Sabar itu separuh drp iman), dan pakaikanlah Diri Sabar itu menjadi diri kamu (itulah yg separuh lagi) walau apa jua ujian dan rintangan.. itulah iman yang penuh. sentiasa dalam Diri Sabar..
* ketiga; tunaikan solat dan jangan kamu sesekali meninggalkannya
* keempat; solatlah sehingga khusyuk.. "bagaimana khusyuk itu?".. kembali kepada Tuhan-kamu.. yakinlah kamu akan menemui-Nya "inna lillaahi wa inna ilaihi ro ji'uun" .. sesungguhnya kami dari ALLAH.. dan sesungguhnya kepada ALLAH jua kami kembali..


Bagaimana pula hendak kembali kepada-Nya semasa solat;
* pertama; "pandang lah diri kamu" ~ mata memandang tempat sujud dan mata hati memandang diri
* kedua; "renung lah diri kamu" ~ mata hati merenung diri setiap masa
* ketiga; "Cahaya lah diri kamu" ~ mata hati melihat diri Roh (kata ALLAH; "Roh itu Rahsia-Ku).. bercahaya-cahaya ia-Nya.. itulah hakikat diri kamu
* keempat; "kenal lah diri kamu" ~ tenggelam lah dalam lautan Zat, Sifat, Asma' & Af'al (ALLAH)
* kelima; "Rahsia lah diri kamu" ~ Rahsiakan perjalanan mi'raj dalam solat drp sesiapa.. kecuali kpd mursyidnya utk lebih pencerahan.. kata ALLAH; "Roh itu Rahsia-Ku".. maka rahsiakan lah


Bagaimana pula supaya hati tidak lalai semasa solat.. ibarat layang2 diikat tali yg tak akan putus;
* iaitu dgn mengamalkan "mengingati ALLAH" setiap hembusan nafas..
* "mengingati ALLAH" .. dalam bahasa Arabnya ialah "Zikrullah"
* setiap kali menyedut udara, setiap nafas dihembus.. ada kaedahnya.. carilah guru mursyid dan minta diajar zikir nafas ini..


ALLAH memberi ingatan kpd mereka yg solat tetapi lalai dalam solatnya;
"Neraka wail bagi orang yang solat,yang mereka lalai dalam solatnya" (surah Al-Maun:4-5)

itulah puncanya.. layang2 terbang tanpa tali.

1 Response
  1. Anonymous Says:

    Ada kesah punca layang2 terbang tanpa tali.
    Ada kesah pasangan digantong tidak bertali.
    Ada kesah dia tidak digantong tapi dia bertali...
    Kesah pertama layang2 putus tali terbang pergi.
    Kesah kedua dia digantong terseksa tidak mati.
    Kesah ketiga terputus tali kemana dicari ganti..??