Elias Hj Idris
musrights
Rekrut
Rekrut


Joined: Sep 12, 2008
Posts: 47
New postPosted: Wed Apr 17, 2013 2:44 pm    Post subject: Reply with quote

 
                     Mati yang tidak bermakna...

"Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!" (Surah Yunus-92)

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” [al-Israa’ : 85].


Roh & Jasad:
Peng-kamil-annya zahirlah roh menjadi insan..

Tanpa Roh:
Jasad menjadi mati & tidak berguna lagi... menjadi makanan binatang-binatang  kecil seperti cacing, ulat, semut dsbnya. Seterusnya ia menjadi baja kepada tumbuh2an


ROH

Sebelum berjasad;
Roh sudah hidup... waktu itu zahir diri roh adalah dalam bentuk ghaib...  di mana insan tidak dapat melihat kecuali yang mendapat rahmat kurniaan Allah swt. Roh melihat dengan mata ghaib... Roh mendengar dengan telinga ghaib.

Semasa berjasad;
Rohlah yang melihat, dengan mata zahir.. Rohlah yang mendengar dengan telinga zahir... di mana pada waktu itu, roh sudah lupa akan dirinya ketika belum berjasad... kerana terpedaya oleh keindahan-keindahan penciptaan Allah yang Maha Agung - dia telah lupa yang dirinya adalah "Diri Rahsia ALLAH"

Bagi mereka yang kerugian, mereka mencari ilmu untuk kemegahan diri... untuk menjadi kaya... untuk menjadi popular. Jadi mereka ini akan semakin jauh dari mengingati Allah, iaitu "Diri Sebenar" bagi dirinya (Diri Rahsia Allah).

Apabila setelah mereka kaya Allah perintahkan: "keluarkanlah zakat.. dan bersedekah serta infaQ-kan sebahagiannya kepada kaum kerabatmu sebagai tanda syukurmu kepadaku".

Mereka kikir... mereka bakhil... keranan mereka menyangka bahawa kekayaan itu adalah milik mutlak mereka. Kekayaan itu adalah daripada hasil usaha mereka sendiri; mereka takut, dengan zakat, sedekah; di mana infaQ itu akan memiskinkan mereka!

Alangkah ruginya mereka ini apabila semakin jauh; semakin mereka sesat; di dunia mereka buta; di akhirat mereka bertambah buta lagi -  buta daripada  mengenali kembali akan dirinya bahawa dirinya adalah "Diri Rahsia Allah."

Mereka mencari-cari rahsia-rahsia Allah melalui benda-benda lain.... dan apakala berjumpa dengann Rahsia-rahsia Allah itu mereka mengabdi dan menghambakan diri. Apabila Rahsia-rahsia Allah itu menghilang.. mereka mencari-cari lagi.. lagi dan lagi..

Wajah-wajah mereka sentiasa masam dan mencuka - sering keluh kesah dengan nafsu ammarah, awwamah dan malhamah (Ingat: muka penduduk neraka sentiasa masam). Sedangkan dirinya itulah "Diri Rahsia Allah" yang perlu dikenali dengan sebenarbenar kenal.... lupa dia adalah roh yang kekal abadi bukannya jasad yang akan mati!

Pelajaran mereka tinggi melangit - PhD atau ijazah, tetapi mereka lupa belajar "ilmu mati", iaitu ilmu mengenal diri. Bagi mereka solat itu adalah sembahyang, di mana sembahyang itu adalah menyembah sesuatu, iaitu dikira menyembah akan Allah swt.

"Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya." (Surah Ar-Ruum-Cool

"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah;" (surah Al-An'aam-116)

Bagi mereka yang beruntung ialah mereka yang berusaha mencari ilmu mati, iaitu mengenal diri - mengenal Tuhannya - dan mengenal akan Allah. Bagi mereka solat itu adalah pengabdian diri secara total kepada Allah (Zat, Sifat, Asma' & Af'al) iaitu "inna lillaahi wa inna ilaihi ro ji'uun" diri adalah roh, iaitu "Diri Rahsia Allah". Dan... "Diri Rahsia Allahj" itu tidak lain melainkan 'Allah'  jua..

ahkan solat mereka itu sentiasa bersolat (solatu Daaim). Kelihatannya mereka hidup serba 'dhoif' -  rumah sederhana... pakaian sederhana...kenderaan bersederhana seperti Nabi s.a.w

Namun pada hakikatnya mereka itu kaya; sentiasa senyuman terukir di wajahnya (wajah ahli syurga itu sentiasa manis dengan senyuman), berakhlak yang mulia; di mana katakatanya mengandungi 'ilmu dan hikmah'.

Setelah Jasad Mati;

 
Roh tetap hidup.. kekal abadi.. Roh tetap melihat.. Roh tetap mendengar.. yg mati hanya jasadnya utk Roh dizahir ke muka bumi (alam syahadah).. yg sudah tidak mendengar adalah jasadnya yg mati.. yg sudah tidak mendengar itu adalah jasadnya yg sudah mati..

Roh kembali ke alam roh.. . di waktu inilah roh telah kembali sedar bahawa dirinyalah "Diri Rahsia Allah". Namun sudah terlambat - sekadar menunggu masa untuk dibangkitkan semula..

Bagi mereka yang beruntung; di dunia nikmat bagai di syurga; apa tidaknya, nikmat di syurga yang terindah, iaitu dapat melihat Allah swt yang telah dapat ia merasai daripada kurniaan-Nya.. di akhirat juga di syurga dengan segala kenikmatan - di mana perjalanannya layak sepantas cahaya!

Kisah ini adalah kisah benar; dari Allah (Zat, Sifat, Asma' & Af'al) kepada Allah (Zat, Asma' & Af'al) jua tempat kembali.

2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Salam Tuan. saya baru mengikuti blog tuan. ada kemusykilan sedikit. yg mata kite melihat ini kita melihat dgn mata zahir atau mata batin? mohon pencerahan.


  2. Black Ops Says:

    Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali..
    Dgn Allah kita datang dgn Allah jua kita berpulang.