Elias Hj Idris
Manifesto Rakyat: PR

22 perkara diciplak BN dari manifesto Pakatan

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan sebanyak 22 perkara yang dijanjikan dalam manifesto BN adalah menciplak dari Pakatan Rakyat. Manifesto yang dibentang Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak kelmarin kata Rafizi, bukan perkara baru tetapi sekadar meniru idea Pakatan Rakyat.

"Analisa terhadap janji-janji Barisan Nasional menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada  janji-janji yang dimasukkan bukanlah idea baru, tetapi diciplak dari Pakatan Rakyat atau idea yang sama kini digunakan oleh Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan BN menciplak idea-idea asal yang sudah pun sinonim dengan Pakatan Rakyat seperti menurunkan harga kereta, menghapuskan tol dan lain-lain mengesahkan bahawa negara mempunyai kewangan yang kukuh selama ini untuk melaksanakan program-program ini.

"Alasan yang diberikan selama ini hanyalah dolak-dalih politik, tetapi oleh kerana tekanan yang kuat dari rakyat akhirnya Barisan Nasional tidak ada pilihan lain kecuali menciplak idea-idea ini," katanya lagi. Beliau turut menyenaraikan janji-janji yang diciplak seperti berikut:
1. Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20% - 30% secara berperingkat;
2. Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak;
3. Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah;
4. Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet
5. Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat;
6. Menambahbaik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam;
7. Memberikan permit teksi individu;
8. Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail);
9. Membina Lebuhraya Pan Borneo;
10. Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat;
11. Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan;
12. Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak; 13. Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah;
14. Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil;
15. Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej;
16. Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum;
17. Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi;
18. Mewartakan semua tanah adat;
19. Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf;
20. Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru KAFA dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik;
21. Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok;
22. Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam.

Berita lanjut : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18087-22-perkara-diciplak-bn-dari-manifesto-pakatan


0 Responses