Elias Hj Idris
Oleh: tokpepijat

Kesan daripada pemberian IC secara berleluasa

Sabah diceroboh dan apabila melihat kepada isu Lahad Datu, nampak ia semakin jauh dan jauh daripada keadaa sebenar.Cuba kita tanya diri sendiri atau tanya sama batu @ pokok @ ayam, tetapi jangan ditanya kepada menteri Umno atau IGP nanti anda dituduh pengkhianat atau musuh negara!

Satu
Setelah lebih 100 pengganas menceroboh negara, menteri KDN bilang ini semua bukan pengganas. Mereka adalah tentera Sulu - tidak berbahaya. Keadaan keselamatan terkawal di mana PDRM mampu mengaawalnya, jadi kita mampu selesaikan secara diplomasi.

Kemusykilan: Mengapa bukan ATM yang tangani kes ini pada awalnya? Dan mengapa pula dengan begitu mudah musuh menceroboh perairan negara ini?

Dua
Apabila pengganas Sulu tembak mati anggota polis VAT69, secara automatik terus sahaja menteri KDN dan segala menteri UMNO melabelkan penceroboh tersebut sebagai pengganas. Sama macam kes Kumpulan Mujahidin Malaysia(KMM); yang pada mulanya digelar 'mujahidin' kemudian sudah menjadi 'militan' pula. Jelas Malaysia ini 'kaya' dengan istilah yang direka-reka.

Ketiga
Baru sekarang kita tahu betapa keadaan tahap keselamatan negara kita. Itu baru di Sabah. Sudahlah Sabah terpinggir oleh kerajaan BN dari segi pembangunan, sebaliknya dari segi keselamatan juga menteri Umno ambil mudah dan pandang 'sebelah mata'. Kita lihat baru sekarang inilah kerajaan Umno baru nak tambah balai polis, anggota keselamatan dan peralatan baru. Apabila Sabah kena serang, barulah masing-masing nak tersedar.

Keempat
Peristiwa Lahad Datu ini terjadi hampir dengan tarikh LIMA di Langkawi berlangsung. Wow! ber'hopping' sakanlah menteri pertahanan membeli segala jenis senjata atas alasan kes pencerobohan di Lahad Datu! Tiada rasa bersalah dan pertanggungjawaban sedikit pun atas apa yang berlaku di sana. Sepatutnya menteri wajib meletak jawatan jika masih ada harga diri!

Kelima
Kes Lahad Datu ini telah menjadi medan kempen bagi Umno untuk mengutuk pembangkang. Kononnya hanya Umno dan BN sahaja yang ada semangat patriotik. Pembangkang dianggap bagaikan pengkhianat. Samalah seperti perayaan kemerdekaan - hanya Umno/BN sahaja yang layak untuk merayakannya.

Kes Lahad Datu ini bakal berlalu (seperti kata Ketua Polis Sabah di mana kini cuma ada kurang daripada 10 pengganas lagi). Sebaik berlalunya kes ini dengan meninggalkan beberapa persoalan;

i) Menteri KDN dan menteri pertahanan berlepas diri daripada kes ini. Sebaliknya sasaran telah ditujukan kepada pembangkang. Mereka berlepas diri - yang bermakna tiada rasa bertanggungjawab atas pencerobohan yang telah mengorbankan nyawa 10 anggota keselamatan. Mengapa begitu liat untuk mereka melepaskan jawatan sebagai tanda tanggungjawab.

ii) Sebaliknya, menteri UMNO telah menwar-warkan betapa seriusnya kerajaan Umno menjaga keselamatan negara terutama di Sabah. Adakah setelah berlaku pencerobohan dan kematian anggota keselamatan baru nampak kehebatan Umno dalam menjaga keselamatan negara?

iii) Setelah berlaku kematian ke atas anggota keselamatan, barulah Perdana Menteri Najib mewar-warkan kenaikan gaji anggota ATM dan PDRM. Adakah ia tanda rasa bersalah atau memang kempen menjelang pru?

iv) Pada masa yang sama Umno cuba 'spin' biar rakyat nampak seolah-olah pembangkang begitu hina apabila merendah-rendahkan dan memlekeh anggota PDRM dan ATM dalam operasi tersebut. Pada hal, Umnolah yang meng'guna'kan PDRM dan ATM untuk kepentingan politik mereka. Lihatlah gangguan ceramah. PDRM membisu kerana ada arahan daripada orang politik.

Sebenarnya rakyat dan pembangkang kecewa dengan cara Umno menangani isu ini. Seolah-olah ada agenda tersembunyi di sebalik cara UMNO menangani isu tersebut. Ia dilihat sebagai lebih mengaitkan 'projek IC' ciptaan Mahathir. Sebab itulah di akhir-akhir ini Mahathir banyak keluarkan kenyataan tentang peristiwa di Lahad Datu dan akhirnya sanggup menjejakkan kaki ke sana untuk menunjukkan kononnya dia tiada bersalah apa-apa terhadap kejadian di Sabah!

Sebenarnya, rakyat tidak pernah persoalkancara askar dan polis menggempur pengganas. Mereka itu lebih tahu dengan ilmu peperangan dan senjata. Namun setiap apa jua tindakan dan gerakan PDRM dan ATM adalah daripada arahan menteri Umno.

Jika di Jepun atau Korea, sudah lama menterinya melakukan 'harakiri' jika tidak pun meletak jawatan.
Di Malaysia, menteri Umno masih sibuk siang dan malam cari 'kambing hitam' untuk disembelih. Dan bila pun Anwar lagi tetap yang kena.
0 Responses