Elias Hj Idris
Sesetengah orang ambil sedikit saja kata kata ulama mujtahid (seperti Imam As-Syafie). Bukan untuk mencari kebenaran. Dia sendiri bukan pengikut Al-Imam! Kita cukup pelik! Seperti cerdik pandai orientalis; mengkaji Al-Quran, bukan untuk mencari kebenaran, tetapi dia menyerang Islam melalui Al-Quran.

Pintu setan dalam diri

Kalau nak ikut, ikutlah semuanya. Kalau nak menghujjah kata-kata Imam As-Syafie, sepatutnya bersemukalah dengan ahli dalam bidang berkenaan - nanti salah yang melibatkan fitnah kepada mukmin; takutlah ancaman Allah.

Berikut ini adalah ciri-ciri orang munafik menurut Islam;

Dusta
Khianat
Melampau sempadan/skop dalam pertikaian
Engkar pada janji
Malas beribadah
Riya'
Sedikit berzikir
Mempercepatkan solat
Mencela orang-orang yang taat dan soleh
Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan Rasulullah s.a.w.
Bersumpah palsu
Enggan berinfak
Tidak menghiraukan nasib sesama kaum muslimin
Suka menyebarkan khabar dusta, senang memperbesar peristiwa atau kejadian
Mengingkari takdir, selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah s.w.t.
Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh
Sering meninggalkan solat berjamaah
Membuat kerosakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan
Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir
Takut terhadap kejadian apa saja
Beruzur dengan dalih dusta
Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan
Bakhil dalam masalah kebajikan
Lupa kepada Allah s.w.t.
Mendustakan janji Allah s.w.t. dan Rasul-Nya
Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin
Sombong dalam berbicara
Tidak memahami masalah-masalah agama
Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan perbuatan dosa
Senang melihat orang lain susah, susah bila melihat orang lain senang


AL-GHAZALI DAN ILMU TASAWWUF

Apabila melibatkan diri menjadi sebahagian daripada ahli sufi, beliau sekali lagi membersihkan tasawwuf daripada perkara-perkara khurafat dan daripada perkara yang terkeluar daripada pengamalan agama Islam yang sebenar. Dalam bidang tasawwuf Al-Ghazali mempunyai guru antara yang termashur ialah Al-Junaid dan Al-Muhasibin. Apabila Al-Ghazali mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang tasawwuf beliau segera melemparkan kritikan yang membina bertujuan untuk membetulkan kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan kemurnian Islam. (Ghazali, 2002:30)

Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang tasawwuf ialah kitab Ihya’ Ulumuddin. Kitab ini telah membincangkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama dan merupakan kitab yang terkenal hasil karangan beliau hingga ke hari ini. Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Parsi, Urdu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Selain itu, kitab ini menjadi sumber rujukan para ulama’ di rantau alam Melayu. Antara pendorong Al-Ghazali menulis kitab ini ialah kerana kesedarannya yang amat tinggi terhadap penyelewgan teori dan konsep fiqh serta tasawwuf ialah dengan merujuk kepada sumber primer iaitu al-Quran dan Sunnah. Kemudian para sahabat dan tabi’in. Setelah merujuk kepada sumber primer dan sekunder barulah Al-Ghazali mengutarakan pemikirannya terhadap konsep yang ditulisnya. (Ibrahim, 1985:55)

Kehadiran kitab Ihya’ Ulumuddin member implikasi besar dalam pengajian tasawwuf. Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawwuf kerana Al-Ghazali telah memurnikan semula ilmu tasawwuf daripada kesesatan dan bid’ah.
0 Responses