Elias Hj Idris

Isu Pencerobohan Lahad Datu (Sabah)

Hari ni gua nak cerita situasi sebenar bermulanya Krisis Pencerobohan Lahad Datu. Yang patut Rakyat Malaysia tahu, ini bukan sekadar pencerobohan Lahad Datu, ia adalah pada skala besar... Lebih tepat lagi kalau disebut 'pencerobohan Sabah'.

Fakta: Sabah adalah sebuah 'negeri pajakan'. Maklumat mengatakan bahawa Sabah adalah sebuah negeri yang dipajakkan kepada Malaysia oleh Kesultanan Sulu dan perjanjian pajakan akan berakhir pada pertengahan bulan Mac ini.

Selepas bepas berakhir tempoh pajakan, Filipina akan membawa kes 'Tuntutan Sabah' sebagai hak milik Negara Filipina ke Mahkamah Dunia (ICJ).
Pembuktian hak perlu dibuat di Mahkamah bagi membuat untutan tersebut. Antara bukti yang perlu diketengahkan (antaranya) ialah kehadiran rakyat Filipina di Sabah sebagai penduduk tetap di sana.

Hari ini lebih dari setengah juta rakyat Filipina berketurunan Sulu sudah berada di Sabah. Bukan saja mereka diiktiraf sebagai penduduk tetap malahan diberikan hak kerakyatan melalui 'Projek Pemberian IC' tajaan Barisan Nasional dalam kempen pilihanraya umum di zaman Mahathir Mohamad.

Kerajaan Malaysia tahu akan perkara ini, maka diwujudkan 'Suruhanjaya Siasatan Diraja' untuk siasat pendatang asing Sabah 2012 atau lebih dikenali dengan RCI.

Filipina melihat isu RCI sebagai ancaman ke atas tuntutan yang bakal dibuat oleh Filipina ke atas Sabah di Mahkamah Dunia di mana kemungkinan besar, Rakyat Filipina berketurunan Sulu yang berada di Sabah kebanyakannya penerima IC Projek akan dibatalkan Kerakyatan Negara Malaysia dan mereka dihantar pulang ke Filipina.

Jika ini berlaku, Filipina akan gagal dalam pembuktian utama dalam tuntutan yang bakal dibuat di Mahkamah Dunia.

Persefahaman dimeterai antara Kerajaan Filipina dengan pejuang Sulu dengan 'Perjanjian Pengiktirafan Sabah' (sekiranya berjaya dituntut) akan diberi kepada Kesultanan Sulu dan menjadi salah satu daripada negeri dalam Negara Filipina.

Persetujuan yang dicapai ialah tentera Kesultanan Sulu menyusup masuk ke Malaysia dan membuat tuntutan mereka sedangkan agenda utama pakatan tersebut ialah bagi menggagalkan usaha Malaysia dalam ops RCI.

Kegagalan ops RCI bermakna kemungkinan besar Filipina akan berjaya dalam tuntutan hak ke atas Sabah di Mahkamah Dunia terbuka luas. Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi: petrolium, balak dan hasil laut.

Isu paling besar sekarang ialah "Ke mana arah pemikiran pucuk pimpinan negara, terutama Barisan Nasional"?

Situasi Politik di Sabah sekarang akan mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh pimpinan Barisan Nasional. Angin perubahan yang bertiup kencang sedang berlaku di Sabah. Laungan "Ini kalilah" bergema di mana-mana termasuk di kalangan masyarakat Sulu yang berstatus warganegara Malaysia di Sabah.

Tindakan keras ke atas tentera Sulu (yang di belakangnya kerajaan Filipina) akan mengakibatkan kehilangan undi dalam pilihanraya akan datang akibat sentimen "Ini kalilah" ditambah pula dengan kesan "kemarahan" atas tindakan ke atas saudara-saudara mereka para tentera Sulu.
Jika dibiarkan mereka (tentera Sulu) bermaharajalela kesannya ialah kemungkinan untuk Malaysia kehilangan sebuah negeri yang kaya sangat besar sekiranya tuntutan Filipina di Mahkamah Dunia kelak berjaya.

Masuk bab Politik.

Kesilapan besar Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional ialah "Gila Kuasa". Kerana penyakit "Gila Kuasa", kerakyatan secara besar-besaran diberi kepada pendatang asing semata-mata untuk meraih undi dalam pilihanraya.

Kesannya dapat kita lihat sekarang

Isu "pajakan Sabah" tidak cuba diselesaikan sedari awal; sama ada ia terlepas pandang atau tiada kalangan pimpinan yang "mampu berfikir" itu kita tak tahu.

Pepatah terbaik pada masa ini: "Nasi Sudah Menjadi Bubur".

Sumber: Topeng Perak Unmasked
0 Responses