Elias Hj Idris
Dr Mahathir dan Ayahnya

Dalam kitab Ihya' Ulum al-Din, setelah Imam al-Ghazali membicarakan secara panjang lebar berkenaan larangan dan sebab-sebab manusia mengumpat. Dinyatakan juga enam keuzuran (situasi) yang mengharuskan mengumpat iaitu:

-  Mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku;

-  Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran yang berlaku, maka didedahkan kemungkaran tersebut. (Bahkan ada kalanya pendedahan ini menjadi wajib apabila kemungkaran yang berlaku melibatkan ancaman kepada aqidah dan masa depan generasi akan datang);

-  Meminta fatwa daripada mufti seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya, berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan kepada Rasullullah saw tentang suaminya yang kedekut;

-  Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang seperti mendedahkan kejahatan seorang hamba yang bakal dibeli (dalam konteks situasi semasa ialah pekerja) dan seseorang yang ingin diserahkan amanah kepadanya. Demikian juga seseorang yang ditanya tentang perempuan atau lelaki yang bakal dikahwini, maka harus mendedahkan keburukan sekiranya ada. Terdapat 3 golongan manusia seandainya diceritakan keburukan mereka maka ia tidak dikira mengumpat, iaitu pemimpin yang zalim, ahli bida'ah dan seorang yang terang-terangan melakukan kefasiqan;

-  Memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu. Atau hanya dikenali apabila disebut sifat cacatnya seperti tempang, buta dan sebagainya;

-  Seseorang yang terang-terangan melalukan kefasiqan seperti lelaki atau perempuan yang mengubah jantinanya, peminum arak, penzina atau mereka yang dengan sendirinya membuka pekung diri sendiri atau keburukan diri sendiri dan sebagainya. Tetapi jika melakukannya secara bersembunyi maka tidak harus menyebu tentang mereka;

Walaubagaimanapun, enam situasi ini mestilah dikawal dengan kaedah "al-dararu tuqaddaru bi qadariha" yang bermaksud, setiap perkara darurat yang hanya mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi darurat itu sahaja. Ini bermakna sekiranya tidak disebut nama seseorang, maka itu lebih baik. Tetapi, sekiranya tidak disebut secara khususnya menyebabkan situasi tersebut tidak dapat diatasi atau diselesaikan, maka bolehlah disebut nama. Perbuatan itu masih dikira mengumpat, tetapi hukumnya harus.



Oleh : Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang
www.uniklbloggers.com
0 Responses