Elias Hj Idris
Oleh: siputsedut72 (TKO)


Saban tahun, 25 Disember disambut dengan meriah oleh kira-kira 1.2 bilion penganut Kristian di seluruh dunia. Tarikh 25 Disember itu mereka merujuk kepada kelahiran Nabi Isa atau Jesus Christ!

Saya x pasti pasti apa yang orang faham berkaitan asal-usul Chrismas atau Hari Natal. Ramai beranggapan, yang Hari Natal adalah sambutan sempena kelahiran Jesus Christ (atau Nabi Isa a.s.). Namun, ini adalah satu kesilapan besar. Semasa belajar di US dulu, ssya pernah ambil 'American History' selama setahun, dengan tujuan asal mahu mengetahui lebih lanjut tentang asal-usul negara tersebut dan bagaimana budaya rakyat negara tersebut lahir dan berkembang. Salah satu subject utama adalah bab berkaitan Kristian, yang pada asalnya adalah satu, iaitu Katolik yang dipekenalkan oleh paderi yang lima - Luke, Mathew, Barbara, Mark dan John sebelum berlaku perpecahan disebabkan oleh percanggahan pendapat anatara sains dan pihak gereja, sehingga melahirkan 'Protestant' (dari akta asalnya 'protes') yang mempunyai pelbagai pecahan pula di antaranya congresionalist, 7th-day adventist dan sebagainya.

Perkataan “Krismas” berasal dari istilah Yunani iaitu “Mass Kristus” yang membawa maksud 'Perayaan bagi al-Masih'. Sambutan perayaan ini sebenarnya wujud berabad-abad sebelum Isa a.s dilahirkan, tetapi tidak pernah didoktrinkan dalam agama Kristian sehingga beberapa abad selepas kematian Nabi Isa a.s.

Catholic Encyclopedia Edisi 1911 menggambarkan bahawa perayaan Krismas tidak berasal daripada Palestin, tetapi dari Mesir. Dalam ekslopedia itu menyatakan bahawa perayaan Krismas dipengaruhi oleh ajaran paganisme dari Mesir. Perayaan Pagan sekitar Januari pada hari pertama di setiap tahun itu benar-benar telah mempengaruhi tarikh 25 Disember yang kini dirayakan sebagai perayaan Krismas.

Origen (AD 186-238), ahli teologi abad ketiga dan digelar ‘bapa pengkritik Bible’ pernah menulis, "Dalam Kitab Suci tiada seorang pun yang direkodkan telah merayakan hari raya atau mengadakan jamuan yang besar pada hari lahirnya. Ia hanya orang-orang yang zalim dan toghut [seperti Firaun dan Herod] yang membuat hari berfoya-foya yang gah pada hari mereka dilahirkan ke dunia. (dipetik daripada 1911 Catholic Encyclopedia, artikel Hari Krismas).

Apabila kebanyakan penganut Kristian merayakan perayaan Krismas pada 25 Disember (kalendar Gregory) saban tahun, terdapat penganut Kristian yang beraliran oriental seperti 'Armenian Apostolic Church' dan beberapa yang lain menyambut perayaan Krismas pada 6 atau 7 Januari(kalendar Gregory).

Di barat, tarikh 25 Disember berkait rapat dengan perayaan penganut agama pagan di zaman dahulu kala. Tarikh 25 Disember itu dikaitkan dengan 'Festival Yule', iaitu sejenis perayaan keagamaan bagi kaum paganisme Jerman lama sebelum kedatangan Kristian. Perayaan ini bermula daripada pertengahan bulan Disember sehingga ke awal Januari berdasarkan 'Gemanic Lunar Calendar'.

Jika 'Festival Yule' itu dikaitkan dengan Krismas di barat, di timu pula perayaan Krismas dikaitkan dengan 'Festival Dies Natalis Solis Invicti' atau Festival Kelahiran Sol Invictus. Sol Invictus adalah tuhan matahari yang disembah oleh bangsa Rom Byzantine yang mana telah diadaptasi daripada tuhan bangsa Syria, Elagabalus.

25 Disember dikaitkan dengan tarikh kelahiran seorang lagi figura ajaran paganisme, iaitu Mitra. Mitra adalah dewa masyarakat Parsi yang kemudiannya diadaptasi oleh orang Rom sebagai dewa mereka. Ajaran Mitra dikenali Mitraism yang menjadi anutan ramai masyarakat Rom sebelum kedatangan Kristian pada abad ke-4 Masihi.

Manuskrip pertama yang menyatakan Perayaan Krismas 25 Disember dijadikan cuti umum adalah 'Calender of Filocalus'. Ia dihasilkan untuk Valentinus, seorang bangsawan Rom yang beragama Kristian.

Selain tarikh 25 Disember sebagai tanggal kelahiran Jesus Christ, tarikh-tarikh lain turut dikatakan mempunyai kaitan dengan kelahiran Jesus Christ. Setiap tarikh mempunyai kekuatan dan alasan yang tersendiri seperti mana tarikh 25 Disember yang menjadi tarikh umum kononnya Jesus Christ dilahirkan. Tarikh-tarikh tersebut adalah 5 Januari, 6 Januari, 25 Mac, 28 Mac, 19 April, 20 April, 20 Mei, 21 Ogos, 17 November dan 19 November.

'Santa Claus' adalah nama paling dominan apabila datangnya perayaan Krismas. Santa Claus berasal daripada perkataan Belanda, iaitu SinterKlaas. Santa Claus sebenarnya adalah nama gelaran kepada 'Saint Nicolas of Myrra' yang hidup sekitar abad ke-4 Masihi. Beliau memiliki kegemaran memberi hadiah secara sembunyi-sembunyi kepada kanak-kanak yang kemudian menjadi model kepada Santa Claus pada hari ini. Lazimnya, amalan pemberian hadiah dilakukan pada 6 Disember sempena hari perayaan (feast day) St. Nicholas of Myrra.

Warna tradisional Hari Krismas adalah merah, putih, hijau, perak dan juga warna keemasan. Merah melambangkan darah Jesus Christ ketika disalib manakala hijau melambangkan keabadian kehidupan.

Pokok Krismas antara salah satu elemen paling utama apabila menjelang perayaan Krismas. Pokok Krismas diadaptasi amalan kaum pagan apabila menjelang musim Sejuk Solstis yang menjadikannya sebagai bahan untuk upacara penyembahan. Apabila agama Kristian tersebar di Eropah, kaum pagan yang telah memeluk Kristian meneruskan tradisi ini semasa perayaan Krismas. Bentuknya seakan-akan segitiga dikaitkan dengan doktrin triniti yang menjadi dasar mazhab Katholik.

Perkataan ‘Christmas Tree’ direkodkan buat pertama kali pada 1835 yang mana diambil daripada perkataan Jerman. Pokok Krismas digunakan buat pertama kali semasa perayaan Krismas oleh pengasas mazhab Prostestan, Martin Luther (1483-1546) pada abad ke-16.

Musim panas, tapi banyak salji turun! Kelakar...

Seperti mana Pokok Krismas yang menjadi elemen utama semasa perayaan Krismas, Orang Salji atau Snowman juga sering mewarnai kemeriahan perayaan Krismas. Asal-usul Orang Salji masih tidak dapat dipastikan namun ilustrasi Orang Salji dapat ditemui di dalam buku ‘Book of Hours’ yang bertarikh 1380 di The Hague. Kemungkinan besar, penggunaan Orang Salji digunakan lebih lama daripada tarikh tersebut.

Orang Salji paling besar pernah dibina adalah yang dibina di 2008 di Bethel, Maine. Orang Salji tersebut berdiri setinggi 37.21 meter dan dinamakan Olympia sempena Senator Parti Republikan Amerika Syarikat, Olympia Snowe.

Perkataan Krismas sering disingkat menjadi ‘Xmas’. Ia diambil daripada abjad Greek yang ke-22 iaitu ‘X’. Sebutan ‘X’ memberikan bunyi seperti ‘Christ’ dan lama-kelamaan menjadi singkatan kepada perkataan Krismas.

Jadi, kepada sesiapa yang mengatakan Krismas adalah perayaan untuk menyambut kelahiran Isa a.s. adalah silap sama sekali kerana asal Krismas adalah daripada perayaan Pagan yang kemudiannya diadaptasikan ke dalam agama Kristian setelah penganut pagan bertukar menjadi Kristian.
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    SAMBUTAN HARI NATAL / CHRISTMAS 25 DISEMBER... Tarikh kelahiran Jesus Christ bukan jatoh pada 25 Disember, seperti yg telah diseleweng oleh Pagan lalu diciplak oleh Gereja Kristian. Jika Pak Jesus lahir pada tanggal 25 Disember, bermakna beliau berzodiak Capricorn (The Goat) masterpiece of earth resourses. Dari sejarah dan riwayat Pak Jesus langsong tidak berwatak seorang Capricorn, tetapi beliau lebeh berat bercirikan watak2 zodiak Pisces (The Fishers) the Illusioner...

    Pisces is The House of Mystery and Sorrow, Illusion and Ending. Neptune the foggy smoky planet is the ruler in Pisces. In Numerology nos. 7, 16 and 25 are considered as under the rulership of Neptune. Mars (No.9) is debilitated in Pisces, but Venus (No.6) is exalted at 27 degree Pisces. Neptune has now visits in it's own house Pisces from year 2012 until 2025, an ideal times for the globalists. It's influence as we can see now the rise of vapour electric cigarettes through out the world, etc...


  2. Anonymous Says:

    AGE OF PISCES VS AGE OF AQUARIUS...

    THE DECLINING AGE OF PISCES... So Jesus was a Pisces descendant born in the Age Of Pisces. Pisces is considered as the House Of Sorrow or Burden, that was what had happened to Jesus Christ. During the "Age Of Pisces" was the rise of Christianity and the Churches Institutions. We are now at the "Ending Age Of Pisces". What does this mean..??

    As predicted by Nostradamus, the emerging of the Al-Mahdi there will be a "New Islamic World Religion". The influences and dominations of Christianity and the Vatican City Church in Europe will start to decrease and fall. Christianity will be evacuated to Germany the Pagan Land, where it's false doctrine the Pagan Ritual was adopted...

    THE GLORIOUS AGE OF AQUARIUS.... Pluto the Master Transformer is now in Capricorn and will stay there until year 2024. When is the exact date the rising Of "The New Age"..?? Only God knows... We are now at the "Dawning Age Of Aquarius". Just "Wellcome Aquarius" the "Water Bearer / Air Waves...."


  3. Anonymous Says:

    PISCES THE HOUSE OF ENDING, SORROW & BURDENS....

    A Piscian is aka an "Old Soul In A Young Body". Koq begitu sedikit gambaran kelahiran dan penanggungan Pak Jesus. Beliau dibilangkan Nabi yg paling malang, karna hidup fakir dan papa kedana. Diawal2 kelahirannya lagi sudah dituduh "Anak Luar Nikah", karna kewujudannya dia "Tiada Bapak tetapi ada Ibuk". Maka lantas beliau diidentitikan dgn panggilan "Isa binti Mariam". Diusia remajanya pula beliau tidak pernah bernikah, makanya masakan beliau punyai anak penyambong zuriat. Beliau dituduh pembawa penyebar Agama Sesat, lantas dijatuhi hukuman disalib. Setelah beliau terselamat dari disalib, beliau muncul maseh hidup lagi. Atas kepelikan ini, lantas puak Kristen bilang "Jesus Anak Tohan"...

    Utk tutup kelemahan identiti kelahiran Pak Jesus, Nabi bagi Bani Nasara, lantas pihak Gereja dan Kristen telah pinda ubah tarikh lahir Pak Jesus, dari Pisces (Mac) keCapricorn (Disember). Semuanya bermula dari peristiwa disalib "Lambang Cross". Maka termaktob tanggal 25 Disember dijadikan tarikh lahirnya, lantas disambot Hari Natal/Kismas. Maknanya dari Pisces a Mutuble Sign telah diubah kepada Capricorn a Cardinal Sign. Dlm Cardinal Sign ada 4 Zodiak - Capricorn/Cancer, Aries/Libra. Kalo digabongkan itu yg jadi lambang "Cross", yg miliki 4 unsur - Tanah, Air, Api, Angin, dsbnya lagi.... Maka bayangannya seperti dlm movie "The Angels & Devils".. Kesimpulannya : Tarikh 25 Disember dan lambang2 Kristianity semuanya itu adalah reka2an bersesuaian dgn nafsu dan akal puak2 Gereja dan Kristen semata2....

    Tanggal 25 Disember is a Winter Sign. Bageimana pula hari Ahad (Sunday) dijadikan hari sembahyang bagi puak Kristen diGereja..?? Kalo dibukakan kenapa Greja dan Kristen pilih hari Ahad (Sunday) hari mulia bagi mereka? Kalo dikhabarkan nanti akan ketahuan ribot2an hahaha... siapa dia "Bapak Kandong" kepada Pak Jesus...