Elias Hj Idris
Jahil yang membawa kepada murtad!

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ahad melabelkan Umno sebagai parti murtad kerana mendakwa parti itu menolak Islam daripada dasar perjuangannya.


Menurutnya bukan sahaja Umno, malah mana-mana pihak yang memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.

“Timbul masalah murtad, katanya sebab paderi Kristian, tapi saya kata tidak (kerana) orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam.

“Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam. Macam lekehkan benda salah…macam ubat habis tempoh dia buang. Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?

“Murtad ini bukan (hasutan) daripada paderi Kristian, tapi daripada orang Melayu sendiri yang tolak Islam, (maknanya) yang tolak Islam dia murtad. Agama apa Umno pakai? Apabila umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka (adakah) Umno itu Kristian, Buddha atau tak ada agama?” katanya kepada pemberita pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini.

Haa... yang ni memang sengaja cari pasal - murtad!

Diminta penjelasan sama ada beliau menjatuhkan hukum murtad kepada Umno selepas mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Abdul Aziz berkata: “Tak kira siapa pun…tak kira kalau tok guru (agama) sekalipun, kalau murtad…murtad lah.

Mempermainkan syahadah... murtad!

“Usahkan Umno, tok guru berserban atau berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara hati (niat bahawa) Islam tak guna… (maka) dia murtad walaupun tak ada mufti beritahu. Kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna…dia murad.”



Sian Umno... tak pasal2 je!

Ditanya pada pandangannya adakah Umno telah memperlekehkan Islam sehingga layak dilabel sebagai murtad, Menteri Besar Kelantan itu berkata: “Tak lekeh apa - dia buang Islam.”

Sebelum ini Nik Abdul Aziz pernah menimbulkan kontroversi apabila menuduh Umno dengan pelbagai gelaran, termasuk melabelkan parti itu sebagai kafir kerana tidak memperjuangkan negara Islam.


http://penpasksgb.blogspot.com/2012/11/nik-aziz-umno-parti-murtad.html

p/s: Diharap semua baca full text..bukan ikut media utama seperti Utusan.
0 Responses