Elias Hj Idris
Restoran Syeikh Huang-ti

Diam tak diam dah pun 9 bulan restoran ini beroperasi - sejak 11. 11. '11 lalu; selepas diambil-alih daripada operator seorang India muslim yang mengusahakan pasembur di bekas sebuah kopitiam yang menghadapi masalah kehalalan 'white coffee'nya kesan tindakan oleh pihak berkuasa agama - JAKIM.

Chef terkemuka tanpa ijazah - sejak 1986

Langkah pertama adalah memadamkan segala imej lama restoran ini - dari sebuah kopitam dan pasembur mamak kepada kedai Melayu sejati. Menunya, Melayu asli dengan segala jenis nasi goreng, mi, bihun serta ditambah dengan masakan a la carte, tomyam dan masakan ala Barat seperti steak, chicken chop & lamb chop.

Stimbot: Korean style

Sajian utama di sini adalah stimbot; yang terdiri daripada 3 jenis - set biasa, set sukithai (dibakar dgn arang) dan set Korean style. Kuah celurnya 2 jenis - tomyam dan sup. Agak berlainan kuah tomyam di sini jauh berbeza daripada kebanyakan yang diperoleh di tempat lain. Ia penuhi cita rasa - masam, pedas, lemak dan kecap-kecap manis perasa daun dan air limau.

Menu utama yang lain ialah seperti nasi goreng pattaya komando, nasi goreng USA specials, nasi goreng caca-marba, nasi goreng kambing, nasi sayur Chinese style dan kanji Arab.

Kanji Arab + jus oren

Tidak ketinggalan untuk jamu selera seisi keluarga - ada banyak pilihan set hidangan; Set A (2-3 orang) dengan lauk ikan bawal goreng kunyit, sweet 'n sour, bawal tiga rasa, kembung masak pedas; set B (4-6 orang) dengan siakap sweet 'n sour, siakap tiga rasa, siakap kukus ataupun siakap masak pedas dan set C (8-12 orang) dengan lauknya yang bertambah banyak - siakap masak pedas + bawal sweet 'n sour, siakap sweet 'n sour + bawal masak pedas, siakap kukus + bawal goreng kunyit atau siakap masak kicap halia + bawal sweet 'n sour.

Siakap 3 rasa: kuahnya baru 30%... ada lagi!

Bawal 3 rasa

 Pun begitu restoran ni tetap popular dengan masakan ala-Baratnya; yang terdiri daripada chicken chop (fried 'n grilled), lamb chop serta sirloin steak 'n sizzling steak. Kuahnya terdiri daripada 'oriental' (perasa limau sunkist), mushroom (cendawan) dan black pepper (sos lada hitam) yang diproses sendiri mengikut adunan tradisi - iaitu BUKAN sos dari botol yang terjual di kedai!


Chicken chop - sos 'oriental'

Chicken chop - sos mushroom


Lamb chop - sos black pepper

Dalam pada itu kami turut menyediakan set-set hidangan untuk seisi keluarga; Set Hidangan 'A' untuk 2-3 orang dengan nasi putih dikawankan dengan bawal sweet 'n sour, tomyam, sayur campur, telur dadar dan sambal belacan. Bawal tu boleh juga dibuat goreng kunyit atau 2 ekor ikan kembung masak pedas atau bawal 3 rasa.

Set Hidangan 'B', iaitu cukup untuk 4-6 orang siap dengan lauk siakap sweet 'n sour, baby sawi bersos tiram, daging masak merah, tomyam, telur dadar dan sambal belacan. Ada juga ikan siakap yang dimasak 3 rasa beserta ayam masak pedas, udang goreng tepung, kangkung goreng belacan, tomyam, telur dadar dan sambal belacan.

Set Hidangan 'B' (4-6 orang)

satu lagi set hidangan ini siap dengan nasi putih untuk 4-6 orang juga disertai lauk siakap kukus, ayam masak lada hitam, telur bistik Thai, kangkung goreng belacan dan sambal belacan. Satu lagi pilihan ialah nasi putih bersama siakap masak pedas, ayam masak merah, tomyam, telur bungkus, kailan ikan masin dans ambal belacan.

Ada lagi satu jenis set hidangan, iaitu untuk 8-12 orang makan. Bezanya, ada pertambahan ikan bawal goreng kunyit atau bawal sweet 'n sour atau bawal masak pedas. Di mana ayam masak lemon, kailan ikan masin, daging masak merah, tomyam, telur dadar dan sambal belacan diperuntukkan 2 piring setiap satu.

Pada yang lain ada ayam masak lada hitam, udang masak halia atau sotong masak sambal atau sotong goreng tepung mengikut jenis setnya. Telur bistik Thai pun ada juga.

Telur bistik Thai

1 Response
  1. Restoran ini telah berpindah apabila premis ini kononnya hendak ditempati sebuah cawangan bank terkemuka.

    Kami diarahkan pindah oleh tuan punya menjelang Tahun Baru Cina beberapa bula yang lalu.

    Kami berpindah dalam keadaan tergesa-gesa; menjual segala apa yang ada disebabkan ketiadaan premis baru untuk menjalankan perniagaan.

    Akhirnya, kami mendapat tempat - di sebuah gerai Majlis Perbandaran bersebelahan dengan pada Hospital Besar; di hadapan Kem Taming Sari di laluan ke Pejabat Pendidikan Daerah.

    Ia sebuah premis yang terhadap keluasannya. Jadi banyak di antara menu yang tidak dapat diadakan.

    Selepas raya Idilfitri ini set hidangan bakal diadakan semula; siakap, bawal n kembung lauknya.