Elias Hj Idris
Tokoh maki-hamun Wahhabi dari 'darat' Terengganu:
1 drp 4 si buta (agama) dengan gajah! - (bukan watak sebenar - pengarang)

Tentang sejarah berdirinya Wahabi maka kami berusaha menulis dengan asal-usul dan sejarah perkembangannya semaksimum mungkin berdasarkan pelbagai sumber dan rujukan kitab-kitab yang dapat dipertanggung-jawabkan, di antaranya Fitnatul Wahabiyah karya Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, I'tirofatul Jasus AI-Injizy pengakuan Mr. Hempher, Daulah Utsmaniyah dan Khulashatul Kalam karya Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, dan lain-lain.

Nama aliran Wahhabi ini diambil dari nama pencetus ideanya, Muhammad bin Abdul Wahhab (lahir di Najed tahun 1111H / 1699M). Asal mulanya dia seorang pedagang yang sering berpindah dari satu negara ke negara lain dan di antara tempat yang pernah disinggahinya adalah Baghdad, Iran, India dan Syam. Kemudian pada tahun 1125H / 1713M, dia terpengaruh oleh seorang orientalis Inggeris bernama Mr. Hempher yang bekerja sebagai mata-mata Inggeris di Timur Tengah. Sejak itulah dia menjadi alat bagi Inggeris untuk menyebarkan ajaran barunya. Pihak Inggeris memang telah berhasil mendirikan sektor-sektor bahkan agama baru di kalangan umat Islam seperti Ahmadiyah dan Baha'isme. Bahkan Muhammad bin Abdul Wahhab ini juga termasuk dalam target program kerja kaum penjajah dengan aliran bernama Wahhabi.

Pada mulanya Muhammad bin Abdul Wahhab hidup dalam lingkungan sunni pengikut mazhab Hanbali, di mana ayahnya Syeikh Abdul Wahhab adalah seorang sunni yang baik, begitu juga dengan guru-gurunya. Namun sejak mula ayah dan para gurunya telah mempunyai firasat yang kurang baik tentang dirinya - bahawa dia akan sesat dan bakal menyebarkan kesesatan. Bahkan mereka mengingatkan ramai orang agar berhati-hati dengannya. Ternyata ia tidak makan masa yang lama apabila firasat itu didapati benar.

Setelah hal itu terbukti ayahnya menentang dan memberi peringatan khusus kepadanya. Bahkan saudara kandungnya, Sulaiman bin Abdul Wahhab, seorang ulama' besar dari mazhab Hanbali, telah menulis buku bantahan kepadanya dengan judul 'As-Sawa'iqul Ilahiyah Fir Raddi Alal Wahhabiyah'. Tidak ketinggalan pula salah seorang gurunya di Madinah, Syeikh Muhammad bin Sulaiman AI-Kurdi as-Syafi'i telah menulis surat berisi nasihat:

"Wahai Ibn Abdil Wahhab, aku menasihatimu kerana Allah, tahanlah lisanmu dari mengkafirkan kaum muslimin, jika kamu dengar seseorang yang meyakini bahawa orang yang ditawassuli bisa memberi manfaat tanpa kehendak Allah, maka ajarilah dia dengan kebenaran dan terangkan dalilnya bahawa selain Allah tidak bisa memberi manfaat maupun madarat. Kalau dia menentang bolehlah dia kamu anggap kafir, tapi tidak mungkin kamu mengkafirkan As-Sawadul A'dham (kelompok majoriti) di antara kaum muslimin kerana kamu menjauh dari kelompok terbesar.... Orang yang menjauh dari kelompok terbesar lebih dekat dengan kekafiran, sebab dia tidak mengikuti jalan muslimin".

Sebagaimana yang diketahui bahawa mazhab Ahlus Sunah sampai ke hari ini adalah kelompok terbesar dalam Islam. Allah berfirman: "Dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu (Allah biarkan mereka bergelimang dalam kesesatan) dan kami masukkan ia ke dalam jahannam, dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali (QS: An-Nisa 115)

Siapakah agaknya dia ini? Ketika masih menjadi pedagang...

Salah satu daripada ajaran yang diyakini oleh Muhammad bin Abdul Wahhab adalah mengkufurkan kaum muslim sunni yang mengamalkan tawassul, ziarah kubur, maulid nabi, dan lain-lain. Berbagai dalil tepat yang diberikan oleh ahlus Sunnah wal Jama'ah berkaitan dengan tawassul, ziarah kubur serta maulid, tetapi ditolak tanpa alasan yang dapat diterima. Bahkan lebih dari itu, justru berbalik dia mengkafirkan kaum muslimin sejak 600 tahun sebelumnya, termasuk guru-gurunya sendiri!

Pada satu kesempatan seseorang bertanya pada Muhammad bin Abdul Wahhab, "Berapa banyak Allah membebaskan orang dari neraka pada bulan Ramadhan?" Dengan segera dia menjawab, "Setiap malam Allah membebaskan 100 ribu orang, dan di akhir malam Ramadan Allah membebaskan sebanyak hitungan orang yang telah dibebaskan dari awal sampai akhir Ramadan".

Lelaki itu bertanya lagi, "Kalau begitu pengikutmu tidak mencapai satu persen pun dari jumlah tersebut, lalu siapakah kaum muslimin yang dibebaskan Allah? Dari manakah jumlah sebanyak itu? Sedangkan engkau membatasi bahawa hanya pengikutmu saja yang muslim. Mendengar jawaban itu Ibn Abdil Wahhab pun terdiam seribu bahasa. Sekalipun demikian Muhammad bin Abdul Wahhab tetap tidak menghiraukan nasihat ayahnya dan para gurunya itu.

Dengan berdalihkan pemurnian ajaran Islam, dia terus menyebarkan ajarannya di sekitar wilayah Najed. Orang-orang yang cetek pengetahuan agamanya banyak yang terpengaruh. Termasuk di antara pengikutnya adalah penguasa Dar'iyah, Muhammad bin Saud (meninggal tahun 1178H / 1765M), iaitu pendiri dinasti Saudi, yang kemudiannya menjadi mertuanya sendiri. Dia mendukung secara penuh dan memanfaatkan untuk memperluas wilayah kekuasaannya. Ibn Saud sendiri sangat patuh pada perintah Muhammad bin Abdul Wahhab. Jika dia menyuruh untuk membunuh atau merampas harta seseorang maka dia segera melaksanakannya dengan keyakinan bahawa kaum muslimin telah kafir dan syirik selama lebih 600 tahun, dan lebih teruk lagi apabila membunuh orang musyrik dijamin surga.

Sejak semula Muhammad bin Abdul Wahhab sangat gemar mempelajari sejarah nabi-nabi palsu seperti Musailamah Al-Kadzdzab, Aswad Al-Ansiy, Tulaihah Al-Asadiy dll. Agaknya mungkin dia punya keinginan untuk mengaku nabi juga! Ini dapat dilihat ketika ia menyebut kepada para pengikut dari daerahnya dengan julukan Al-Ansar, sedangkan pengikutnya dari luar daerah dipanggil Al-Muhajirin. Kalau seseorang yang ingin menjadi pengikutnya, dia harus mengucapkan dua syahadat di hadapannya kemudian harus mengakui bahawa sebelum masuk Wahhabi diri mereka itu adalah musyrik, begitu pula kedua orang tuanya. Mereka juga diharuskan mengakui bahawa para ulama besar sebelumnya telah mati kafir. Kalau mahu mengakui hal tersebut maka mereka diterima menjadi pengikutnya; kalau tidak mereka itu terus sahaja dibunuh.

Watak yang biasa di  facebook & TKO Online;
gemar merendah-rendahkan orang yang tidak sealiran.
Maki-hamun pun tidak terkecuali. Asal dari ceruk banat Terengganu;
1 drp 4 orang buta dengan gajah dalam agama!

Muhammad bin Abdul Wahhab juga sering merendah-rendahkan Nabi saw dengan dalih pemurnian akidah. Dia membiarkan para pengikutnya memperlecehkan Nabi saw di hadapannya, hinggakan ada seorang pengikut berkata; "Tongkatku ini masih lebih baik dari Muhammad, kerana tongkatku masih bisa digunakan untuk membunuh ular, sedangkan Muhammad telah mati dan tidak tersisa manfaatnya sama sekali."

Muhammad bin Abdul Wahhab di hadapan pengikutnya berlagak tak ubah seperti Nabi yang berada di hadapan umatnya. Pengikutnya semakin bertambah banyak dan wilayah kekuasaan ikut semakin luas. Mereka bekerja sama untuk membenteras tradisi yang dianggapnya keliru dalam masyarakat Arab seperti tawassul, ziarah kubur, peringatan maulid dan sebagainya. Adalah tidak menghairankan apabila para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab ini terus menyerang makam-makam yang mulia. Bahkan, pada tahun 1802 mereka bertindak menyerang Karbala-Iraq, tempat dikebumikan jasad cucu Nabi Muhammad saw, iaitu Husein bin Ali bin Abi Thalib. Ia berpunca apabila makam itu dianggap tempat munkar yang berpotensi utnuk syirik kepada Allah!

Dua tahun kemudian mereka menyerang Madinah, sambil menghancurkan kubah yang ada di atas kuburan, menjarah hiasan-hiasan yang ada di Hujrah Nabi Muhammad saw.
Lanjutan daripada itu mereka masuk ke Mekah pada 1806H, dan merosakkan kiswah, iaitu kain penutup Kaabah yang diperbuat daripada sutera. Kemudian mereka merobohkan puluhan kubah di Ma'ala, termasuk kubah tempat kelahiran Nabi saw, tempat kelahiran Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Ali, malah tidak ketinggalan kubah Sayyidatuna Khadijah, masjid Abdullah bin Abbas.

Mereka turut menghancurkan mesjid dan tempat-tempat kaum solihin sambil bersorak-sorai, menyanyi dan dengan diiringi paluan gendang. Mereka bertindak mencaci-maki ahli kubur bahkan sebahagian daripada mereka bertindak kencing di atas kuburan kaum solihin tersebut. Gerakan kaum Wahhabi ini telah membuatkan Sultan Mahmud II, iaitu penguasa Kerajaan Bani Uthmaniah di Istanbul, Turki menjadi murka. Dikirimlah perajuritnya yang bermarkas di Mesir, di bawah pimpinan Muhammad Ali untuk melumpuhkannya. Pada tahun1813, Madinah dan Mekah bisa direbut kembali. Kesannya, gerakan Wahhabi ini mulai surut. Namun pada awal abad ke-20, Abdul Aziz bin Sa'ud bangkit kembali menjunjung fahaman Wahhabi ini.

Pada tahun 1924 dia berhasil menduduki Mekah, lalu ke Madinah dan Jeddah sambil memanfaatkan kelemahan Turki akibat kekalahan dalam Perang Dunia I. Sejak itu, hingga kini fahaman Wahhabi terus berpengaruh mengungguli pemerintahan di Arab Saudi. Dewasa ini pengaruh gerakan Wahhabi bersifat global. Kerajaan Bani Sa'ud yang berpengkalan di Riyadh telah mengeluarkan jutaan USD setiap tahun untuk menyebarkan ideologi Wahhabi ini ke serata dunia. Malah perlu diingat sejak munculnya gerakan Wahhabi ini dunia Islam sudah tidak pernah aman dan tenang apabila ia penuh dengan pergolakan pemikiran, sebab kelompok ekstrem ini selalu menghalau pemikiran dan pemahaman agama Sunni-Syafi'i yang sudah mapan dan lama bertapak.

Kekejaman dan kejahilan Wahhabi lainnya adalah berpunca daripada tindakan meruntuhkan kubah-kubah di atas makam para sahabat Nabi saw yang ada di Ma'ala (di Mekah), Baqi' dan Uhud (di Madinah) yang kesemuanya diruntuh dan diratakan dengan mengunakan dinamit penghancur. Demikian juga kubah di atas tanah Nabi saw dilahirkan, iaitu di Suq al Leil telah diratakan dengan tanah dengan menggunakan dinamit dan dijadikan tempat parkir unta! Namun dek kerana kuatnya desakan kaum muslimin antarabangsa maka dibangun perpustakaan di situ. Kaum Wahhabi langsung tidak pernah menghargai peninggalan sejarah dan menghormati nilai-nilai luhur Islam. Semula AI-Qubbatul Khadra (kubah hijau) tempat Nabi Muhammad saw dimakamkan juga bakal dihancur dan diratakan, tetapi dengan ancaman dunia Islam antarabangsa maka orang-orang biadab itu menjadi takut dan mengendurkan niat jahat mereka. Begitu juga seluruh rangkaian yang menjadi manasik haji akan dimodifikasi termasuk maqom Ibrahim akan digeser,tetapi dek kerana banyak pihak yang menentangnya maka hasrat tersebut telah disurutkan.

Pengembangan kota suci Mekah dan Madinah akhir-akhir ini tidak mempedulikan kesan-kesan sejarah Islam. Semakin habis bangunan yang menjadi saksi sejarah Rasulullah saw dan sahabat baginda. Bangunan itu dibongkar kerana khuatir kononnya ia bakal dijadikan tempat keramat! Bahkan sekarang, tempat kelahiran Nabi saw ikut terancam akan dibongkar untuk pengluasan tempat parkir. Sebelumnya, rumah Rasulullah saw pun sudah lebih dulu dilenyapkan. Padahal, di situlah Rasulullah saw berulang-ulang menerima wahyu. Di tempat itu juga putera-puteri baginda dilahirkan serta Saidatina Khadijah meninggal dunia.

Islam dengan tafsiran kaku yang dipraktikkan oleh wahhabisme memainkan peranan penting dalam pemusnahan ini. Kaum Wahhabi memandang kesan-kesan sejarah itu bisa mengarah kepada pemujaan berhala baru. Pada bulan Julai yang lalu, Sami Angawi, seorang pakar kejuruteraan Islam di wilayah tersebut mengatakan bahawa terdapat beberapa bangunan dari era Islam kuno kini terancam musnah. Pada lokasi bangunan berumur 1,400 tahun itu bakal dibina jalan menuju ke menara tinggi yang menjadi tujuan ziarah jamaah haji dan umrah.

"Saat ini kita tengah menyaksikan saat-saat terakhir sejarah Mekah. Bahagian bersejarahnya akan segera diratakan untuk dibangunkan tempat parkir," katanya kepada Reuters. Angawi menyebut setidak-tidaknya 300 buah bangunan bersejarah di Mekah dan Madinah telah dimusnahkan sepanjang 50 tahun terakhir ini. Bahkan sebahagian besar bangunan bersejarah Islam telah pun punah-ranah semenjak Arab Saudi didirikan pada tahun 1932.

Hal tersebut berhubungan dengan maklumat yang dikeluarkan Dewan Keagamaan Senior Kerajaan pada tahun 1994. Dalam maklumat tersebut tertulis, "Kewujudan bangunan-bangunan bersejarah berpotensi menggiring umat muslim kepada penyembahan berhala".

Nasib kesan-kesan bersejarah Islam di Arab Saudi memang sangat menyedihkan. Mereka telah banyak menghancurkan peninggalan-peninggalan Islam sejak masa Ar-Rasul saw. Semua jerih payah Rasulullah saw itu habis lenyap oleh modernisasi ala Wahhabi mereka. Sebaliknya, mereka membawa pula para arkeologi (ahli purbakala) dari seluruh dunia dengan biaya ratusan juta dollar untuk menggali peninggalan-peninggalan sebelum Islam - baik yang dari kaum jahiliyah maupun sebelumnya dengan alasan 'kesan purba yang harus dikekalkan'. Kemudian dengan bangga mereka menunjukkan kepada dunia bahawa zaman pra-Islam telah menunjukkan kemajuan-kemajuan yang luar biasa! Secaara tidak langsung tindakan ini merupakan satu usaha pelenyapan bukti sejarah yang bakal menimbulkan keraguan di sanubari umat Islam di kemudian hari.

Gerakan Wahhabi ditunjangi oleh para jurudakwah yang radikal dan ekstrim. Mereka menebarkan kebencian serta permusuhan dan didukung oleh sumber kewangan yang cukup besar. Mereka sinonim menuduh golongan Islam yang tidak sejalan dengan mereka sebagai kafir, syirik dan ahli bid'ah. Itulah ungkapan yang selalu dimainkan di setiap kesempatan. Mereka langsung tidak pernah mengakui jasa-jasa para ulama Islam dari sudut manapun kecuali dari kalangan kelompok mereka sendiri. Di negara sebelah sini mereka menaruh dendam dan kebencian yang mendalam terhadap para Wali Songo yang diketahui ramai telah menyebarkan dan mengislamkan sekelian penduduk di daerah sini.

Mereka mengatakan ajaran para wali itu masih bercampuran antara kemusyrikan Hindu dan Budha. Padahal para wali itu telah mengislamkan 90% daripada penduduk Indonesia. Soalnya, mampukah Wahhabi-wahabi itu mengislamkan baki yang 10%  itu sahaja? Mempertahankan yang 90 % dari terkaman orang kafir dan murtad sahaja takkan mampu, apalagi mahu menambah 10 % sisanya lagi. Justru mereka dengan mudah mengkafirkan orang-orang yang dengan nyata bertauhid kepada Allah swt. Jika bukan kerana rahmat Allah yang mentakdirkan para Wali Songo untuk berdakwah ke negeri kita ini, sudah tentu orang-orang yang menjadi pecacai kaum Wahhabi itu masih berada dalam kepercayaan animisme, penyembah berhala atau masih kafir. (Naudzu billah min dzalik).

Oleh itu janganlah dipercayai kalau mereka sering mengaku sebagai fahaman yang hanya berpegang teguh pada Al-Qur'an dan As-Sunnah. Mereka berdalih mengikuti keteladanan kaum salaf apa lagi mengaku sebagai golongan yang selamat dan sebagainya. Ia semua omong kosong belaka. Mereka telah menoreh catatan hitam dalam sejarah dengan membantai ribuan orang di Mekah dan Madinah serta daerah lain di wilayah Hijaz (yang sekarang dinamakan Saudi). Tidakkah anda ketahui bahawa yang dibantai waktu itu terdiri daripada kalangan ulama yang soleh dan alim, bahkan anak-anak serta wanita pun mereka bantai di hadapan ibunya. Tragedi berdarah ini terjadi sekitar tahun 1805.

Kesemua itu dilakukan dengan dalih untuk memberantas bid'ah, padahal bukankah nama Saudi itu sendiri adalah suatu nama bid'ah? Mana mungkin nama negeri baginda Rasulullah dengan sewenang-wenang digantikan dengan nama satu keluarga kerajaan yang bertindak sebagai pendukung fahaman Wahhabi, iaitu As-Sa'ud?

Sungguh Nabi saw telah memberitakan akan datangnya fahaman Wahhabi ini dalam beberapa hadis. Ini merupakan tanda kenabian baginda saw dalam memberitakan sesuatu yang belum terjadi. Seluruh hadis-hadis ini adalah shahih, sebagaimana terdapat dalam kitab shahih BUKHARI & MUSLIM dan lainnya. Di antaranya: "Fitnah itu datangnya dari sana, fitnah itu datangnya dari arah sana," sambil menunjuk ke arah timur (Najed). (HR. Muslim dalam Kitabul Fitan)

"Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca Al-Qur'an namun tidak sampai melewati kerongkongan mereka (tidak sampai ke hati), mereka keluar dari agama seperti anak panah yang keluar dari busurnya, mereka tidak akan bisa kembali seperti anak panah yang tidak akan kembali ke tempatnya, tanda-tanda mereka ialah bercukur (gondol)." (HR Bukho-ri no 7123, Juz 6 hal 20748). Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah, Abu Daud, dan Ibnu Hibban

Nabi saw pernah berdo'a: "Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara Syam dan Yaman," Para sahabat berkata: Dan dari Najed, wahai Rasulullah, beliau berdo'a: "Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara Syam dan Yaman... dan pada yang ketiga kalinya baginda saw bersabda: "Di sana (Najed) akan ada kegoncangan fitnah serta di sana pula akan muncul tanduk syaitan." Dalam riwayat lain dikatakan dua tanduk syaitan.

Dalam hadis-hadis tersebut dijelaskan, bahwa tanda-tanda mereka adalah bercukur (gondol). Dan ini adalah merupakan nas yang jelas ditujukan kepada para penganut Muhammad bin Abdul Wahhab kerana dia telah memerintahkan setiap pengikutnya agar mencukur rambut kepala hingga mereka yang mengikuti tidak diperbolehkan berpaling dari majlisnya sebelum bercukur gondol. Hal seperti ini tidak pernah terjadi pada aliran-aliran sesat lain sebelumnya. Seperti yang telah dikatakan oleh Sayyid Abdurrahman Al-Ahdal: "Tidak perlu kita menulis buku untuk menolak Muhammad bin Abdul Wahhab, kerana sudah cukup ditolak oleh hadis-hadis Rasulullah saw itu sendiri yang telah menegaskan bahawa tanda-tanda mereka adalah bercukur (gondol), kerana ahli bid'ah sebelumnya pun tidak pernah berbuat demikian."

Al-Allamah Sayyid AIwi bin Ahmad bin Hasan bin Al-Quthub Abdullah AI-Haddad menyebutkan dalam kitabnya Jala'udz Dzolam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abbas bin Abdul Muthalib dari Nabi saw: "Akan keluar di abad kedua belas nanti di lembah BANY HANIFAH seorang lelaki, yang tingkahnya bagaikan sapi jantan (sombong), lidahnya selalu menjilat bibirnya yang besar, pada zaman itu banyak terjadi kekacauan, mereka menghalalkan harta kaum muslimin, diambil untuk berdagang dan menghalalkan darah kaum muslimin". AI-Hadits.

** BANY HANIFAH adalah kaum nabi palsu Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad bin Saud. Kemudian dalam kitab tersebut Sayyid AIwi menyebutkan bahawa orang yang tertipu ini tiada lain ialah Muhammad bin Abdul Wahhab. Adapun mengenai sabda Nabi saw yang mengisyaratkan bahawa akan ada kegoncangan dari arah timur (Najed) dan dua tanduk setan - sebahagian ulama mengatakan bahawa yang dimaksud dengan dua tanduk setan itu tiada lain adalah Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad Ibn Abdil Wahab.

Pengasas ajaran Wahhabiah ini meninggal dunia pada tahun 1206H / 1792M, apabila seorang ulama' mencatat tahunnya dengan hitungan abjad: "Ba daa halaakul khobiits" - telah nyata kebinasaan bagi 'Orang yang Keji'. (Masun Said Alwy)

Oleh: Adi Amz (alhabaib.blogspot.com)

Komen: Wahhabi takkan sama dengan Ahlus-sunnah wal-jamaah. Penerusan agenda Yahudi laknatullah yang mahukan umat Islam (seluruhnya!) ikut masuk ke 'lubang biawak'; masuk neraka Allah swt sebagaimana yang telah tercatat di akhir surah Al-Fatehah - '...di kalangan mereka yang dimurkai dan sesat!'
14 Responses
  1. Anonymous Says:

    Assalamualaikum

    Apa yang tuan paparkan ini agak memeranjatkan saya yang cetek pengetahuan ini. Saya tak sangka wahabi sampai begitu teruk seperti yang digambarkan. Benarkah????


  2. manutoma Says:

    SETAHU SAYA WAHABI MENGAJARKAN UNTUK KEMBALI KEPADA KEMURNIAN AJARAN ISLAM MENURUT KITAB SUCI AL QUR'AN DAN HADIST SHAHIH, TERUTAMA MENENTANG PEMAHAMAN DAN IMPLEMENTASI YANG MENGARAH DAN MENJURUS KESYIRIKAN SEHINGGA MERUSAK AQIDAH DAN KETAUHIDAN UMAT ISLAM. JIKA KESYIRIKAN DIPERANGI MAKA AKAN BANYAK YANG MENENTANG DAN MENYEBARKAN FITNAH KEPADA KEBENARAN AJARAN KEMURNIAN ISLAM. HATI-HATI DALM BERSIKAP DAN BERPIKIR.


  3. Anonymous Says:

    Saya setuju dgn anda..orang ini benar2 menyesatkan..ahli bid'ah yang patut diwaspadai tulisan2nya..


  4. bisri Says:

    Hei anda yg pengecut jgn berlagak bego ya..pura pura jadi orang awam tp berani membidah orang..ini fakta sejarah. Buka mata da fikiran anda belajar pada alim ulama..contoh bukti kebenaran ahli sunnah bisa dilihat ketika masih minoritas dan ketika sdh berkuasa. Ahli sunnah jg Nabi Muhammad ketika masih minoritas beliau berdakwah dg santun. Setelah berkuasa beliaupun tetap menjamin dan melindungi hak mrk yg berbeda keyakinan..coba anda tengok wahabi ketika masih minoritas kerjanya menjadi tukang fitnah dg membid,ah dan mengkafirkan..seperti kelakuan anda dan wahabi salafy lainnya..nah sekarang lihat wahabi telah berkuasa dg di dukung kerajaan kuat saudi arabia..mereka menindas merampas bahkan membunuh mrk yg berbeda paham dg mereka..azal tahu saja skrg di arab saudi sdh lenyap yg namanya pendidikan. Mazhab kaum sunni..masih untung kamu di Indonesia masih diberi kebebasan berbual seenaknya..mestinya anda semua mikr..tp dasar mata hati kalau sdh terdokrin dg wahabi..mmg akan buta dan gelap dg cahaya nurrullah...naudzubillah min dzalik..


  5. Anonymous Says:

    Kebenaran akan terbukti suatu saat nanti, bila kaum islam d saudi mengaku dirinya muslim ta'at n benar mengapa mereka membiarkan saudara kita d palestina dbantai , trs mengapa mereka malah pro negara non muslim.


  6. Wahhabi tetap bukan ASWJ (Ahlussunnah wal-jamaah)... penipu besar di abad ini dan selamanya.


  7. Anonymous Says:

    DOKTRIN WAHABBI.... Muhammad bin Abdul Wahab, ulamak Dajjal mata satu yg diupah oleh Regim Saudi juga Dajjal mata satu. Setelah Bani Saud sang Lanun Padang Pasir berjaya menjajah bumi Arab AlJazeera hasil pakatan licik Dajjal Illuminati, maka perlu ada satu "doktrin baru" yg bisa diterima oleh Dunia Islam. Maka bermulalah Doktrin Wahabbi direkacipta diciplak dirampok dari Mazhab2 yg empat, kononnya supaya nampak Islamic, tetapi sebaliknya mempertahankan Regim Saudi Dajjal =_* mata satu.

    Antara kesan2 pelantak Sang Wahabbi antaranya telah hampir ranap sejarah peninggalan Nabi dsbnya lagi. Barang siapa sekepala dgn Wahabbi bermakna dia juga sama2 buta =_* =_* mata satu dgn Wahabbi.


  8. Anonymous Says:

    Tulisan saudara banyak berbentuk tuduhan yg tak logik dan tanpa bukti. Tulislah dgn cara profesional dan ilmiah supaya ianya tidak mendatangkan fitnah.


  9. Anonymous Says:

    mmm... dah terang nyata maseh lagi nak penyuluh?
    dah sah dah hang ni suku sakat keturunan wahabbi


  10. Anonymous Says:

    perlu diketahui, bagaimana pandangan para ulama terhadap syaikh Ahmad zaini ini, karena bisa jadi dia yang terkena pengaruh olh Orang2 kafir, dan kaum Munafikun...
    Syaikh Dr. Sholih bin Fauzan bin ‘Abdulloh Al Fauzan hafizhohulloh, “Di antara orang-orang yang mencegah dari dakwah tauhid adalah seorang laki-laki dari penduduk Makkah yang disebut Ahmad Zaini Dahlan. Ia telah menulis sebuah buku yang dimuati kesesatan dan kedustaan-kedustaan terhadap pendakwah-pendakwah tauhid, terlebih imam mereka, Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab rohimahulloh.” [Sekapur sirih kitab Ta’yid


  11. Anonymous Says:

    Al Malik Al Mannan (hal. 5)]
    a juga seorang ulama yang banyak menulis kitab-kitab yang dikatakan Syaikh Dr. Sholih bin Fauzan Al Fauzan hafizhohulloh di dalam kitabnya, Al Bayan wa Al Isyhar, “Berkata sebagian orang-orang mulia dari kalangan ‘ulama Makkah, ‘Karangan-karangan Dahlan laksana bangkai yang tidak akan memakannya kecuali orang yang terpaksa. Ulama-ulama India, ‘Iraq, Nejed, dan selainnya telah membantahnya dan ‘menelanjanginya’ dan menjelaskan kesesatannya’” [Sebagaimana dalam catatan kaki Ta’yid Al Malik Al Mannan (hal. 23-24)]
    Buku ini masuk ke dalam muatan dua bukunya yang lain, yaitu (1) Khulashoh Al Kalam fi Bayan Umaro’ Al Balad Al Harom dan (2) Al Futuhat Al Islamiyyah ba’da Madho Al Futuhat An Nabawiyyah

    Fitnah Al Wahhabiyyah
    Asna Al Matholib fi Najah Abi Tholib

    Tentang bukunya yang pertama, Ad Duror As Saniyyah (Mutiara Berharga), berkata Syaikh Sholih bin Muhammad bin Hamd Asy Syatsri, “Telah sampai kepada kami di tahun pertama abad XIV sebuah risalah keji dan perkataan-perkataan lemah nun mengerikan karangan Ahmad bin Zaini Dahlan, seorang mufti tanah haram yang mulia (Makkah), yang diberinya judul Ad Duror As Saniyyah fi Ar Rodd ‘ala Al Wahhabiyyah. Ia pantas diberi judul Adh Dhoror As Samiyyah fi Ihlak Al Ummah Al Muhammadiyyah (Racun Berbahaya Untuk Membinasakan Umat Muhammad).


    yaikh Muhammad Rosyid Ridho rohimahulloh mengatakan, “Kami menduka bahwa Syaikh Ahmad Dahlan belum melihat kitab-kitab & risalah-risalah (karangan Syaikh Muhammad)… Setiap apa yang ia tulis dalam risalahnya (sesuai) apa yang ia dengar dari orang-orang yang dibenarkannya. Bukankah tatsabbut (mencari kebenaran berita) di dalamnya termasuk kewajibannya, dan mencari dan bertanya tentang kitab-kitab & risalah-risalahnya Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab dan menjadikan bantahannya atasnya. . Di dalamnya ia mengatakan (baca: membawakan) kabar-kabar bibir (kabar burung). Ia berkata, “Si Fulan telah berkata kepada kami.” Atau, “Konon dia (Syaikh Muhammad) itu begini. Jika benar, maka hukumnya begini.” [Shiyanah Al Insan (hal. 14)]
    Adapun tentang bukunya yang ketiga, Asna Al Matholib fi Najah Abi Tholib, telah berkata Syaikh Rosyid Ahmad Al Kankuni Al Hindi rohimahulloh –penulis Badzlul Majhud syarh Sunan Abi Dawud yang dinisbatkan kepada salah seorang muridnya, Ahmad Kholil, padahal yang benar kitab itu merupakan dekteannya yang ia dektekan kepada muridnya itu- dalam kitabnya, Al Barohin Al Qothi’ah ‘ala Zholam Al Anwar As Sathi’ah yang dicetak di India, “Sesungguhnya syaikhnya para ulama Makkah di zaman kami (dekat-dekat tahun 1303 H) telah menghukumi –berfatwa- berimannya Abu Tholib dan telah menyelisihi hadits-hadits shohih karena ia mengambil sogokan riba yang sedikit dari seorang rofidhoh Baghdad.”

    Betapa bagusnya pernyataan Syaikh Sholih Al Fauzan hafizhohulloh dalam Al Bayan wa Al Isytihar, “Dan aku telah mendengar lebih dari satu dari kalangan ahli ilmu yang terpercaya berkata, ‘Sesungguhnya Dahlan ini adalah seorang Rofidhoh akan tetapi ia menyembunyikan madzhabnya dan menamakannya (bersembunyi di balik naman) taklid kepada salah satu dari imam yang empat (Abu Hanifah, Malik, Asy Syafi’i, dan Ahmad) dengan tujuan agar tujuan-tujuan kejinya tertutupi dan agar memperoleh jabatan-jabatan yang darinya ia mencari makan. Yang paling membuktikan kerofidhohannya yang jelek adalah karangannya sebuah buku yang berjudul Asna Al Matholib fi Najdah Abi Tholib. Di dalamnya ia membantah nash-nash Al Quran dan hadits-hadits shohih mutawatir dengan nafsunya.’” [Dinukil dari catatan kaki Ta’yid Al Malik Al Mannan (hal. 24)]


  12. Anonymous Says:

    Buku ini memuat kedustaan, kepalsuan, pengkaburan dakwahnya, dan bersandar kepada penghuni-penghuni kuburan (mayat-mayat). Di dalam bukunya itu ia telah bertindak lalim kepada ahli tauhid dengan fitnah dan kejelakan.” [Muqoddimah Ta’yid Al Malik Al Mannan (hal. 23-24)]


  13. Anonymous Says:

    untuk anada yang mencoba membahas kehidupan Para ulama, Saya ingatkan berhati2 lah, karena para ulama adalah para pewaris rasulullah dan para Nabi dimuka Bumi ini, jaga hati anda dari membenci ulama, boleh jadi kaum yang kamu benci lebih baik daripada kamu sendiri,,, Wallahu a'lam...


  14. Unknown Says:

    Assalammualaikum wbt. Adalah punca bagi kaum yg sesat diantaranya adalah menyesatkan. Bukti besar kekacauan adalah kerana tidak bepegang erat dgn Allah. Maka sunnah nabi yg paling besar adalah zikrullah dan itu yg akan dibawa sewaktu sakaratul maut yg PASTI akan dtg. Kerana itulah ASWJ bepegang pada kasih sayang dlm apa jua hal. Dan tidak bercita2 utk menguasai dunia malah diberikan dunia kepada mereka. Wahai umat islam, jgnlah membenci kepada musuh. Kerana musuh itulah yg mengangkat darjat kita. Tumpu lah pada Allah. Apakah tidak dijanjikan bahawa Islam pasti menang? Berapa byk ulamak dan para solehin yg tidak berjumpa pada wakil akhirzaman (imam mahadi)?? Dan apakah mereka tumpu pada kejayaan dunia? Dan apakah yang membuatkan mereka berjaya? Mereka tidak perlu membunuh utk mendapatkan kejayaan yg abadi? Mereka hanya sebarkan kasih yg maha pengasih. Merekalah kekasih.