Elias Hj Idris
Di antara contoh mencari jalan kemurkaan; mengandung luar nikah!

Biasanya, ada pihak yang sengaja tidak mahu menjawab pertanyaan sesetengah pihak yang suka mengkucar-kacirkan persoalan disebabkan adab-adab yang diajarkan oleh guru mereka. Sebenarnya, di sini bukan medan tempat membicarakan hal-hal berkaitan dengan wali dalam pengajian tasauf.

Pertama: Maqam Wali dan Maqam Nabi

Perkataan menyamakan martabat wali dengan Nabi adalah perkataan sendiri. Perkataan aku yang asal adalah berdasarkan kata Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه.

"Wali-wali yang menjadi guru memiliki kehampiran yang serupa dengan Nabi صلى الله عليه وسلم dengan Tuhannya (ma'rifah, qurbah dan mahabbah). Amanah dan penjagaan terhadap ilmu ketuhanan yang serupa dianugerahkan kepada mereka. Mereka merupakan pemegang sebahagian daripada kenabian, dan diri batin mereka selamat di bawah penjagaan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam."  - Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilaihil Abrar

Beliau mengatakan kehampiran dan amanah yang serupa. Ini adalah merujuk kepada maqam kewalian pada sudut amanah dan ma'rifat. Bukan samakan martabat mereka.


Kedua: Adab Penyampaian Ilmu

Ada perkara dalam agama boleh dibincang secara terbuka dan ada yang wajib dirahsiakan daripada umum. Ilmu agama adalah menurut kadar kefahaman seseorang sebagaimana peringatan Nabi صلى الله عليه وسلم.

Ilmu berkenaan dengan wali-wali Allah, maqam-maqam kewalian, martabat-martabat kewalian adalah sangat rumit dan membingungkan bagi kebanyakan orang Islam, terutama pada mereka yang tidak pernah menjalani suluk di bawah pimpinan seorang mursyid yang kamil. Jika dikhabarkan juga maka akan mendatangkan mudarat kepada imannya. Ini yang disebutkan oleh Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah:

Abu Hurairah رضي الله عه berkata;

"Aku menghafal dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم dua kantung ilmu. Adapun salah satunya saya telah sebarkan dan adapun yang lainnya kalau saya sebarkan maka akan diputus leher ini".(kerana di tuduh musyrik)  -  riwayat Bukhari
Sayyidina 'Ali رضي الله عه berkata;

"Berceritalah kepada manusia dengan apa yang mereka ketahui, apakah kalian ingin Allah dan Rasul-Nya didustakan?"  - riwayat Bukhary

'Abdullah bin Mas'ud رضي الله عه berkata;

"Tidaklah engkau berbicara kepada suatu kaum dengan suatu pembicaraan yang tidak boleh dicerna oleh akal mereka kecuali akan menjadikan fitnah pada sebagian dari mereka".  - riwayat Muslim

Muhyiddin Shaikh Ibnu Arabi mengatakan;

"Kami mengharamkan kitab kami (seperti Futuhatul Makkiyyah - pent) ini untuk dibaca oleh orang yang bukan ahlinya"

Berkata Imam Adz-Dzahaby dalam Siyar A'lam An-Nubala: "Ini menunjukkan bolehnya menyembunyikan sebahagian hadis yang boleh menggerakkan fitnah (hadis-hadis) dalam Al-Ushul (masalah-masalah pokok) maupun Al-Furu' (masalah-masalah cabang) atau dalam (hadis-hadis tentang) pujian dan celaan. Adapun hadis yang berkaitan dengan halal dan haram maka tidak halal untuk disembunyikan dalam bentuk bagaimanapun kerana itu dari kejelasan dan petunjuk".

Kemudian beliau sebutkan perkataan 'Ali bin Abi Tholib di atas lalu beliau berkata: "Dan demikian pula Abu Hurairah andaikata beliau menyebarkan kantong ilmu itu niscaya dia akan disakiti bahkan akan dibunuh. (kerana di sangka musyrik) Akan tetapi seorang alim kadang-kadang ijtihadnya mendorongnya untuk menyebarkan suatu hadis untuk menghidupkan sunnah maka baginya apa yang ia niatkan dan ia mendapatkan pahala walaupun ia salah dalam ijtihadnya".  -  riwayat imam Az-zahabi).

Al-Hafizh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari ketika menjelaskan perkataan 'Ali bin Abi Tholib, berkata;

"Di dalamnya ada dalil bahwa perkara yang mutasyabih (yang kesamaran bagi orang awam - pent) tidak layak disebutkan pada khalayak umum".
Kemudian beliau (Ibnu Hajar) menyebutkan perkataan Ibnu Mas'ud lalu beliau berkata: "Di antara orang-orang yang tidak senang memberikan hadis pada sebagian orang adalah imam Ahmad dalam hadis2 yang zhohirnya membolehkan khuruj (pemberontakan) terhadap pemerintah, dan imam Malik dalam hadis2 tentang sifat-sifat (Allah), dan Abu Yusuf tentang hadis2 yang ghorib (aneh dari sisi makna maupun lafazh - pen.).


Diharap mereka yang belum faham akan mengambil i'tibar. Jangan berasa megah dengan ilmu yang sedia ada. Banyakkan lagi berguru. Bukan seorang, tapi ramai guru serta jauhkan ta'sub buta kepada seorang guru sahaja.

Janganlah dipaksa-paksa orang lain mendedahkan ilmu rahsia yang wajib disembunyikan daripada orang awam.
Soalan;

Apa yang kita nampak sekarang banyak pihak dok kutuk-mengutuk. Ke mana perginya mutma'inah? Takkan nak duduk sentiasa dalam amarah, lawamah, mulhammah lagi. Kita berbincang tentang jalan kesufian, tetapi, tingkah-laku kita macam mana?

Jawapan;

Kepada mereka yang bijaksana, yang penuh amanah, yang tak pandai mengutuk orang lain, yang sentiasa senyum melihat lawan; memang mereka seseorang yang hebat.
Jika dibuka kitab Ihya Ulumuddin, kita akan melihat bagaimana interaksi dengan orang-orang yang menolak kebenaran, orang yang terang-terangan menolak ulama-ulama yang siddiq, di mana orang-orang yang mempersendakan aulia Allah, orang-orang yang cuma bercakap dengan aqal dan nafsunya, tanpa berserta dalil yang benar.

Kita berbincang ialah tentang jalan kesufian.

Kita bincang kesufian? Kita itu siapa?

Satu bicara jalan ketuhanan. Satu lagi cuba meruntuhkan! Adakah sama?

Satu memuji ulama dan aulia Allah, manakala yang satu lagi menghina dan mempersendakan mereka. Adakah kelihatan tanda persamaan?

Kalau dalam tempat seperti inipun kita tak boleh nak kawal amarah kita, bagaimana kalau berdepan nanti?

Seseorang perlu bezakan ammarah kerana tuntunan nafsu dengan 'marah' kerana Allah. Bab marah kerana Allah termasuk perkara yang dituntut syara', iaitu marah kerana ada manusia menyinggung Nabi, Ulama, Ahlul Bait dan Aulia Allah.

Tuan boleh buka bab marah kerana Allah, benci kerana Allah di dalam Ihya Ulumuddin, Bidayatul Hidayah, Sirrus Salikin.

Minta maaf kerana tak dapat menyelami perasaan. Namun tentu ada di antara kita yang tentunya lebih arif akan jalan-jalan kesufian.
1 Response
  1. hambakusangga Says:

    segala pujian hanyalah tertentu bagi Allah seru sekalian alam.....aku merasa suka cita dengan cara penyampaian saudara,sebaliknya terbukalah aib ku selama ini.....yang sombong dan angkuh...