Elias Hj Idris
Tok_Batin ini adalah seorang pengikut setia Wahhabi yang sentiasa mencari jalan menggugat apa yang telah sedia diamalkan oleh golongan ASWJ dalam kehidupan beragama. Lihat ini di antara terjahan beliau.

Buangkanlah sifat mazmumah dalam hati kita, seperti riak takabur dsb.

Mengapa kalau tidak mempercayai ulama akan tergelincirkah iman kita? Apakah taraf ulamak sama seperti jika kita tidak mempercayai Nabi Nuh, Harun, Musa, Isa, Ilias dan 25 nabi lain? Adakah terdapat petunjuk dalam kitab suci mahupun hadis nabi yang mengatakan "Wahai orang-orang beriman, nanti akan datang si fulan anak si fulan maka ikutilah dia." 


Bukankah petunjuk kitabullah itu diturunkan kepada semua manusia tidak kira sama ada Badwi atau orang terpelajar? Apakah dalam agama kita ada sistem kerahiban? Mengapa kita tidak boleh menggunakan akal dalam beragama? Bukankah agama itu diturunkan kepada orang-orang berakal? Bukankah di antara syarat-syarat khitak taqlik (kewajipan menjalani perintah agama) adalah Islam, baligh dan berakal. Maknanya tidak diwajibkan pada orang yang tidak ada akal. Begitu?


Dr Youssef Qardhawi: Rujukan ASWJ

Jawapan daripada sdra rafie1357 (TKO Online)

Demikianlah sikap seorang wahabi-talafi-najdi. Lihatlah siapa yang sebenarnya takabbur, biadab dan penuh mazmumah? Lihatlah bagaimana sikap buruk mereka yang cuba berpaling daripada hujjah yang benar?

Oleh sebab itu sejak dari awal lagi kita tidak mahu berhujjah dengan golongan batil seperti ini. Kita sudah tahu siapa mereka dan anggota kumpulannya. Kita sudah muak dengan pendirian dan sikap hipokrit mereka sekelian.

Wahabi-talafi-najdi memang engkar akan perintah Allah dan RasulNya.

Eloklah mereka ini cerminkan diri sendiri apabila meminta dalil dan hujjah berdasarkan Al-Qur'an. Kita sudah kemukakan dalil dan keterangan yang nyata dari kitabullah itu, tetapi ternyata mereka terus untuk hipokrit sebagaimana juga golongan mereka yang lain. Mulut berkata ikut Qur'an dan hadis Nabi, tetapi pada hakikatnya mereka hanya ikut nafsu. Tuk_Batin bukan mahu berhujjah dengan Al-Qur'an dan hadis Nabi, tetapi cuma mengikut nafsu dan akal yang sesat.

Dia dan 'geng' batilnya mengaku ikut Qur'an dan hadis, tetapi pada hakikatnya mereka engkar dengan perintah Allah dan RasulNya yang memerintahkan umat mematuhi pewaris Nabi yang siddiq.

Adakah mereka itu benar di dalam perkataan dan perbuatan? Sejauh manakah mereka sekalian mematuhi perintah Allah itu?

Firman Allah:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنْكُمْ وَعَمِلُواْ الصَّـلِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى الاٌّرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِى ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَنِى لاَ يُشْرِكُونَ بِى شَيْئاً وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذلِكَ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْفَـسِقُونَ

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. "  surah An-Noor 24 : 55

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Dahulu kaum Bani Isra’il dipimpin oleh para Nabi. Setiap seorang nabi meninggal dunia, maka diganti seorang nabi lainnya. Maka sesungguhnya tidak ada nabi yang menggantikan setelah aku meninggal dunia, Namun yang menggantikanku adalah khalifah-khalifah. Maka mereka banyak mempunyai pengikut”; para sahabat bertanya, “Wahai Rasul apa yang engkau perintahkan pada kami?” Rasul menjawab, “Laksanakan bai'at seperti bai'at pertama kali di hadapan mereka dan tunaikan hak-hak mereka, Kalian mintalah kepada Allah yang menjadi bagian kalian, kerana Allah Ta’ala menanyakan tentang apa yang mereka pimpin.”  - riwayat Bukhari Muslim

Sekarang jawablah dengan jujur, mengapa mereka itu engkar dengan perintah Allah dan hadis Rasul ini? Apakah jenis sifat manusia seperti ini?

Soalnya, siapakah yang layak untuk mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadis? Apakah kelayakan yang ada pada golongan Wahhabi untuk mentafsir Kalamullah yang penuh hikmah serta ilmu yang sangat halus dan tersembunyi. Berapa banyakkah hadis Nabi yang Tuk_Batin hafal untuk disyarahkan hadis berkenaan?

Dia bertanya, "Mengapakah kalau tidak mempercayai ulama akan tergelincirkah iman kita?"

Di zaman Nabi, para sahabat mempercayai Nabi dan mematuhi saranan baginda. Setelah ketiadaan diri Nabi yang zahir, maka ulama pewaris Nabi yang siddiq mengambil tempat menjadi penyambung risalah baginda sepertimana keterangan ayat di atas. Adakah orang-orang ini beriman dengan ayat berkenaan?

Jika mereka tidak mempercayai ulama pewaris Nabi yang siddiq, siapakah lagi yang mereka pegang? Adakah akal yang sedia dikuasai oleh nafsu? Sedia menggunakan pendapat sendiri yang diselewengkan iblis?

Mempercayai ulama pewaris Nabi dan mengikut mereka termasuk dalam perintah Allah yang wajib. Mengengkari setiap perintah Allah adalah tanda kefasikan dan kekufuran! Adakah mereka melihat keterangan ini?

Dia bertanya, "Mengapakah tidak boleh menggunakan akal dalam beragama?"

Gunakan akal untuk memahami keterangan ulama adalah jauh berbeza apabila mentafsir ayat Al-Qur'an dan hadis Nabi dengan menggunakan akal.

Cuba dibezakan dengan baik.

Sabda Rasulullah saw;

“Barangsiapa yang berbicara (menafsirkan) tentang Al-Qur’an dengan pemikirannya tentang apa yang dia tidak memiliki pengetahuan, maka bersiaplah menyediakan tempat duduknya di neraka.”  - dikeluarkan oleh At-Tirmidzi, An Nasa’i dan Abu Daud, At Tirmidzi mengatakan : hadis hasan.

Firman Allah adalah kalam suci Allah yang mengandungi makna-makna yang sanggat halus dan tersembunyi. Tidak dapat ditafsirkan melainkan oleh ahli-ahlinya, iaitu sekelian ulama mujtahid yang memahami selok-belok agama, telah menghafal Al-Qur'an, telah menghafal ratusan ribu hadis Nabi saw, mengetahui asbabun nuzul, mahir dalam ilmu balaghah, ilmu bayan, sejarah periwayatan dan hadis-hadis yang berkaitan dengan turunnya sesuatu ayat.

Ulama-ulama tafsir mengemukakan bahawa menafsirkan Al-Qur’an tanpa didasari sebagaimana yang berasal dari Rasulullah saw kemudian diikuti dari para sahabat seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dll atau tabi'in dan tabi'it- tabi'in dan ulama-ulama yang mengikuti mereka, adalah haram!

Tersebut di dalam kitab tafsir Marah Labid Li Kasyfi Ma’na Quran Majid / Tafsir Al-Munir, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, Juzu’ Pertama, m/s 2. kata syeikh;
"Sesungguhnya, telah meminta kepadaku, oleh sebahagian orang-orang yang mulia di sisiku, bahawa aku tuliskan suatu tafsiran bagi Al-Quran Al-Majid."

Maka, berbelah bagilah hati ku pada menunaikan permintaannya itu, serta mengambil masa yang lama.

Ini semua kerana takutkan daripada terjerumus di dalam sabda Nabi saw;

"Barangsiapa berkata-kata (menafsirkan) tentang Al-Quran dengan pemikirannya sahaja (tanpa ilmu alat bagi menafsirkan Al-Quran) maka, taqdir Allah betul pula tafsirannya (secara kebetulan) maka sesungguhnya, dia tetap bersalah (berdosa)."

Namun puak-puak ini sering bertindak dengan mengikut sebahagian, tetapi menolak sebahagian yang lain.

Itulah sikap pura-pura mereka  sekalian yang apabila disoalkan kepada manusia-manusia wahabi-talafi-najdi ini masih belum berjawab; Mengapa mereka sekalian mengikut ulama, imam-imam mazhab ketika solat? Mengapa mereka mengikut ulama tajwid ketika membaca Al-Qur'an? Mengapa mereka mengikut ulama tauhid ketika mempelajari rukun-rukun Iman? Mengapa pula mereka mengikut ulama dalam mempelajari nahwu-saraf?

Cuba perhatikan lagi akan sifat pura-pura mereka sekalian.

Mengapa mereka ambil hukum-hukum wudhu', syarat sah dan rukun solat di dalam kitab Fiqh yang dikarang oleh para ulama? Mengapa mesti ikut tafsiran  para ulama?

Dari mana datangnya rukun solat yang 13? Mengapa taqlid kepada rukun 13 yang tiada tersebut di dalam Al-Qur'an atau hadis Nabi. Sedangkan rukun 13 solat itu disusun oleh ulama. Mengapa mereka mengikut ulama ketika mengerjakan solat?

Sekarang ambil kitab tajwid. Perhatikan seluruh isi kitab tajwid. Siapa yang terbitkan hukum2 tajwid? Mengapa mereka membaca Al-Qur'an mengikut hukum-hukum tajwid yang disusun oleh para ulama? Mana dalil-dalil dari Al-Qur'an dan hadis Nabi yang menyebut satu persatu hukum tajwid seperti yang tersebut di dalam kitab tajwid?

Sila kemukakan bukti dan dalil Al-Qur'an dan hadis Nabi berkenaan hukum-hukum tajwid! Sila beritahu mana dalilnya tentang hukum-hukum tajwid dalam Al-Qur'an dan hadis Nabi yang mereka baca itu? Sila sebutkan ayat mana yang ada menyebut tentang hukum idgham, iqlab, ikhfa', mad lin dan lain-lainnya.

Lihatlah ini di antara sifat pura-pura mereka sekalian di mana sebenarnya mereka itu tertipu oleh nafsu sendiri. Allah Ta'ala hanya memberi petunjuk kepada hamba-hamba yang merendahkan dirinya kepada Allah, Rasul dan pewaris Nabi.
2 Responses
  1. Penunggugua Says:

    Asm wbrkth.,
    Abang saya mempelajari ilmu ini. Dahulu dia rajin sembahyang, sekarang tak nampak pun. Ada orang memberitahu sembahyang abang saya dengan orang biasa tak sama. Dia sembahyang setiap saat. Adakah ia dituntut oleh sunnah, sedangkan nabi selalu sembahyang malam hingga kata riwayat sampai melecet tapak kaki Nabi, sehingga Aisah menegur Nabi.


  2. Unknown Says:

    yang salah itu manusia...ilmu tak salah..sebab kefahaman masing-masing berbeza. Sebenarnya, betul ape yg dia faham solat setiap saat tu..tapi bukanlah sampai mengabaikan syariat agama yang telah di ajarkan..