Elias Hj Idris
Petikan daripada novel terakhir setebal 716 m.s. (terbitan serentak dengan novel 'Anak Perempuan Kabaret' 651 m.s.) ini adalah bagi menjelaskan tentang pengertian jihad di sisi Allah swt. Kita tidak mahu istilah 'jihad' itu dimomokkan sehingga menimbulkan kengerian di kalangan awam oleh musuh Islam dan mereka yang berfahaman sekular - pengarang.

Novel 'Anak Perempuan Kabaret' 651 m.s.


ENAM bulan kemudian, Dr. Heikal meletakkan jawatannya sebagai CEO dalam kumpulan syarikat naga dan dubuk parti kebangsaan MelayDeutro. Dia tidak tertahan dengan kepura-puraan yang ada di sekelilingnya, sementara nasib bangsa terus dipertaruhkan. Pemimpin MelayDeutro asyik dibuai dengan kemewahan dan keseronokan, sedangkan gelagat mereka diperhatikan.

Setakat itu sahaja kerusi parlimen yang masih dipegang oleh kaum pribumi semakin menyusut. Parti kebangsaan MelayDeutro itu nampaknya terlalu bermurah hati. Setiap kali pilihan raya bakal menjelang mereka serahkan kerusi kepada komponen lain. Kononnya, ia dibuat atas alasan bahawa mereka tidak pernah tamakkan kuasa. Dalam persempadanan kawasan pilihan raya yang telah dibuat, pertambahan dua puluh lima kerusi diberi kesemuanya kepada puak Singkeh.

Sementara di negeri-negeri yang didominasi oleh kaum pribumi, tiada pertambahan kerusi yang dibuat. Ini bermakna tidak satu pun kerusi persempadanan semula itu yang diperoleh oleh orang MelayDeutro. Keadaan seperti ini amat berbahaya dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

Agamanya dicemuh dan diremehkan. Agama Islam diletakkan dalam kandang orang salah lalu dilabelkan sekehendak hati. Negaranya sendiri menjadi fobia dengan Islam anutannya. Mesjid dikawal, pengunjung ceramah agama disembur dengan air asid. Bantuan ke sekolah agama rakyat ditarik balik.

Anehnya, laporan kempel sendiri mengatakan pelajaran agama telah menyebabkan sekolah kebangsaan tidak digemari oleh kaum pendatang. Laporan ini nampak selari dengan kehendak Lim Kain Koyak yang sebelumnya keras menegur sekolah kebangsaan kerana identiti Islamnya. Sedangkan, sekiranya kehendak itu dituruti pun, puak Singkeh akan tetap dengan sekolah tradisi mereka juga. Budayanya ada di sana. Jati diri dan asal keturunan mereka masih terpelihara.

Jemaah eksekutif yang mengaku dirinya Islam pula menyokong pembentukan sebuah majlis antara agama. Mereka mahukan liberalisme Islam melalui pengenalan fahaman Hadiri. Gejala murtad dibiarkan menjadi-jadi apabila benteng agama terus dibiarkan rapuh. Sedangkan mereka tidak sedar orang-orang Arab jadi bercempera dan disiat-siat kulitnya oleh kaum kafirin kerana meninggalkan Islam. Sedangkan kehebatan dan kemuliaan bangsa MelayDeutro di zaman Kerajaan Meluku dahulu adalah kerana penganutan Islam mereka.

Hasilnya, Allah swt akan mencabut dari dada sekelian musuh Islam rasa gerun mereka terhadap umat. Sementara itu, Allah swt pula menyuntik ke dalam hati kaum muslimin dengan ‘al-wahnu’.

Sahabat baginda pernah bertanya, “Apa itu al-wahnu, wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati!”

Sejarah memperlihatkan bagaimana orang Islam akan berselisih faham dan bermusuhan sesama sendiri. Akhirnya, mereka sudah tidak berwaspada dan dengan mudah diratah oleh musuhnya. Umat Islam Arab didesak dari sebelah timur oleh puak Tartar, sementara di baratnya pula tentera salib. Dengan kemaraan tentera musuh yang terlalu besar itu membuatkan pemerintah Syria dan pembesarnya lari dan berlindung di Mesir. Dalam keadaan tidak menentu inilah munculnya ulama terulung Ibnu Taimiyyah.

Kehadirannya, dianggap kontroversi pada zamannya kerana kelantangan dan ketegasannya dalam isu ilmu dan juga politik. Dia telah berjaya menghimpunkan para ulama dan sekelian rakyat untuk menentang tentera Tartar yang zalim itu.

Baginya, dengan semangat jihad dan kembali kepada ajaran Allah swt dan Rasul-Nya sahaja baru dapat menentang segala bentuk keganasan dan kezaliman. Maka bangun Syeikh Izzuddin Abdul Salah menyusun semula kerajaan menurut sistem pemerintahan Islam. Segala bentuk kemungkaran dan elemen jahat dibersihkan dan kembali ke jalan Allah swt. Akhirnya, tenteranya berjaya mengalahkan tentera Tartar di Ain Jalut. Sementara Salahuddin al-Ayubbi pula telah berjaya mengalahkan tentera salib.

Novel 'Kembang Tak Jadi..." 716 m.s.

Mungkin itu juga pilihan yang dibuat oleh arwah Dr. Azahari, dan Nordin yang masih dicari. Sementara Hambali terus didera di Kem Delta, Guantanamo. Mungkin Dr. Heikal harus mencari kumpulan ‘blank point three’ dari generasi awal pejuang bangsa, agama dan negara yang berakar umbi dari Shaolin temple itu.

Sebenarnya, inilah yang tidak difahami oleh Presiden Bush dan sekutu-sekutu Baratnya. Demikian juga dengan pemimpin sekular di negara-negara umat Islam. Al-Qaeda tidak pernah memberi apa-apa arahan kepada sesiapa. Adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal yang siuman bagaimana Osama Ben Ladin yang tinggal di pergunungan Hindu Kush yang gersang boleh memberi arahan ke seluruh dunia.

As-Syahid Abu Mussab Al-Zarqawi di Iraq bukannya bodoh. As-Syahid Azeez Al-Muqriin di Arab Saudi bukan bebal. Demikian as-Syahid Dr. Azahari Husin atau Imam Samudera dan Amrozi yang memburu musuh Allah di Pulau Bali itu bukan buta agama. Demikian juga dengan sekelian mujahid di Chechenya atau pejuang-pejuang Islam di Afghanistan atau Iraq serta di selatan Thailand atau kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Anehnya, negara Melaylupa ini pun tanpa usul periksa terikut-ikut menuduh mereka itu militan dan ekstremis agama. Sama seperti Osama Ben Ladin mereka hanya para mujahid yang ingin mempersembahkan harta, darah dan nyawanya untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Sedangkan Osama Ben Ladin seorang mujahid yang teramat kaya, kenapa dia tidak boleh tinggal bersenang-lenang menikmati kekayaan dan kemewahannya. Dia boleh bersama-sama dengan tiga puluh lapan orang saudara lelaki dan perempuan serta ahli keluarganya yang laksawan kayanya di Arab Saudi.

Inilah jenis orang-orang yang menyahut seruan Allah swt buat memerangi musuh-musuh-Nya dari kalangan orang-orang seperti George W. Bush atau Tony Blair. Surah At-Taubah: 111 menjelaskan;

‘Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta orang-orang beriman, bahawa untuk mereka itu syurga.’

Kemudian dalam surah As-Saf: 10-11, Allah swt menyatakan bahawa;

‘Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih, iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan Allah dengan harta dan diri kamu.’

Sebaliknya, kaum kafirin beserta dengan boneka mereka yang memburu para pejuang ini cukup berbangga apabila berjaya membunuh para mujahid ini. Mereka hebahkan kejayaan membunuh Abu Mussab Al-Zarqawi, Azeez Al-Muqriin atau komando Robot di selatan Filipina serta Saddam Hussein sendiri. Dalam Surah Ali Imran: 169 Allah swt menyatakan;

‘Janganlah engkau kira mati akan orang-orang yang telah terbunuh di jalan Allah, bahkan mereka itu hidup di sisi Allah serta diberikan rezeki.’


SEKELIAN mereka yang beriman benar-benar yakin bahawa matlamat kehidupan yang sebenar bagi setiap manusia adalah untuk menemui mati. Mati itu adalah pembukaan kepada kehidupan yang sebenar, iaitu hidup sesudah mati. Ia merupakan saat perpisahan sang lelaki kacak dengan kekasih yang hodoh dan buruk perangai. Dunia ini adalah kekasihnya yang hodoh itu.

Hanya dengan perpisahan itu baru memungkinkan si lelaki tersebut akan dapat menemui cintanya sejati; kekasih yang lawa dan berperibadi. Segala keindahan yang dijanjikan ada di sana apabila segala amalan baik dibalas dengan ganjaran. Setiap kejahatan pula ditebus dengan azab dan siksaan.

Kekasih bagi seorang mukmin sejati adalah Tuhannya, Allah Yang Maha Esa yang akan memperlihatkan nur wajah dan kebesaran-Nya. Kita diraikan dan diberi kesenangan yang tidak pernah dilihat oleh mata, atau yang didengar oleh telinga malah keseronokan dan keindahan yang tidak pernah terlintas di lubuk hati.

Bagi mereka yang kafir dan murtad, inilah saat yang merugi dan menganiaya diri seperti kata Allah swt dalam kesemua kitab sucinya; Zabur, Taurat, Injil Arami dan al-Quran-al Kariim. Inilah titik noktahnya. Masing-masing akan dilempar ke dalam neraka untuk menjadi bahan bakar yang terdiri daripada batu dan kayu buat menyiksa sekelian kaum muslimin yang jahat dan berdosa. Panasnya haba yang membakar daripada batu dan kayu ini seribu kali kepanasan api di atas muka bumi - sebab mereka iri hati dan dengki kerana kaum muslimin ini masih diberi peluang untuk menebus dosa kesalahan mereka. Sedangkan si kafir dan murtad kekal dalam neraka jahannam buat selama-lamanya.

“Allah swt ada menunjukkan jalannya dalam al-Quran agar kita tidak tersesat,” Dr. Heikal pernah memberitahu isterinya, Ristina sebelum dia menghilangkan diri. “Inilah jalan yang direbut oleh mereka yang dicap militan dan pengganas oleh kaum kafirin tu.”

Sekelian para mujahid itu telah dianugerahkan akal dan fikiran untuk menjadi manusia terbaik. Mereka dapat membezakan yang baik, yang lebih baik dan yang terbaik di antara sekelian yang jelik, lebih jelik dan yang paling jelik.

Namun sejarah peradaban manusia telah menunjukkan dengan jelas betapa manusia dari dahulu hingga ke akhir zaman bukan hanya melakukan perbuatan baik dan berguna, tetapi juga melakukan perbuatan jelik dan yang membawa kerosakan. Sebaliknya, perbuatan baik yang dilakukan teramat sedikit, sedangkan kerosakan seperti yang dilakukan oleh Presiden Bush dan sekutunya amat jelik dan memalukan.

Jika terus dibiarkan manusia akan cenderung untuk berhukum dengan hukum rimba. Sejarah peradaban manusia akan musnah. Natijahnya, lahirlah lembaga pemerintah, pendidikan dan pengajaran, penerangan, sukan dan kesenian. Namun ia masih belum cukup.

Maka sebagai pencipta, Allah swt tahu bahawa segala usaha tersebut belum memadai selagi tidak ditanamkan dengan iman. Maka diutus-Nya 124,000 para nabi dan dua puluh lima orang rasul sebagai penunjuk jalan. Diturunkan-Nya empat buah kitab yang penuh dengan seninya; buat mendidik hati dan membentuk jiwa manusia.

Iman ertinya kepercayaan atau keyakinan. Dengan kepercayaan dan keyakinan ini akan mempengaruhi segala gerak-geri dan tingkah-laku manusia serta mempengaruhi corak pemikiran, berkata-kata, berhubung, malah cara makan dan tidur mereka. Ia akan mempengaruhi kehidupan politik, ekonomi, sosial dan moralnya.

Bagi orang-orang yang tidak beriman, kebaikan hanya dilihat sebagai kebaikan semata-mata. Sedangkan bagi mereka yang beriman, setiap kebaikan yang diperbuat itu, di mana dan pada bila-bila masa sahaja terhadap sesiapa dan apa sahaja akan dilihat, didengar dan diketahui oleh Allah swt.

Allah swt berasa senang akan kebaikan itu dan berasa senang terhadap orang yang melakukannya. Dari rasa senang ini akan menyebabkan turunnya rahmat Allah swt yang jauh lebih hebat dan lebih besar daripada kebaikan yang dilakukan itu. Rahmatnya tidak putus-putus, sama ada ketika masih hidup ini atau setelah kembali menemui Tuhannya. Seterusnya, masing-masing akan dimasukkan ke dalam syurga....


BUKAN setakat itu sahaja. Sejak di dunia lagi orang beriman itu diberikan seri wajah yang indah oleh Allah swt. Ia dikenali dengan air muka. Orang-orang beriman diberikan air muka yang jernih dan sedap dipandang mata. Walaupun mereka dari kalangan berkulit hitam legam seperti negro Somalia ataupun Arab Badwi di Arab Saudi, namun pada riak di wajahnya terbayang kedamaian dalam jiwa mereka. Kemudian mereka tidak gelojoh dalam kehidupan seharian. Mereka penyabar dan tidak pernah berdendam.

Ini dapat diperhatikan pada mereka yang ditangkap di London atau Sepanyol dan dituduh dengan pelbagai tuduhan. Air muka mereka nampak jernih dan bersahaja. Demikian juga dengan semua tahanan yang ada di Kem Delta, Guantanamo. Semua ini adalah natijah daripada ajaran yang ada dalam Islam dan tidak ada dalam agama lain.

“Cuba tengok wajah orang kafir, walaupun lawa dan kacak, tetapi jika mereka tidak senyum atau berkata-kata nampak jelas macam mayat hidup,” kata Dr. Heikal kepada isterinya pada suatu hari sebaik selesai mengerjakan solat Asar di Mesjid Jame’. Dia singgah di situ sebaik menemui Timbalan Gabenor bank pusat berkait dengan lesen perbankan yang dipohon oleh Dana Benua mengikut arahan menantu Presiden.

“Dalam Islam ada banyak penawar hatinya.” katanya lagi. Kita ada istighfar buat menghapuskan segala dosa kecil. Kita ada zikir, tasbih, tahmid, takbir dan disuruh membaca ayat-ayat suci di kala duka. Ini semua tidak ada dalam agama atau kepercayaan lain.”


DR. HEIKAL terus tidak ditemui lagi selepas itu. Tinggal isteri dan anaknya, Amiera yang mewarisi segala yang ada. Wang empat puluh lima juta itu Ristina gunakan buat membiayai sekolah agama rakyat Ustaz Syahir. Dia turut membiayai rumah anak-anak yatim tinggalan suaminya di Bukit Jelutung.

Suaminya bersama dengan mujahid yang lain pergi mencari jalan untuk berpisah dengan ‘kekasih yang hodoh’ itu demi mencari keredhaan Allah swt. Mereka berusaha menyediakan persembahan terkelas di kala menempuh saat kematiannya. Biarpun dia dan teman-teman mujahid yang lain mungkin dilihat bagaikan bunga-bunga yang kembang tak jadi..., tetapi yakinlah dengan janji Allah. Mereka itu adalah kudup-kudup bunga mekar yang bakal mewangi di taman syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya.


Makluman:

Kedua-dua novel tersebut telah ditulis dan diterbitkan serentak dalam tempoh 6 bulan (dari September 2006 hingga Mac 2007 - siap cetak) bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan negara Malaysia. Ia merupakan satu sejarah dalam penulisan karya, kalau tidak di dunia pun... ia adalah satu sejarah di negara ini - dari segi ketebalan karya dan polemik yang diutarakan.


Lain-lain Karya:


 
 
 
 
 
Tebal:  554 muka surat
Novel karya pertama, tetapi berjaya diiktiraf sebagai 'Novel Terbaik 94' dan 'Editor Terbaik 94' oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1995.
 
 
 
 
 
 
 
 
Tebal:  672 muka surat
Novel kedua dalam pengkaryaan telah membolehkan penulis menerima hadiah dan pengiktirafan 'Novelis Perak 95' oleh kerajaan negeri Perak pada tahun 1996.
 
 
 
 
 
 
 
Tebal:  762 muka surat
Novel ketiga yang benar-benar mengusik hati dan perasaan kerana peralihan sikap watak utama daripada seorang gigolo kepada mukmin yang insaf akan kebejatan masa lalunya. Dan... ia tak semudah yang disangka oleh ramai. Jangan ingat... setelah bertaubat, maka bersihlah segala-galanya. Tidak.
 
 
** Dalam proses menunggu masa untuk dicetak, 'Gadis Yang Terbuang', 440 muka surat.
11 Responses
  1. H.Sakinah Says:

    Assalamualaikum. Great news there! New baby! Congratulations! I like, I like! Will wait insyaAllah.


  2. Dah lama siap, tk print aje...


  3. H.Sakinah Says:

    oic, ok alhamdulillah. Em, macamana dgn Luka di Hati Siapa, ada dibukukan?


  4. Luka Hati Siapa? pun ada... belum abis polish je.


  5. H.Sakinah Says:

    Oic dlm proses lg ye.kay, insyaAllah menanti kemunculan.


  6. Kat blog ni pun ada kuar 'Luka Hati Siapa?'..., tp lama nk tunggu; sibuk dgn artikel lain.


  7. H.Sakinah Says:

    Sy mmg baca Luka di Hati Siapa dari blog ni. Agak lain dari novel lelepas, mungkin cite takdak hiro, hiroin je :-) ok, takpe, kita pakat tunggu. Rasanya, artikel lain banyak manfaatnya jugak. Apepun, terima kasih banyak atas setiap tulisan.


  8. 'Luka Hati Siapa?' tu mmg syok... intro tu biasa je, tp cabaran selepas tu (lepas kahwin). Sbb dia kahwin tu dgn playboya besar!

    Sedangkan Nurul tu baik sesangat.


  9. H.Sakinah Says:

    Menarik tapi sedih ceritanya, hope there's a wonderful happy ending... :-)


  10. Suka dgn sad ending... tu sbb ramai yg marah. 'Luka Hati Siapa?' tu pun sad - hatinya ttp baik walaupun sering dikecewakan.


  11. H.Sakinah Says:

    Melankolik, kelam, pedih, tapi disulami dengan rasa sabar, taat dan berharap. Oh siapakah Nurul tersebut? Jeng3...