Elias Hj Idris
Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk, apatah lagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang). Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali jika dia mengengkarinya dengan lidah, atau menerima dengan hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut kepada pembicaraan lain yang lebih bermanfaat.

Jelasnya, dengan menghindari gosip.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat."  - hadis riwayat Muslim

Perkataan 'fitnah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Fitnah sering dimaksudkan sebagai berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang yang tidak sesuai dengan kenyataan atau kebenaran.

Paling tidak pun berita atau cerita-cerita yang sengaja diada-adakan dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian ramai terhadap mangsa. Ia seakan memakan daging seudaranya sendiri.


Nota
Fitnah terhadap Anwar sekarang ini termasuk ke tidak?
Alangkah hinanya si pemfitnah dengan dosa yang disebarkan itu;
di mana alangkah mulianya menjadi haiwan yang tiada pertanggungjawaban akan dosa sedemikian.
0 Responses