Elias Hj Idris
Sekolah pondok, pada zahirnya memang daif... tetapi hakikat
di sebaliknya adalah untuk membunuh nafsu yang bersarang
 dalam jiwa setiap anak Adam.
"Huhuhu... jangan jadi seperti 'orang kaya' itu!"


Setiap sekolah pondok itu diasaskan kerana 'ISLAM'.

'Islam' perlu dibela; dari sudut pendidikan. Walaupun ia nampak kecil dan remeh saja, tapi dari sudut yang kecil itu, dari dalam kubu itu kita wajib berjuang mempertahankannya, di mana impaknya cukup besar.

Sekolah pondok ini adalah benteng terakhir aqidah bagi umat Islam di Malaysia atau di mana pun jua. Asas sekolah pondok ini berakar umbi dan berasal dari Mesjid Nabawi, Madinah. Waktu itu, ada sekumpulan sahabat yang dikenali sebagai 'Ahli Suffah', di mana mereka ini menerima pelajaran, mengaji tiap-tiap hari, secara terus dan langsung daripada Rasulullah saw di mesjid tersebut. Kebanyakan mereka ini sama seperti keadaan budak-budak di sekolah pondok yang ada sekarang.

Mereka itu orang-orang miskin yang hidup susah, tetapi merekalah yang akhirnya menjadi penghafal hadith seperti Abu Hurairah r.a. Maknanya, system sekolah pondok itu adalah kesinambungan daripada system pengajian Islam yang diasaskan oleh Rasulullah saw sendiri di Mesjid Nabawi; atau dengan kata lain sekolah pondok yang ada la sekarang ini adalah ranting-ranting daripada institusi pendidikan Islam asal yang diwarisi daripada ulama-ulama silam.

Seterusnya, matlamat kewujudan sekolah jenis ini adalah untuk menjadi seorang 'Islam' yang benar-benar Islamnya, yang mempunyai asas kukuh sebagai seorang individu Islam. Jika manusia itu tidak ada asas yang kukuh, kalau dia jadi jurutera, dia akan menjadi seorang jurutera yang rasuah. Kalau dia jadi pekerja, dia akan menjadi pekerja yang pandai menipu, curi tulang dan sebagainya.

Pada hari ini kita gagal melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia kerana faktor kegagalan sistem pendidikan yang ada. Sistem pendidikan yang kita warisi ini tidak lagi berpaksikan kepada sistem pendidikan yang digariskan oleh para ulama silam seperti Imam Al-Ghazali dan juga Al-Imam As-Syafie r.a.

Falsafah pendidikan kita yang ada pula hanyalah setakat kata-kata, dogma menjadi hiasan dan mati terpahat di dinding-dinding sekolah. Ia tidak mampu diserap ke dalam jiwa anak-anak itu sepenuhnya. Sistem pendidikan kita yang ada pada hari ini diwarisi daripada penjajah. Ia mengajar kita konsep “Bila dah habis belajar nanti nak kerja apa?”. Oleh sebab itu graduan-graduan yang dilahirkan melalui sistem yang ada sekarang hanya mementingkan keduniaan dan kosong dengan sifat-sifat kemanusiaan yang berakhlak mulia seperti tuntutan agama.

Di ini pelajar-pelajarnya diberi penekanan dari segi rohani sepanjang waktu; dari bangun pagi hinggalah masuk tidur di waktu malam. Mereka digalakkan beristighfar dan berselawat. Tiap-tiap pagi jam 5.30pagi sebelum subuh kesemua murid mesti berada di surau. Mereka perlu beristighfar paling kurang 70 kali sehari. Solat dhuhanya tidak boleh tinggal, di mana solat fardu wajib berjemaah di surau pada setiap waktu.

Maka di sini mereka diberikan asas aqidah yang kukuh melalui kuliah-kuliah yang berteraskan kepada kitab-kitab tradisi yang diwarisi daripada ulama zaman berzaman.

Soalnya, bagaimana para gurunya boleh istiqomah dalam perjuangan berkenaan?

'Islam' ini adalah kerja kita – setiap kali solat kita dok sebut Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillah hi Rabbil-'alamin – sesungguhnya solatku ibadahku hidup dan matiku hanya untuk Allah swt. Gajinya pun dalam bentuk '30 hari' sebulan, tanpa mata benda atau pulangan kewangan. Jadi kita kena ingat bahawa 'Orang yang berjuang itulah balasannya yang tidak ada lain, hanya SYURGA!'


Nota: Disesuaikan daripada tulisan sdra munir (TKO).
10 Responses
  1. Anonymous Says:

    As Salam ... saya menghadapi masalah persepsi masyarakat lebih2 lagi keluarga terdekat apabila membuat keputusan menghantar anak saya ke Pondok yang memang pada prasarananya amat dhaif. Apa nak jadi kat masa depan anak hang? Dia nk keja apa? Dia nk sara diri dia mcm mana? Seribu satu macam soalan yg di tanya? Saya hanya mendiamkan diri ... dan cuma komen .... rezeki di tangan Allah.
    Wallahu'alam


  2. Ketika janin 120 ari dlm perut ibu, segala ketetapan ttg rezeki, untung-nasib, ajal-maut, tanah kubur sume dh ditetapkan di Luh Mahfuz.
    Dlu sy pun ssh ati bila rezeki tk menentu, tp bila semakin kita redha dgn urusanNya bru nampak camne Allah mudahkan urusan hidup ni.
    Ia termasuk dlm rukun iman. Klu tk yakin, masalah tu...


  3. Anonymous Says:

    Saya diam bukannya tak tau nak jawab .. tp ada ketikanya .. diam itu lebih baik dari bersoaljawab dgn puak2 yg dh karat dgn sekularnya. Cuma saya berdoa agar suatu hari nanti Allah akan buka hati2 mereka yg terbabit untuk berhijrah ke arah yg lebih baik.


  4. Di peringkat awal, kita kena luahkan pendapat biar dia tau... masuk kali seterusnya, bru diam - supaya dia faham yg kita malas nk bertekak.


  5. Anonymous Says:

    Masa tu tk leh nak lawan Tn HJ. Belom ada apa2 penglaman. Anak pun masa tu masih lg blur (sbb 180% tkar dr sekular to pondok) Alhamdulillah selepas lebih 3 thn ada dipondok .. baru la saya dpt rasa keputusan yg saya buat adalah yg terbaik untuk anak tsbt & saya sendiri, Insyaallah dgn izinNYA


  6. Ya la... biasanya gitu la; bila dh cuba bru tau.
    Teman dlu gi pondok rasa semacam - asyik berpeluh; dok fikir betul ke aku ni?


  7. Zin Says:

    salam.. karang banyak-banyak tentang sekolah pondok, saya suka baca dan makin ramai yg suka kan sekolah itu. sesungguhnya Allah bersifat Ar Razak, (pemberi rezeki) so tak perlu risau :>


  8. Anonymous Says:

    ANTARA SEKOLAH PONDOK VS SEKOLAH AGAMA KERAJAAN BERASRAMA PENUH... Setiap Anak Adam itu dilahirkan dari Fitrah Nan Suci. Maka kedua Ibu Bapaknya serta pengaruh alam sekelilingnya, yg akan mencorak dan membentuk jiwanya, samada dia menjadi Yahudi ato Nasrani ato sebaliknya.. Kalo disebut Sekolah Pondok ianya sekolah yg melatih muridnya berdikari, beraklak mulia, patuh kepada Ajaran Agama Islam, dsbnya. Setakat ini ngak kedengaran kes2 berat dikalangan murid2nya...

    Kalo Sekolah Agama Kerajaan Berasrama Penuh, sudah banyak kedengaran sebaliknya, munculnya kumpulan samseng2 yg sanggup membuli dan memukul murid2 laen yg lemah hingga ada kes mati. Kalo mereka dewasa nanti, apakah sikap dan watak pembunuh mereka itu akan berterusan..?? Adakah matalamat hala tuju dan sistem pengajaran 2 cara persekolahan ini jauh berbeda..?? Ngak ketahuan.. Maka sebab itu dibilang orang kalo mahu melentur buloh, mahulah dimulai dari rebong itu lagi...


  9. Unknown Says:

    Assalamualaikum,kwn saye die lepasan skolah pondok,kalau die nk sambung blajar amik engineering macam mane ye?skarang umor die 20 thn.rasenye die ade peluang tak nk sambung blajar.Adakah die perlu masuk skolah menengah,kolej vokesional atau institut kemahiran mara...lgpon die tak de pmr.Harap dpt bg pendapat dan pandangan.☺


  10. Unknown Says:

    Assalamualaikum,kwn saye die lepasan skolah pondok,kalau die nk sambung blajar amik engineering macam mane ye?skarang umor die 20 thn.rasenye die ade peluang tak nk sambung blajar.Adakah die perlu masuk skolah menengah,kolej vokesional atau institut kemahiran mara...lgpon die tak de pmr.Harap dpt bg pendapat dan pandangan.☺