Elias Hj Idris
Istilah Tashkeel

a)  Penjelasan Mufti

Istilah, 'Tashkeel' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangkamasa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian, tetapi ia hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan.

Begitu juga, seseorang yang keluar ke jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam syari’ah, tetapi sekurang-kurangnya dia tahu kehendak-kehendak asas dalam syari’ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke jalan Allah, maka lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut syari’ah..

Dan Allah Maha Mengetahui.

(Mufti Ebrahim Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611)
Oleh Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.



b)  Tulisan Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy

Persoalannya ada orang berkata:
Orang-orang Tabligh membuat bida’ah berupa keluar di jalan Allah secara berjemaah dan membatasi masa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.

Kami katakan: Sesungguhnya keluar untuk memperbaiki diri adalah seperti keluar untuk menuntut ilmu dan hidayah. Juga seperti keluar untuk mendakwah manusia kepada Allah dan mengajar mereka hal-hal yang bermenafaat di dunia dan akhirat. Semuanya itu adalah keluar di jalan Allah, apabila dilandasi niat yang benar dan untuk mengapai redha Allah Ta’ala, bukan untuk memperolehi harta dan penghormatan atau untuk hiburan, permainan dan kebatilan. Adalah termasuk kelakuan bodoh atau pura-pura bodoh apabila ada orang yang mengingkari keluarnya Jemaah Tabligh untuk kepentingan hidayah bagi manusia, mengajar mereka, memperbaiki diri mereka dan mendidik rohani mereka. Padahal Rasulullah saw bersabda, “Satu petang atau satu pagi keluar di jalan Allah, lebih baik daripada mendapatkan dunia dan segala isinya".

Sabda Rasulullah saw, “Barangsaiapa mendatangi masjid ini, semata-mata untuk kebaikan yang ia ajarkan atau ia pelajari, laksana mujahid fi sabilillah.”

Dan banyak lagi hadith sahih dan hassan yang mengajarkan dan memberi semangat untuk keluar di jalan Allah. Alangkah ajaibnya perkataan mereka bahawa keluarnya Jemaah Tabligh adalah bida’ah! Dan lebih ajaib lagi mereka berhujah terhadap “keluar fi sabilillah secara berjemaah adalah bida’ah” dengan jangkaan mereka bahawa Rasulullah saw mengirimkan Mu'az r.a. ke Yaman secara bersendirian sahaja dan tidak berjemaah. Mereka lupa atau tidak tahu bahawa Rasulullah saw tidak mengirimkan Mu'az r.a. sendirian, tetapi mengirimkan Abu Musa Al Asy’ary r.a. bersamanya.

Baginda saw bersabda kepada keduanya, “Gembirakanlah mereka dan jangan kalian buat mereka lari. Mudahkan mereka dan jangan kalian persulit. Bertolong-tolonglah kalian dan jangan berselisih.” Baginda juga mengirimkan Ali bin Abi Talib dan Khalid bin Sa’id bin al Ash r.a. Bersama mereka baginda saw mengirimkan rombongan yang besar untuk dakwah, ta’leem dan memutuskan perkara di antara manusia.

Tentang pembatasan masa keluar yang mereka katakana sebagai bida'ah, adalah peraturan dakwah sebagaimana peraturan sekolah dan universiti yang mengenal batasan masa belajar dan kerihatan, untuk menyiapkan bekal dan perbelanjaan selama masa keluar. Apakah dengan demikian, orang-orang tabligh dianggap membuat bida’ah kerena mereka mengatur hari-hari untuk kepentingan dan khuruj fi sabilillah (keluar di jalan Allah)? Subhanallah!

Mereka yang mengatakan demikian seperti yang dikatakan di dalam syair “Pandangan ridho/senang selalu tumpul terhadap setiap aib, sedang pandangan benci selalu membongkar keburukan.”

Apakah yang menyebabkan kemarahan kalian, wahai hamba-hamba Allah!?

Seorang hamba Allah, mendakwah manusia pada Allah Ta’ala, kemudian dia mendapat keredhaan untuk diri dan saudara-saudaranya yang dia dakwahkan. Jiwa mereka menjadi suci, hati mereka menjadi bersih dan akhlak mereka menjadi mulia disebabkan mereka selalu mengucapkan kata-kata yang baik dan melakukan amal-amal yang soleh.

Apakah yang menyebabkan kalian marah, wahai hamba-hamba Allah? Semoga Allah sentiasa menjaga kita. Kami tidak dapat mengatakan bahawa dalam Jemaah Tabligh ada sesuatu yang dapat dianggap sebagai penghalang manusia dari jalan Allah. Alhamdulillah.


Ditulis oleh Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy
Guru Besar di Masjid Nabawi dan Universiti Madinah Al-Munawarrah

* Dipetik dari buku “Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh"

Ulasan:  Tabligh memang tidak salah - ia bermaksud menyampaikan. Apa yang dipersoalkan ialah tentang hal-hal khurafat, tahyul dan dongeng yang terdapat dalam pembawaan gerakan tabligh seperti dalam tajuk "Kebatilan Jama'ah Tabligh" itu. Kemudian dalam hal pengisian ilmu juga tidak dititik-beratkan.
4 Responses
  1. Anonymous Says:

    hati - hati dengan fitnah yahudi untuk memecah belah umat islam.. yang benar dianggap salah dan aneh.. yang salah dan meyesatkan dianggap benar.. jangan merasa paling betul kalau cara menyebarkan agama hanya dengan melihat keburukan saudara muslim, itu adalah cara yahudi yang paling jitu untuk memecah belah umat ini


  2. Anonymous Says:

    apakah MANUSIA-MANUSIA YANG MENCEMUH tentang jemaah tabligh benar-benar faham tentang "jemaah tabligh" ini? sebelum memutuskan sama ada salah atau baik, lagi elok jika disiasat dahulu. selami dan ikuti dahulu apa yang dijihadkan oleh jemaah tabligh ini. kemudian baharulah diputuskan mengikut fahaman syariat. ingatlah Allah memberi akal untuk berfikir, memberi hidayah kepada sesiapa yang mencari. sebelum mencemuh, siasat dahulu dan fahami. ingat, BALASAN ALLAH TIDAK TERTUNGGU-TUNGGU BAGI BARANGSIAPA YANG MENGHERDIK JEMAAH TABLIGH. TEPUK DADA, TANYALAH IMAN.


  3. Anonymous Says:

    TABLIGH ERTINYA MENYAMPAIKAN... Agama yg diredhoi disisi Allah SWT adalah Al-Islam. Melalui lidah Rasol-Nya Nabi Muhammad SAW, Agama Islam telah cukup lengkap dan sempurna. Namun setelah baginda Nabi wafat telah mula keretakan Kesatuan Islam, maka dinamakan "Fitnah Awal Zaman". Dizaman pertengahan perkembangan Islam, tanpa disedari kesucian Agama Islam telah diserapi dgn pelbagei cabaran, maka dinamakan "Fitnah Pertengahan Zaman". Sehinggalah Agama Islam sudah 1434 tahun Hijriah bertapak, kini sedang meniti diambang Akhir Zaman. Makanya Dunia Islam sudah tenat tenggelam dilanda gelombang tsunami "Fitnah Akhirul Zaman"...

    Maka tidak pula bersalahan jika ada Puak ato Golongan Islam yg mahu membantu membangkitkan semula kegemilangan Islam itu sebageimana ketika diera Pemerintahan Nabi SAW itu dahulu. Apa jua bentuk dakwah menyeru manusia sejagat kembali semula kepangkal jalan sangat2 dialu2kan. Menyeru manusia ramei utk menghayati Islam itu bukanlah pekerjaan mudah, ngak bisa dilaksanakan oleh hanya satu2 badan jua. Ianya memerlukan kerjasama dari setiap individu Ummah Islam itu sendiri. Janganlah kita sering bersikap sempit fikiran menyangka perjalanan dan ilmu kita itu jua yg betol. Sedangkan jalan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta, itu tersangat luas. Namun jangan sekali2 kita terbabas dari apa yg pernah Nabi SAW telah buat dan kasi ingat...

    Pegangilah kepercayaan, usaha dan anutan masing2 yg berbagei2 itu buat sementara waktu. Sehingga Allah Rabbul Jalal akan bangkitnya Sang Juru Penyelamat yg akan menyelamatkan semula manusia sejagat dan Dunia Islam kepangkal jalan... Allahu'alam....


  4. Unknown Says:

    Latar Belakang Jamaah Tabligh di MalaysiaJamaah Tabligh diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas di India pada tahun 1927.

    Legasi dakwahnya diteruskan oleh keturunannya, iaitu Muhammad Yusof al-Kandahlawi, seterusnya In’amul Hassan al-Kandahlawi (memimpin Tabligh pada tahun 1970) dan Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi (Syeikh Al Hadis)

    Tabligh bertapak di Malaysia sejak tahun 1950-an (Abdul Rahman 2007, 4; Farish 2012, 33)

    Pada peringkat awal, Tabligh digerakkan oleh masyarakat India Muslim di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur dan Singapura.

    Menjelang tahun 1970, Tabligh mula disertai oleh orang Melayu.

    Walaupun pihak pegawai agama kerajaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengakui tujuan gerakan Tabligh adalah untuk mencontohi cara hidup Nabi Muhammad saw

    mereka turut berpandangan bahawa Tabligh
    bertujuan mewujudkan masyarakat “Hinduisme-Muslim”.

    Usaha mewujudkan masyarakat Hinduisme-Muslim akan berhasil apabila kegiatan Tabligh memusatkan pandangan dunia Islam ke India.

    Bukti ini bersandarkan kepada laporan lawatan Mufti Malaysia ke New Delhi pada tahun 1977 yang melihat kubur para wali “seolah-olah mendapat perlindungan rasmi, lengkap dengan signboard dan salasilah ‘wali-wali’ itu yang selalunya berakhir kepada Rasul Allah S.A.W” serta dikunjungi peminatnya yang melakukan ritual seperti Hindu.

    Pegawai agama menyifatkan tujuan Tabligh mewujudkan masyarakat Hinduisme-Muslim adalah berdasarkan pemerhatian dan tinjauan mereka terhadap perkembangan sosial masyarakat India Muslim di negara India sendiri.

    Ketaksuban masyarakat India Muslim mengagungkan wali secara melampau dan pengalaman mendengar kisah-kisah sihir super power daripada pengikut Tabligh
    India merupakan faktor pemerintah bertindak waspada agar ciri-ciri Hinduisme-Muslim tidak menular dalam kalangan Muslim Melayu, khususnya belia.

    Kecurigaan terhadap Tabligh semakin memuncak apabila kerajaan negeri Melaka di bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengeluarkan fatwa pengharaman ke atas Tabligh pada tahun 1992 (Utusan Malaysia 17 Mac 1992).

    MAIM berpandangan bahawa Jamaah Tabligh membawa kelemahan kepada umat Islam meskipun tidak mengesan akidah yang menyeleweng dalam jamaah tersebut (Utusan Malaysia 3 April 1992)

    Keraguan Tabligh dari segi aqidah diragui... jelas syirik walaupon niat mereka adalah benar berdakwah menyebarkan ajaran islam.Saya tak akan bersubahat dgn amalan yg berunsur syirik.