Elias Hj Idris
Majlis Keselamatan PBB telah mengambil tindakan terhadap tindakan kekerasan regim Muammar Gaddafi dalam menekan bantahan penunjuk perasaan di negara berkenaan.
Duta Amerika syarikat ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Susan Rice berkata, "Apabila kekejaman dilakukan terhadap mereka yang tidak bersalah, masyarakat antarabangsa hendaklah bertindak dengan satu suara - dan malam ini ia terbukti."
 
Harta milik Gaddafi, anaknya Saif al-Islam dan empat orang lagi anggota keluarga turut dibekukan.

Majlis Keselamatan secara sebulat suara telah memutuskan sekatan penghantaran senjata dan siasatan dibuat terhadap pertumpahan darah yang berlaku dengan merujuk pemerintah Libya itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Mereka yang dikenakan tindakan larangan perjalanan adalah ketua pejabat perhubungan Dr Abdulqader Mohammed al-Baghdadi, ketua pengawal peribadi Gaddafi, Abdulqader Yusef Dibri, ketua agensi inteligens luar, Abu Zayd Umar Dorda, menteri pertahanan - Major General Abu Bakr Yunis Jabir, setiausaha kemudahan awam - Matuq Mohammed Matuq, Sayyid Mohammed Qadhaf Al-dam (hit squad chief), anak perempuan Gaddafi - Aisha, anak-anaknya - Hannibal Muammar, Khamis Muammar, Mohammed Muammar, Mutassim, Saadi, Saif al-Arab dan Saif al-Islam. Ia termasuk juga pengarah inteligens tentera - Col Abdullah al-Senussi - dan Gaddafi sendiri.
Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, 24 Februari '11

Sementara itu bekas menteri kehakiman Libya, Mustafa Mohamed Abdel-Jalil telah membentuk sebuah kerajaan peralihan di timur Bandaraya Benghazi pada hari Sabtu.

Beratus-ratus penunjuk perasaan anti-kerajaan yang disokong oleh tentera yang berpaling tadah yang mengawal bandar berhampiran dengan Tripoli bersedia pada hari Ahad bagi menghadapi tentera yang masih setia kepada Gaddafi yang mengepung bandar Zawiya.

Menurut laporan berita dari mereka yang tiba ke Zawiya, 30 batu di barat Tripoli mengesahkan bahawa pemberontak anti-kerajaan sedang menguasai bahagian tengah bandar yang punya 200,000 penduduk itu. Mereka turut memiliki kereta kebal dan pelancar roket anti-kapal terbang yang diletakkan di atas trak pikup. Sementara itu di luarnya, mereka dikepung oleh tentera yang pro-Gaddafi, juga turut mempunyai kereta kebal dan roket anti-kereta kebal.

0 Responses